Bantuan Khas Covid-19 (BKC) adalah bantuan tunai langsung yang disediakan oleh Kerajaan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik COVID-19 sehingga akhir tahun 2021.

Kategori penerima yang layak menerima BKC adalah seperti berikut:

Miskin tegar, B40, M40 – Isi rumah / Warga emas sebatang kara (WE) / Individu Bujang.

Namun sehingga 31 Ogos 2021, masih belum dikreditkan dalam akaun penerima yang menunggu saban bulan. Dikatakan sebelum ini, perancangan bayaran Bantuan Khas Covid19 adalah pada bulan Ogos. Umum mengetahui perubahan barisan kabinet kerajaan, dan ini sudah pasti menjejaskan perkara tersebut.

bantuan khas covid 19

Bantuan Khas COVID-19 atau BKC dengan kadar dan kategori seperti berikut:

  • Pertama, isi rumah kategori miskin tegar bakal menerima bantuan sebanyak 500 ringgit pada Fasa Pertama, 500 ringgit pada bulan November (Fasa Kedua), dan 300 ringgit pada bulan Disember (Fasa ketiga). Manakala individu bujang kategori miskin tegar akan menerima bantuan sebanyak 200 ringgit pada bulan Ogos dan 300 ringgit pada bulan November

  • Kedua, isi rumah kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak 500 ringgit pada Fasa Pertama dan 300 ringgit pada bulan Disember (Fasa Kedua). Manakala bujang kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak 200 ringgit pada bulan Ogos; dan

  • Ketiga, isi rumah kategori M40 turut menikmati bantuan sebanyak 250 ringgit, manakala bujang kategori M40 akan menerima 100 ringgit pada bulan Ogos nanti.

Baca juga : CARA MOHON BANTUAN KUARANTIN RAWATAN NADMA, SEHINGGA RM1,400 SEORANG

Jumlah Bayaran BKC yang akan diterima adalah seperti berikut :

bayaran BKC kategori B40

Pembayaran BKC akan dibuat seperti berikut :

Fasa 1

Ada Akaun:

Miskin Tegar / B40 – mulai 6 September 2021
M40 – mulai 9 September 2021

Tiada Akaun: Mulai 6 September 2021

Fasa 2 – November 2021

Fasa 3 – Disember 2021

Pembayaran akan dibuat berdasarkan akaun bank yang telah didaftarkan semasa permohonan BPR 2021.

BKC ialah sebahagian daripada inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang diumumkan kerajaan pada 28 Jun lalu, selain bayaran tambahan kepada pakej rangsangan ekonomi.

Kriteria kelayakan penerima bagi miskin tegar dan B40 ialah bersandarkan semakan Bantuan Prihatin Rakyat 2021, iaitu pendapatan RM5,000 ke bawah bagi isi rumah atau warga emas, manakala bergaji RM2,500 ke bawah untuk individu bujang.

Golongan M40 pula layak menerima BKC sekiranya melaporkan cukai pendapatan, dengan jumlah gaji antara RM5,001 hingga RM9,000 bagi golongan isi rumah dan berpendapatan RM2,500 ke bawah untuk individu bujang.

Wang Bantuan

Sekiranya penerima BPR 2021 telah meninggal dunia, pembayaran BKC akan dibuat kepada pasangan yang dilaporkan pada Permohonan BPR Pembayaran adalah secara pengkreditan ke akaun pasangan yang telah dilaporkan atau secara tunai di BSN jika tidak melaporkan maklumat akaun bank.

Penerima GKP tidak layak untuk menerima BKC.

RM500 juga diberi untuk Bantuan Kehilangan Pendapatan disalur pada Oktober kepada pekerja yang hilang pendapatan. Kerajaan juga memperluas Elaun Mencari Pekerjaan kepada bukan pencarum Perkeso, graduan baharu, lepasan sekolah, pekerja sektor tak formal.

Makluman Bantuan Khas COVID 19 (BKC) seterusnya akan dimaklumkan di https://bkc.hasil.gov.my

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *