Site icon Geng Borak

Tip Beli Tayar Kereta Dan 7 Cara Penjagaannya

Beli kereta

Tayar kereta adalah komponen yang paling penting kerana ia banyak terdedah kepada permukaan jalan raya. Tayar kereta yang berkualiti memainkan peranan untuk keselesaan pengendalian, kawalan stereng serta cengkaman tayar yang lebih baik. Ramai yang tidak tahu cara penjagaan dan tip beli tayar kereta kerana ianya bukan merupakan rutin yang kerap.

Meskipun begitu, ramai dalam kalangan pemilik kereta tidak kira lelaki mahupun perempuan mengabaikan aspek penjagaan tayar yang baik dan selamat. Penjagaan tayar yang betul dapat mengelakkan insiden-insiden yang mungkin boleh membahayakan nyawa anda sepanjang pemanduan.

7 Cara Penjagaan Tayar Kereta Anda Perlu Tahu

1. Pemilihan Saiz Tayar Kereta

Jika anda sukakan kereta dengan penampilan standard, anda mungkin tidak kisah dengan saiz rim kereta anda. Namun begitu, bagi pemilik yang gemar mengubah suai atau modified kereta, rim tayar merupakan antara aksesori kereta yang akan ditukar. Penggunaan saiz tayar yang tidak bersesuaian dengan saiz rim boleh memberi kesan terhadap tayar dan kereta anda.

Kenapa pentingnya untuk anda memilih saiz tayar dan rim yang betul mengikut kereta anda? Pertama untuk memastikan kereta anda boleh dipandu dengan selesa. Memilih rim yang lebih besar akan menambahkan lagi berat kepada kereta anda. Pertambahan berat bermakna kereta anda akan menggunakan lebih petrol untuk bergerak.

Jika anda nak menukar rim yang lebih besar, anda boleh buat kira-kira bagi memilih saiz rim yang sesuai menggunakan kalkulator ini. Ataupun anda boleh berbincang dengan mekanik tayar tentang saiz rim dan tayar yang boleh anda pasang pada kereta anda. 

Tetapi jika anda inginkan prestasi yang terbaik, sudah semestinya gunakan apa saja tayar serta rim yang telah dipasangkan oleh pengeluar. Atau sekurang-kurangnya gunakan saiz yang sama dengan tayar standard yang telah siap dipasang. 

Baca juga : 3 Punca Aircond Kereta Tak Sejuk

2. Tekanan Angin Tayar Kereta

Periksa tekanan angin tayar sekurangnya-kurangnya sebulan sekali atau setiap dua minggu. Tekanan angin tayar yang tidak sesuai boleh menyebabkan pemanduan kurang selesa selain terdedah kepada kerosakan, cengkaman dan kawalan pemanduan yang tidak baik. 

Tekanan angin tayar yang betul dapat menjimatkan bahan api, menguatkan cengkaman tayar atas jalan, mengelakkan kehausan tayar yang tidak sekata dan meningkatkan jangka hayat tayar.

Cara Memeriksa Tekanan Angin Tayar Kereta

Anda boleh merujuk pelekat maklumat tayar yang biasanya terdapat pada pintu sebelah pemandu untuk mengetahui kadar tekanan angin tayar yang bersesuaian. Pelekat ini memaparkan maklumat mengenai ukuran tayar, spesifikasi serta tekanan yang sesuai untuk kesemua tayar termasuk tayar ganti. 

Selain itu, anda disarankan untuk meningkatkan tekanan tayar anda sebanyak 3 psi atau 20 kpa jika anda ingin meninggalkan kenderaan anda untuk suatu tempoh masa yang lama. Ia bertujuan untuk mengelakkan masalah bintik mendatar atau flat-spotting. Masalah ini biasa berlaku apabila kereta dibiarkan tidak bergerak untuk jangka masa yang panjang.

Terdapat dua jenis bintik mendatar – sementara dan separa kekal. Kebanyakan masanya kes bintik mendatar ini adalah sementara dan boleh dirasai melalui getaran pada stereng. Namun begitu, getaran ini akan hilang apabila suhu tayar telah meningkat. 

Artikel Berkaitan: Cara Mudah Jual Kereta, Pantas dan Harga Terbaik

3. Tukar Silang Kedudukan Tayar

Selain mengisi tekanan angin yang bersesuaian untuk tayar kereta, anda juga disyorkan untuk menukar kedudukan tayar atau tyre rotation secara berkala. Cara ini berkesan untuk memastikan kehausan tayar adalah seragam pada keempat-empat tayar. 

