Ahli Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) boleh membuat permohonan pengeluaran i-Lestari daripada Akaun 2 mulai 1 April lalu melalui i-Akaun (Ahli).
Konsep am Pengeluaran i-Lestari adalah seperti berikut:
- Pengeluaran adalah daripada Akaun 2 sahaja
- Bayaran pengeluaran akan dibuat secara bulanan dan berulang (recurring) untuk bulan-bulan berikutnya tertakluk kepada kelayakan bilangan bulan pengeluaran seperti di para (c)
- Kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah dikira bermula daripada tarikh penerimaan permohonan pengeluaran yang diluluskan oleh KWSP hingga tamat tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari iaitu 31 Mac 2021.
Contoh Situasi:
- Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan April 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah bilangan maksimum selama 12 bulan.
- Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan September 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah selama 7 bulan.
- Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan Mac 2021, kelayakan bilangan pengeluaran adalah selama 1 bulan.
Baca juga : Tarikh Kredit Bayaran iLestari bermula 4 Mei 2020
Permohonan pengeluaran i-Lestari boleh dibuat secara dalam talian melalui i-Akaun (Ahli) sepertimana cara berikut:
Ahli perlu log masuk ke i-Akaun (Ahli) → Pilih Tab Pengeluaran → Klik e-Pengeluaran → Klik Permohonan Baru → Pilih Pengeluaran i-Lestari untuk memulakan transaksi.
Klik di sini untuk Panduan Pengguna.
Jika sebelum ini, ramai yang mempunyai masalah untuk membuat permohonan pengeluaran i-Lestari. Bukan kerana sistem KWSP yang sememangnya dulu mentikberatkan ciri keselamatan dan rekod. Dan ramai juga ahli tidak kemaskini atau tiada i-akaun kerana berpendapat jangkamasa pengeluaran lambat lagi apabila mencecah umur 55 tahun.
Ada juga yang tidak mempunyai akaun bank, ada pula yang mempunyai masalah penukaran telefon untuk nombor TAC. Kesemua itu melibatkan rekod dan sistem di dalam proses permohonan pengeluaran wang KWSP maksima RM500 sebulan selama 12 bulan.
Baca juga : i-Lestari KWSP – Cara mohon dan pengeluaran, semakan 1 April 2020
Isi Borang Pengeluaran i-Lestari KWSP secara online
Kini, KWSP memperkenalkan cara lebih mudah untuk permohonan baru serta semakan status pengeluaran i-Lestari KWSP iaitu secara atas talian.
Cara-caranya adalah :
1 – Layari https://ilestari.kwsp.gov.my/
2 – Permohonan baru, isikan semua details yang terbaru, pastikan nombor IC, Ejaan dan semua maklumat adalah betul. Jangan silap isi, terkurang angka atau huruf.
3 – Tandakan semua checkbox dan klik Hantar
4 – Bagi yang ingin semak status pengeluaran i-Lestari, klik Semak Status Permohonan di halaman utama https://ilestari.kwsp.gov.my/
Ada yang sudah buat pengeluaran di i-akaun mendapat notifikasi lulus dan hanya perlu tunggu pihak KWSP uruskan pemindahan bulanan tersebut. Mungkin data-data juga sedang dikemaskini, jadi semua ahli KWSP perlu sabar dan sentiasa mengikuti perkembangan di laman sesawang serta media sosial KWSP.
Sila Pastikan Nombor MyKad dan Nombor Telefon Bimbit adalah betul dan tepat. Permohonan melalui e-mel/ pos akan mengambil masa bagi memastikan butirannya adalah betul dan tepat. Semakan status permohonan boleh dibuat dari semasa ke semasa.
Status untuk permohonan daripada i-Akaun ePengeluaran i-Lestari adalah sehari lewat.
Ahli boleh melakukan transaksi melalui aplikasi i-Akaun atau menghantar emel untuk servis-servis berikut:
- Pertanyaan mengenai pengeluaran i-Lestari: [email protected]
- Penghantaran borang permohonan pengeluaran i-Lestari: [email protected]
- Penghantaran borang pendaftaran i-Akaun: [email protected]
- Penghantaran borang permohonan pengekalan kadar caruman syer pekerja pada 11 peratus: [email protected]
- Pertanyaan mengenai perkhidmatan KWSP lain: https://www.kwsp.gov.my/reach-us/connect-with-us/make-an-enquiry
KWSP ingin memberi makluman bahawa untuk menerima pembayaran pengeluaran bermula bulan Mei, ahli boleh membuat permohonan sehingga 30 April. Untuk permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut, pembayaran pengeluaran akan bermula pada bulan berikutnya.
Ahli boleh rujuk senarai soalan lazim (FAQ) yang telah dikemaskini di https://www.kwsp.gov.my/en/faq-i-lestari untuk maklumat lanjut.
No commen
[email protected]
Permohonan baru
cara ini memang amat mudah sekali..
semoga ada lebihan duit digunakan dengan cara berhemat
mrhanafi recently posted…Pengalaman berpuasa hari pertama semasa Covid-19