Banjir di Baling 2022

Sejak semalam tular di media sosial akan kawasan Kampung Iboi, Kupang, Baling, Kedah yang dipercayai dinaiki air banjir. Turut terkena tempias arus air deras itu ialah Pelajar Yayasan Khairiah Kupang, Baling yang dikatakan turut dinaiki air.

Bagaimanapun, disaat-saat cemas itu, para pelajar Sekolah Menengah Agama Arab Yayasan Khairiah dikatakan mengalunkan zikir menjadi perhatian ramai.

Dalam video yang dimuat naik oleh TikTok Pelajar Yayasan Khairiah memaparkan beberapa situasi yang dihadapi para pelajar di situ.

@pelajar_yayasan_khairiah

Part 9 – Anak2 pelajar dalam masjid. Insyaallah selamat. Aura zikir dalam masjid.

♬ bunyi asal – Pelajar_Yayasan_Khairiah – Pelajar_Yayasan_Khairiah

Bukan itu sahaja, menerusi video yang dikongsikan itu juga memaparkan saat-saat genting para pelajar menyelamatkan harta benda mereka.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji akan tindakan para pelajar itu. Malah, mereka juga menyatakan bahawa itu sepatutnya menjadi amalan ramai sekiranya berlaku musibah.

Banjir Sekolah Baling

Baca juga : 2 Buah Al-Quran Tak Basah, Rumah Tenggelam Banjir Hulu Langat

Pelajar Yayasan Khairiah

Kenyataan media rasmi dari SMA Yayasan Khairiah :

Selasa
5/7/2022
1.00 petang

Bismillah.. Assalamualaikum diucapkan kepada semua.

Pertama sekali secara rasmi dimaklumkan SMA Yayasan Khairiah dan kawasan kampung sekitarnya dilanda musibah banjir akibat dari kepala air.

SMA Yayasan Khairiah hampir ‘total loss’.

Kepada semua waris pelajar asrama YK, pihak sekolah benarkan untuk para waris datang ambil anak2 pelajar kerana beberapa sebab :

  • SMA Yayasan Khairiah dan kawasan sekitarnya tiada elektrik.
  • Beberapa tandas di asrama mengalami masalah air untuk mandi dan lain-lain kegunaan.
  • Kantin Yayasan Khairiah musnah sepenuhnya dan tidak dapat sediakan makanan.
  • Pelajar dibenarkan untuk pulang ke kampung bermula hari Selasa 5/7/2022 jam 5.00 petang.
  • Pelajar KL yang akan balik dengan bas sekolah. Insyaallah Cikgu Zul akan cuba adjust dengan pihak bas untuk pulang pada hari Rabu petang. Kalau tak boleh ubah tarikh, kita terpaksa ikut jadual asal juga. Jangan risau bab makanan, pihak asrama masing2 akan sediakan makanan.
  • Pelajar yang waris dia tak boleh ambil pada hari ini, anda dibenarkan untuk tinggal di asrama sehingga waris anda datang ambil.
  • Pelajar yang memang tak mahu balik awal sebab nak tolong bersihkan kawasan sekolah, anda dibenarkan untuk tinggal di asrama.
  • Kesemua pelajar yang tidak dapat pulang pada hari ini, jangan risau bab makanan. Insyaallah pihak asrama masing2 akan sediakan. Dan murobbi murobbiah akan ada bersama dengan anak2 pelajar semua.
Pelajar Yayasan Khairiah

Memandang kan SMA Yayasan Khairiah hampir lumpuh, jadi kami buka peluang seluasnya kepada hamba Allah yang sudi untuk beri sumbangan.

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun
Bank Islam
02048010055048
Yayasan Haji Yahya Taha

Bagi mana-mana NGO atau mana-mana wakil dari kerajaan atau pembangkang yang sudi datang ke SMA Yayasan Khairiah untuk cuci kawasan sekolah, pihak sekolah sangat mengalu-alukan.

Semoga jasa baik tuan puan sekalian mendapat pahala di sisi Allah.

Antara perkara yang pihak sekolah perlukan adalah alat sembur air yang guna enjin. Bukan karen sebab di sini elektrik masih masalah.

Selamat bercuti di ucapkan kepada semua warga SMA Yayasan Khairiah.

Ampun maaf zahir batin dari kami pihak sekolah.

  • Raya Aidilfitri mengejut
  • Mahrajan mengejut
  • Banjir mengejut
  • Cuti raya haji pon mengejut

Sekian. Assalamualaikum.

Yang benar.

-Ustaz Khairul Ashraf Bin Abdul Rahman- (PK HEA SMAYK)
-Cikgu Zulkifli Mohd Noor- (Penyelia asrama YK)
-Seluruh saf warden asrama YK
-Seluruh saf murobbi YK

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge