Site icon Geng Borak

Semakan BPN 2.0 : Bayaran 21 Januari 2021 dan Status Rayuan

duit ringgit malaysia

Bayaran Bantuan Prihatin Rakyat BPN 2.0 Fasa pertama telah dibuat bermula 19 Oktober yang lalu dan wang bantuan tersebut dimasukkan ke akaun bank penerima masing-masing.

Pada masa ini, penerima menunggu Bayaran BPN 2.0 yang akan dimulakan bayaran bermula pada 21 Januari 2021.

Bayaran BPN 2.0 Fasa kedua ini dimaklumkan oleh Menteri Kewangan menerusi laman Facebook rasmi beliau pada 24 November yang lalu. Kali ini, bayaran terbahagi kepada dua iaitu bayaran BPN 2.0 yang kedua dan bayaran permohonan baru dan rayuan BPN 2.0 pada tahun lepas.

Baca juga : Semakan BPR : Cara Mohon dan Check Status Bantuan Prihatin Rakyat 2021

TARIKH PEMBAYARAN BPN 2.0 FASA KEDUA

Seperti yang dimaklumkan, pembayaran untuk BPN 2.0 Fasa Kedua akan dilakukan kepada penerima bermula:

JUMLAH BAYARAN BPN 2.0 FASA KEDUA

Untuk pembayaran BPN 2.0 Fasa Kedua ini, baki jumlah bayaran yang akan dikreditkan ke akaun penerima ialah:

KATEGORIFASA 2
ISI RUMAH B40RM300
ISI RUMAH M40RM200
BUJANG B40RM150
BUJANG M40RM100

Semakan kelulusan boleh dibuat mulai 15 Januari 2021 di portal rasmi BPN iaitu https://bpn.hasil.gov.my.

Bagi permohonan baru BPN 2.0 atau rayuan BPN 2.0 yang dilakukan pada 15 Oktober 2020 hingga 15 November 2020 dan lulus, anda akan menerima bayaran secara one-off pada Januari 2021 ini.

Jumlah bayaran yang diterima ialah:

KATEGORIJUMLAH
ISI RUMAH B40RM1,000
ISI RUMAH M40RM600
BUJANG B40RM500
BUJANG M40RM300

KAEDAH PEMBAYARAN BPN 2.0 FASA KEDUA

Kaedah pembayaran yang akan dilakukan ialah:

CARA MEMBUAT SEMAKAN STATUS KELULUSAN BPN 2.0 FASA KEDUA

Untuk membuat semakan status kelulusan dan maklumat bayaran BPN Fasa Kedua, sila ikuti. langkah-langkah yang dikongsikan ini:

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai BPN 2.0, anda boleh layari Laman Web Rasmi LHDNM seperti pautan di bawah ataupun hubungi talian hotline seperti berikut :

SOALAN LAZIM

Apa itu BPN 2.0?
BPN baru ini merupakan bantuan tambahan untuk B40 dan M40 termasuk bujang.

Bilakah pembayaran akan dibuat?
Pembayaran BPN akan dibuat dalam dua ansurans iaitu bulan Oktober 2020 dan Januari 2021.

Bilakah tarikh pembayaran permohonan baharu BPN 2.0 akan dibuat?
Pembayaran bagi permohonan baharu BPN 2.0 akan dibuat secara sekaligus pada Januari 2021.

Bagaimanakah kaedah bayaran BPN 2.0 ini dilaksanakan?
Pembayaran BPN 2.0 adalah seperti berikut:

i. Ada akaun bank:
1) Berjaya kredit – Kredit ke akaun bank
2) Gagal kredit (akaun tidak aktif dan akaun tutup) – Tuntutan Tunai di Cawangan BSN

ii. Tiada akaun bank Tuntutan Tunai di Cawangan BSN

Exit mobile version