Bayaran Bantuan Khas Covid 19

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan satu lagi pakej bantuan bernilai RM150 bilion yang diberi nama “Pemulih”, singkatan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi.

Ini pakej terbesar oleh kerajaan Perikatan Nasional sejak pakej Prihatin bernilai RM250 bilion yang diumumkan pada bulan Mac tahun lalu ketika negara mengalami kuncitara (lock down) buat pertama kali.

Pakej ini merangkumi suntikan langsung fiskal kerajaan sebanyak RM10 bilion.

Pakej terbaru diumumkan berdasarkan keadaan kuncitara yang dijangka berlanjutan kerana kes harian Covid-19 masih tinggi. Bantuan Tunai langsung ini, antaranya merangkumi Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR.

Baca juga : ICITRA KWSP, PENGELUARAN RM1,000 UNTUK 5 BULAN

Kerajaan telah mengumumkan Bantuan Khas COVID-19 (BKC) dengan peruntukan RM4.6 bilion yang akan diberikan bermula pada bulan Ogos. Kerajaan juga akan salurkan Bantuan Tunai langsung kepada rakyat, berjumlah RM10 bilion sehingga hujung tahun ini.

Bantuan Khas COVID-19 atau BKC dengan kadar dan kategori seperti berikut:

  • Pertama, isi rumah kategori miskin tegar bakal menerima bantuan sebanyak 500 ringgit pada bulan Ogos, 500 ringgit pada bulan November, dan 300 ringgit pada bulan Disember. Manakala individu bujang kategori miskin tegar akan menerima bantuan sebanyak 200 ringgit pada bulan Ogos dan 300 ringgit pada bulan November;
  • Kedua, isi rumah kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak 500 ringgit pada bulan Ogos dan 300 ringgit pada bulan Disember. Manakala bujang kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak 200 ringgit pada bulan Ogos; dan
  • Ketiga, isi rumah kategori M40 turut menikmati bantuan sebanyak 250 ringgit, manakala bujang kategori M40 akan menerima 100 ringgit pada bulan Ogos nanti.
Wang Bantuan

RM500 juga diberi untuk Bantuan Kehilangan Pendapatan disalur pada Oktober kepada pekerja yang hilang pendapatan. Kerajaan juga memperluas Elaun Mencari Pekerjaan kepada bukan pencarum Perkeso, graduan baharu, lepasan sekolah, pekerja sektor tak formal.

Makluman Bantuan Khas COVID 19 (BKC) seterusnya akan dimaklumkan di https://bpr.hasil.gov.my

4 Comments



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *