Kwsp akaun 2

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan bahawa ahli KWSP boleh membuat permohonan pengeluaran i-Lestari daripada Akaun 2 bermula 1 April 2020. Ahli dijangka menerima wang pengeluaran tersebut melalui akaun bank masing-masing pada 1 Mei 2020.

Pengeluaran i-Lestari ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan ahli untuk memenuhi keperluan asas bulanan dalam tempoh pandemik Covid-19 ini. Jumlah maksimum RM500 sebulan ini adalah jumlah yang berpatutan bagi menambah sumber kewangan ahli untuk memenuhi keperluan asas untuk bulan yang berkenaan

Diharapkan kemudahan i-Lestari akan memberikan kelegaan dari segi kewangan kepada mereka yang terjejas dalam keadaan semasa yang tidak menentu.

i lestari kwsp

Konsep pengeluaran i-Lestari

Apakah i-Lestari dan bagaimana prosedur pengeluaran KWSP akan berlangsung adalah seperti berikut:

  1. Pengeluaran maksimum RM500 daripada Akaun 2 sahaja.
  2. Kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah dikira bermula daripada tarikh penerimaan permohonan pengeluaran yang diluluskan oleh KWSP hingga tamat tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari iaitu 31 Mac 2021.
  3. Bayaran pengeluaran akan dibuat secara bulanan dan berulang (recurring) untuk bulan-bulan berikutnya tertakluk kepada kelayakan bilangan bulan pengeluaran seperti dalam situasi di bawah (b)

Situasi :

  • Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan April 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah bilangan maksimum selama 12 bulan.
  • Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan September 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah selama 7 bulan.
  • Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan Mac 2021, kelayakan bilangan pengeluaran adalah selama 1 bulan.

Baca juga : Cara Mohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN) – Semakan 1 APril 2020

Pengeluaran i Lestari Akaun 2 KWSP

Kelayakan ahli untuk memohon Pengeluaran i-Lestari.

  1. Warganegara Malaysia, Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara Malaysia ;
  2. Berumur di bawah 55 tahun; dan
  3. Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2

Tempoh ahli membuat permohonan Pengeluaran i-Lestari.

Ahli boleh menghantar borang permohonan Pengeluaran i-Lestari mulai 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021. (Permohonan hendaklah diterima oleh KWSP sebelum atau pada 31 Mac 2021)

Amaun yang layak dikeluarkan oleh ahli di bawah Pengeluaran i-Lestari.

Amaun Pengeluaran i-Lestari yang layak dikeluarkan adalah sebanyak minimum RM50 dan maksimum RM500 sebulan; tertakluk kepada jumlah simpanan yang ada di dalam Akaun 2 semasa bayaran pengeluaran bagi bulan berkenaan dibuat.

Jika jumlah simpanan Akaun 2 adalah kurang daripada amaun yang dimohon, maka amaun pengeluaran untuk bulan berkenaan adalah berdasarkan jumlah tersebut.

Pengeluaran KWSP i Lestari 2020
Semak di i-Akaun pada 1 April 2020

Bilakah bayaran untuk permohonan yang diluluskan akan dibuat kepada ahli?

Bagi permohonan pengeluaran yang diterima pada bulan April 2020, bayaran akan dibuat bermula pada bulan Mei 2020.

Manakala bagi permohonan pengeluaran yang diterima selepas bulan April 2020, bayaran pengeluaran bermula daripada tarikh permohonan pengeluaran diterima oleh KWSP.

Cara hantar borang mohon pengeluaran i-Lestari

Borang permohonan yang lengkap diisi boleh dihantar kepada KWSP mulai 1 April 2020 melalui kaedah-kaedah berikut:

  1. Secara dalam talian melalui e-Pengeluaran dalam i-Akaun (Ahli)
  2. Secara e-mel yang dialamatkan kepada: [email protected]; atau
  3. Secara hantaran pos kepada alamat :

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Karung Berkunci No 220, Jalan Sultan 46720, Petaling Jaya dengan catatan (UP : i-Lestari ) pada bahagian hadapan sampul surat

Ahli disarankan untuk menghantar permohonan secara dalam talian (e-Pengeluaran) untuk mempercepatkan proses kelulusan.

Permohonan secara manual yang dihantar melalui kaedah (b) dan (c) akan mengambil masa yang lebih lama untuk diproses.

Permohonan pengeluaran oleh ahli bukan warganegara Malaysia hanya boleh dihantar melalui kaedah (b) dan (c) sahaja.

Pengeluaran i lestari KWSP akaun 2

Proses pendaftaran i-Akaun (Ahli) dan pengemaskinian nombor telefon TAC khas bagi permohonan Pengeluaran i–Lestari dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah seperti berikut:

Permohonan hendaklah dihantar ke alamat emel : [email protected]

Syarat-syarat pendaftaran i-akaun ahli atau pengemaskinian nombor telefon TAC

  1. Warganegara Malaysia sahaja
  2. Nombor telefon bimbit yang didaftarkan atas nama Ahli sahaja yang dibenarkan
  3. Ahli berumur di bawah 55 tahun sahaja
  4. E-mel yang dihantar melalui yahoo.com tidak dapat diproses disebabkan isu teknikal

Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

  1. Borang Permohonan Pendaftaran i-Akaun (Ahli)
  2. Salinan MyKad Ahli (depan dan belakang)
  3. Gambar swafoto Ahli bersama MyKad
  4. Bukti pemilikan nombor telefon Ahli (Cth: Bil Telefon, Kontrak pendaftaran telefon, Resit bayaran deposit )
  5. Salinan Buku/Penyata Akaun Bank Simpanan/Semasa yang aktif milik Ahli

Sekiranya pendafaran i-Akaun berjaya dilakukan;

• Anda akan menerima SMS ID dan kata laluan pengguna untuk tujuan pengaktifan i-Akaun (Ahli) anda
• Anda akan diminta membuat kata laluan baru untuk menggantikan yang sementara.

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan i-Akaun (Ahli), tuan/puan boleh menghantar pertanyaan ke [email protected] atau menghubungi hotline kami di talian 03-89224848.

Cara Daftar i-Akaun KWSP

Seperti yang dinyatakan, yang paling penting adalah mudah membuat permohonan i-Lestari dengan lebih mudah melalui i-Akaun.

Dengan mendaftar i-Akaun juga, anda boleh memohon e-Pengeluaran dengan lebih cepat.

Jadi di sini kami kongsikan cara daftar i-AKaun KWSP secara ringkas:

  1. Dapatkan ID & Kata Laluan sementara anda di pejabat / kios KWSP berdekatan.
  2. Layari www.kwsp.gov.my, pergi kepada ikon ‘Log Masuk’ dan gunakan ID & Kata Laluan sementara yang diterima melalui SMS untuk aktifkan akaun.
  3. Selepas anda setuju, anda perlu pilih ID Pengguna, Kata Laluan dan Frasa Rahsia anda.
  4. Apabila pengaktifkan selesai, anda akan menerima notifikasi berjaya di skrin anda.
  5. Log masuk dengan maklumat akaun baru anda
  6. Kini anda boleh membuat permohonan i-Lestari melalui e-Pengeluaran KWSP.

UPDATE : Permohonan baru i lestari berjaya dilakukan dengan menggunakan i-akaun KWSP

  • Login i-akaun
  • Pilih Pengeluaran
  • Pilih i-Lestari
  • Isikan butiran peribadi, amaun dipohon dan nombor akaun bank
  • Semak perakuan
  • TAC number
  • Pengesahan setuju
  • Makluman penghantaran berjaya
  • Simpan atau screenshot details untuk rujukan

Notifikasi permohonan baru untuk i Lestari ada di bahagian pengeluaran selepas permohonan berjaya dan diproses.

Pengeluaran i lestari KWSP 2020
Pengesahan pengeluaran i Lestari KWSP
ePengeluaran i Lestari
semakan pengeluaran i lestari KWSP

Bagi yang tiada i-akaun, boleh download Borang Pengeluaran i Lestari KWSP di https://www.kwsp.gov.my/documents/20126/147458/Borang+Pengeluaran+i-Lestari.pdf dan hantar melalui dua cara.

  • Secara e-mel yang dialamatkan kepada: [email protected]
  • secara hantaran pos ke alamat :

    Kumpulan Wang Simpanan Pekerja,
    Karung Berkunci No 220, Jalan Sultan
    46720, Petaling Jaya dengan catatan
    (UP : i-Lestari ) pada bahagian hadapan sampul surat
Pengeluaran i Lestari KWSP

Maklumat Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut boleh e-mel ke : [email protected] atau hubungi 03-8922 6000.

Lawati Facebook rasmi KWSP untuk update terkini : https://www.facebook.com/KWSPMalaysia/

Subscribe
Notify of
guest

CommentLuv badge

130 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
NORJUAINI MISNAN
NORJUAINI MISNAN
4 years ago

I have I akaun but I forgot password.the phone number I used for updated already expired.with the situation right now,how can I reset my password

Ema
Ema
4 years ago

Yep nk tau jugak sbb sy pn mcm ni

hi apakata mommy
4 years ago

maybe first step u can email to kwsp , tell ur situation.
hi apakata mommy recently posted…Cara Permohonan Bantuan Prihatin Nasional BPN, Semakan Status Dan PembayaranMy Profile

Azizulazri
Azizulazri
4 years ago

Selepas bayaran pertama dibuat pada bulan mei ini,adakah kita perlu membuat permohonan lagi untuk pengeluaran pada bulan jun atau seterusnya?

Zela muslim
Zela muslim
4 years ago
Reply to  Azizulazri

Kalau saya sudah buat permohonan baru kwsp i lestari tidak guna i akaun..tapi saya salah isi no ic mcm mana nak batal kan pendaftaran tu ya???

Razmidah binti jaafar
4 years ago

Sy ada i-akaun….tp rekod e pengeluaran tiada….apa sy perlu buat

Zuraidi
Zuraidi
4 years ago
Reply to  admin GB

Sudah email tetapi tidak mendapat status penerimaan permohonan.

dira
dira
4 years ago

takpa boleh buat permohonan baru di atas tu teka withdrawal – new application – choose i lestari, masukkan amount dan details mengikut step. nanti dia akan minta no akaun bank dan nama bank semua

Mama
Mama
4 years ago

Boleh mohon tukar amount duit yang nak keluarkan?

Daniel
Daniel
4 years ago
Reply to  Mama

Boleh buat penukaran amaun ?

Fahimah
Fahimah
4 years ago

Kalau tak lulus boleh buat lagi tak… Macam mana nak buat

Selasihbteriano
4 years ago

Selamat pagi boleh tak tanye kalau kita ade mesej masok dari KWSP tu duit dah masok kt dlm akaun kita ke blom

Ramlee Bin Harun
Ramlee Bin Harun
4 years ago

Assallamualaikum Tuan…
Bagaimana caranya utk memohon Pengeluaran RM500 KWSP???
Masaalah saya skrg terlupa kata laluan dan Nombor Hphone lama sudah tdk aktif lagi…tolong bantu saya bagai mana nak menyelesaikannya.

Bavanie
Bavanie
4 years ago
Reply to  admin GB

Nombor tak boleh dihubungi

Fakrul Ikram
Fakrul Ikram
4 years ago
Reply to  Bavanie

Salam,
Kalau saya tiada akaun i-akuan kwsp macam mana ye? Mana saya boleh dapatkan borang?

Muhammad Faizal
Muhammad Faizal
4 years ago
Reply to  Bavanie

Bagaimana nak updated no phone for tac, sebab dah tukar no phone. Ada kiosk kwsp yg bukak x time ni?

Diya
Diya
4 years ago

Diatas ada dinyatakan kalau lulus bulan april 2020 , pembayaran akan dilakukan pada bulan mei 2020 sehingga 12 bulan . Kalau saya hanya nak pengeluaran dilakukan sebanyak 6 bulan sahaja . Taknak sampai mac 2021 tu . Macam mana nk buat ye ?

Haimi
Haimi
4 years ago
Reply to  admin GB

Salam. Bagaimana nak lampirkan bukti nombor telefon dan penama id bagi pengguna prabayar

Mohd jafar lahamma
Mohd jafar lahamma
4 years ago
Reply to  admin GB

Provide semakan status permohonan secara ringkas

Masia masrin
Masia masrin
4 years ago

Sya ingt klur kwsp

Abdul Rahim
Abdul Rahim
4 years ago
Reply to  admin GB

Hi. Nak tanya kalau kita dh tukar no hp mcm mana nk dftar sbb dulu masa login guna no fon lain

Mohd Nuril Anuar
Mohd Nuril Anuar
4 years ago
Reply to  admin GB

No phone saya tidak update untuk TAC code. Kiosk dan kwsp kaunter tidak buka. Macamana nak update no phone terkini untuk menerima tac code?

SHAIFULBUHARI BIN IBRAHIM
SHAIFULBUHARI BIN IBRAHIM
4 years ago
Reply to  admin GB

Assalam.. saya nak tanya sebelum dapat id kena daftar no telefon dahulu kan.. baru dapat id dari kwsp? Atau kwsp terus guna no fon yang sudah ade

firdaus
firdaus
4 years ago

jenis pengeluaran tu pilih ape yer?

Yusmazli
Yusmazli
4 years ago

Saya cuba utk log in dan daftar tp tak blh..dia srh pergi ke kiosk kwsp utk register..saya nk minta no tac…

Zaidib bin Ali Munir
Zaidib bin Ali Munir
4 years ago
Reply to  admin GB

Tak tahu caranya

Sy yg pening
Sy yg pening
4 years ago

Agak agak kiosk buka x masa PKP ni?

Jamilah BT ahmad
4 years ago

Sy nak tahu jurubank pos alamat tu sy tak duk lg mcm ya sy nak ambik duit sy tu

FARHANA ZAHARI
FARHANA ZAHARI
4 years ago
Reply to  admin GB

Download borang pengeluaran iLestari dekat link dalam artikel ni (perenggan akhir)

Mazlan bin saari
Mazlan bin saari
4 years ago

Macam mana kalau no. Password i. Akaun kita tamat tempoh 1bulan.sebab nak daftar i. Akaun tak boleh kerana tempoh pkp sekarang.

rossa
rossa
4 years ago

macam mana nak keluar kan kwsp rm500,perlu pergi ke kiok kwsp ada daftar on9

Siti Yusoff
Siti Yusoff
4 years ago
Reply to  admin GB

Assalamualaikum Tuan…
Bagaimana caranya utk memohon Pengeluaran RM500 KWSP???
Masaalah saya skrg terlupa kata laluan Nombor Handphone lama sudah tdk aktif lagi…tolong bantu saya bagaimana nak menyelesaikannya. :'(

Syafiq isa
Syafiq isa
4 years ago
Reply to  admin GB

Sedia maklum cara ke 2&3 lambat proses.. yg nak mohon ramai so pihak kwsp dah xde inisiatif lain ke.. xkn makan gaji buts

Faisal
Faisal
4 years ago
Reply to  admin GB

Dah masuk i kaun, ade tab i lestari. Tapi tak bioleh tekan pon. Mohon buat panduan lengkap cara memohin. Tq

dewi malam
dewi malam
4 years ago
Reply to  admin GB

salam nk tnya…nk kena daftar lagi ke..atau hnya skali daftar jer ….utk duit kwsp nie

Fidd
Fidd
4 years ago

pejabat kwsp bukak ke nak dapat kan id semua tu ?

nazatul
nazatul
4 years ago
Reply to  admin GB

assalamualaikum..saya nak tanya ,jika sya memohon i lestari tetapi saya tak ada akaun bank, bagaimana caranya agar saya boleh buat permohonan ini. saya suri rumah sepenuh masa.

Ismail bin hagme
Ismail bin hagme
4 years ago
Reply to  nazatul

Sy telah menerima sms dari kwsp .pengeluaran telah di hantar ke acc yg sy berikan .tetapi hingga kini belum ada masuk.adakah sebab sy gunakan acc isteri sy sy daftar ke acc i lestari.sebabkan sy x acc bank.

MOHD LATIF MD ALI
MOHD LATIF MD ALI
4 years ago

nak daftar i-akaun…….skrg ni tempoh pkp

Siti mastura
Siti mastura
4 years ago

Klau lupa katalaluan macam mana ya? Dulu dah pernah daftar tapi dah setahun xpernah login kertas pun dah hilang

Mat miswan bin Mohd naim
Mat miswan bin Mohd naim
4 years ago

Nak daftar KWSP sekarang.sbb tak pnah daftar die kios kwsp

Rosmayati shamsuddin
Rosmayati shamsuddin
4 years ago

Kena isi setiap bulan untuk pengeluaran atau sekali shj. Contohnya 500 x 12 bln = 6000.
Saya perlu key in 6000 atau 500.

azlina
azlina
4 years ago

saya dah daftar tapi belom terima sms untuk kata laluan

Ali syahril
4 years ago

Kalau akaun 2tak sampai 500 boleh ke klua kan dlm 400
#akaun 2. RM459.26
ITU JE SAYA NAK TANHA

Syafiq isa
Syafiq isa
4 years ago

Kalo kwsp nk tutup kemudahan kaunter tu x kesah ni la ni kemudahan kiosk Pon xleh nak guna xkan tidur lg kot pihak kwsp.. bank Pon dah lama bangun buka la jgn menyusahkan rakyat guna cara 2&3 sedangkan cara 1 paling efektif.. awat angpa slow sgt kwsp oiii dah 2020 la adoii

Kamal
Kamal
4 years ago

Sye ade msalah nge bank.xde akaun bank ….boleh Sye pakai no akaun bank isteri lg pon name isteri dah ade kat slot pewaris

haimni
haimni
4 years ago

salam, nak tanya daftar i akaun bagi pengesahan no telefon berserta nama pemilik bagi pengguna prabayar macam mana

Ingenious Llama
Ingenious Llama
4 years ago

kite x dpt klik “hantar” walaupun sudah dapat TAC… dah berjuta kali dah kitorg try ni wei.. buntu dah ni!!!

Allen
Allen
4 years ago

sama juga hari2 cuba

Intan
4 years ago

Macam mana nak buat kalau xd akaun? Sebab saya pergi ke bnk bsn utk bukak acc tapi pegawai situ xnk terima .dia ckp xd sediakan khidmat utk bukak akaun semasa tempoh pkp..aduhh pliss tlg saya..

Azah
Azah
4 years ago
Reply to  admin GB

Akaun bank lain boleh tak selain BSN?

Amy
Amy
4 years ago

Berkali-kali cuba, tapi tak dapat no. TAC pun.

sazatul
sazatul
4 years ago
Reply to  admin GB

saya pun dah try buat tp tav no tak dpt2 .. no acc sama masa pendaftran i akaun dulu .. kenapa ye?

sazatul
sazatul
4 years ago
Reply to  Amy

awak dah boleh dpt no tac ke?

Dira
Dira
4 years ago

Salam, boleh x kalau saya nk kemaskini nombor telefon yang baru dalam sistem i akaun?sbb saya xdpt hubungi kwsp..saya xdpt request tac sbb tac msih di nombor yang lama.

Dira
Dira
4 years ago
Reply to  admin GB

macamana nk buat permohonan tu?

Dira
Dira
4 years ago

Mksd saya mcamana nk buat permohonan tukar nombor telefon tu?kena email ke sbb cal hotline mmg kwsp skrg mmg susah nk msok

Anonymous
Anonymous
4 years ago

Nak tanya, after dah memohon i-lestari ni, contoh la i nak keluarkan rm450/month, automatically ke wang tu ditransfer ke bank account every month?

Mohd Fardaus Bin Salleh
Mohd Fardaus Bin Salleh
4 years ago
Reply to  admin GB

Setelah berjaya membuat permohonan secara online, bagaimana cara untuk semak status kelulusan?

Mohd jafar lahamma
Mohd jafar lahamma
4 years ago

Kasi lulus sajalah semuanya,ITU duit rakyat juga,knpa perlu byk proses

Dalila Binti Halim
4 years ago

saya bercadang nak daftar i-akaun melalui kaedah email tapi masalah sekarang, no hp yg saya guna ni atas nama suami. so apa yg sy perlukan untuk membuktikan no hp ni saya yg pakai, bukan suami?

Liza
4 years ago

Saya nak Tanya kalau untuk muflis boleh tak apply I lestari melalui I akaun? Buat macam BPN tu ada column untuk pilih muflis. Terima kasih
Liza recently posted…Kita Mesti Menang! ALLAH uji dengan wabak covid-19My Profile

Farhah
Farhah
4 years ago

Assalamualaikum..bagaimana kalau sy dah ade i – lestari (online) tapi sy nak tac no

Abdul
Abdul
4 years ago

Saya dah submit pengeluaran i-lestari melalui i-akaun… terima acknolwedgment yg permohonan saya sedang diproses…

Tapi saya saya terpaksa letak no. akaun bank anak saya utk terima pembayaran dari KWSP sebab saya tiada akaun bank kerana saya muflis dan saya sedang sakit sekarang … tambahan masih tempoh PKP sekarang ni …

Bolehkah KWSP luluskan permohonan saya ini?

Roslan Mohamad yusoh
Roslan Mohamad yusoh
4 years ago

Salam camana saya nak dapatkan id saya

Haslinda bt Hj Mustaffa
Haslinda bt Hj Mustaffa
4 years ago

Salam.. Bagaimana nak tau no Ahli KWSP kita sbb dah lama tidak bekerja. Perlukan No Ahli itu sbb nk daftar I-akaun utk mohon i-lestari. Terima kasih

Afif
Afif
4 years ago

Salam,saya ada buat permohonan ‘redeem/reduce housing loan’ pada 11.03.2020 yang lepas.Saya perlu ke kaunter untuk pengesahan cap jari bagi dapatkan pengeluaran.Bagaimana saya nak proceed ya.Terimakasih.

NORAZLINA BINTI HANAFIAH
NORAZLINA BINTI HANAFIAH
4 years ago

Bagaimana cara utk menukar amaun i lestari yg telah diluluskan?Mohon bantu..

Sumiza
Sumiza
4 years ago

Saya dah daftar i lestari melaui i akaun sebelum kwsp buat sistem baru i lestari online..dan permohonan saya approved..tp bila saya buat semakan dalam i lestari online diberitahu ‘rekod permohonan belum diterima/dikemaskini’..bila saya check balik dalam inbox e-pengeluaran..approved..macam mana ye..boleh bagi pencerahan skit..saya confius..approved atau x..atau saya kena daftar balik

Auni sofea
Auni sofea
4 years ago

Saya telah isi borang kwsp untuk memohon pengeluaran rm500 tapi saya mohon dalam bulan april sampai sekarang tiada balasan daripada pihak kwsp tetapi ibu saya memohon pada bulan april juga dn telah mendapat balasan adakah ada salah ketika memohon? Ke perlu tunggu lagi

Subaidah sudirman
Subaidah sudirman
4 years ago

Hai , saya nak tanya . Saya sudah memohon KWSP i-lestari tu pada seminggu lebih yang lalu tetapi status saya masih status PERMOHONAN DI TERIMA . Adalah saya lulus atau tidak ? sebab suda lebih 2hari dari tempo saya buat permohonan.

Amar
Amar
4 years ago

Salam. Nak tanya. kalau permohonan kita telah lulus permohonan utk bulan April, So untuk bulan mei kita buat permohonan baru lagi ke macam mana?

syamil
syamil
4 years ago

hi nk tnya sikit, lepas dah dpt duit utk bulan pertama, adakah sy perlu buat permohonan semula utk bulan kedua?

Rasdy maharun
Rasdy maharun
4 years ago

Salam..Nak Tnya Sya memohon kwsp kat ilestari ,2minggu yng Lalu Status permohonan diluluskan Bila Cek Balik Bru2x Ni Status Permohonan belum diterima/dikemaskini..
Knapa bole cam tu??

Nurul
Nurul
4 years ago

Kalau saya perlukan pengeluaran selama 6 bulan je . Taknak smpai 12 bulan tu . Macam mana ye ? Tapi saya punya permohonan dah lulus pada april 2020 . Makne nye akan dibayar sehingga mac 2021 la kan . Ape perlu saya buat kalau nak pengeluaran hingga nov 2020 sahaja ?

Mohammad Nazarudin
4 years ago

Salam.. Blh ke kalau dh d kredit kan i lestari tapi nak tukar amaun??

Syuhada
Syuhada
4 years ago

SALAM..BAGI PERMOHONAN YG TELAH DILULUSKAN,,MACAM MANA KITA NAK SEMAK BAYARAN DI KREDITKAN KE AKAUN BANK MANA?

DEWI MARIANI
DEWI MARIANI
4 years ago

SAYA ADA HANTAR PERMOHONAN MELALUI EMAIL,SEBAB SAYA BUKAN WARGANEGARA ,BAGAIMANA CARA SAYA MENGETAHUI PERMOHONAN SAYA DILULUSKAN ATAU TIDAK?

NUR HARYANTI
NUR HARYANTI
3 years ago

Assalam. Encik, boleh saya ingin tukar no akaun bank untuk pengeluaran i-Lestari dengan cara kemaskini di website kemaskini i-lestari online ?