Selain itu, cara ini juga dapat membantu memanjangkan jangka hayat dan mengurangkan risiko kerosakan tayar kereta. Anda disarankan untuk melakukan pertukaran silang ini sekurang-kurangnya setiap enam bulan sekali atau setiap 10,000 km hingga 13,000 km.

4. Alignment dan Balancing Tayar

Anda disarankan untuk melakukan penjajaran (alignment) dan penyeimbangan (balancing) tayar setiap tiga bulan bergantung pada keadaan tayar kereta anda. Proses penjajaran tayar penting untuk memastikan kereta berada dalam keadaan baik dan memastikan cengkaman tayar yang optimum semasa di atas jalan raya. Manakala, proses balancing pula merujuk proses tayar diseimbangkan dengan meletakkan timah atau pemberat pada tayar supaya tayar tidak cepat haus dan pemanduan terasa lebih lancar.

Cara Mengesan Alignment Tayar Kereta Bermasalah

Cara Mengesan Keseimbangan Tayar Kereta Bermasalah

5. Kod Tayar Kereta

Setiap tayar yang dijual di pasaran memaparkan maklumat terperinci mengenai jenis, saiz, tahap bebanan, kelajuan yang boleh ditampung serta minggu dan tahun pembuatan tayar. Maklumat ini secara tidak langsung boleh membantu anda membuat pilihan tayar yang sesuai dan selamat. Jika anda perasan, terdapat nombor dan angka pada bahagian sisi tayar. Apakah maksud gabungan angka dan huruf ini?

Jika diperhatikan pada tayar di atas, terdapat nombor 195/50 R16 (84 H). Ketahui penerangan terperinci yang disediakan dalam jadual di bawah:

Spesifikasi Kod Tayar KeretaPenerangan
175Saiz kelebaran tayar (mm)
65Peratusan ketinggian dinding tayar
RRadial
15Diameter saiz rim (inci)
84Indeks had muatan (kg)
HIndeks kelajuan maksimum (km/j)

Di Malaysia, semua tayar yang dijual dan selamat digunakan di atas jalan raya perlu memiliki kod tayar kereta yang memaparkan minggu dan tahun pengeluaran. Berdasarkan gambar di atas, ia menandakan tayar ini dibuat pada minggu ke-25 tahun 2019. 

Simbol KelajuanIndeks Kelajuan Maksimum (km/j)
S180 km/j
T190 km/j
U200 km/j
H210 km/j
V240 km/j
Z*240+ km/j
W270 km/j
Y300 km/j
(Y)300+ km/j

Catatan: Pada mulanya, simbol Z* diseragamkan untuk melabelkan kadar kelajuan yang melebihi 240 km/j. Namun begitu, simbol W dan Y mula diperkenalkan apabila terdapat penghasilan kereta dengan kelajuan yang lebih pantas.

Selain itu, tayar kereta juga turut memaparkan tahap kelajuan dan bebanan yang boleh ditampung. Tayar yang dipandu melebihi had kelajuan yang ditetapkan boleh meningkatkan penggunaan bahan bakar. Manakala, berat bebanan yang berlebihan boleh menyebabkan kerosakan tayar dengan lebih cepat.


6. Cara Pemanduan

Ambil kira faktor-faktor seperti permukaan jalan atau cara pemanduan sebelum memilih jenis tayar yang sesuai untuk kenderaan anda. Selain itu, pertimbangkan aspek-aspek lain seperti kos tayar, keselesaan, ketahanan, prestasi dan penjimatan bahan api. Berikut merupakan jenis tayar terbaik yang boleh anda pertimbangkan:

Tip Beli Tayar Kereta

Kategori Tayar KeretaJenama Tayar Kereta Terbaik
Tayar Ekonomi – Jimat MinyakMichelin XM2+
Bridgestone Ecopia
Hankook Kinergy Eco
Tayar SelesaMichelin Primac 4
Continental CC6
Bridgestone Turanza
Tayar Kos RendahFalken SN832i
Dunlop Formula D06
Goodyear DP-D1
Tayar BerprestasiMichelin Pilot Sport
Goodyear Eagle F1
Bridgestone Potenza
Hankook Ventus Prime
Tayar Tahan LamaGoodyear Duraplus 2
Goodyear Assurance
Yokohama Bluearth
Goodyear Excellence


7. Keadaan Fizikal Tayar

Pemeriksaan tayar seperti tahap kehausan tayar boleh mencegah dan mengurangkan risiko kemalangan jiwa yang boleh meragut nyawa. Ketahui dua langkah mudah untuk periksa tayar seperti yang disenaraikan di bawah:


i. Penanda Bunga Tayar Haus

Kebanyakan pemilik kereta tidak menyedari bahawa tayar dilengkapi dengan bar penanda haus yang membolehkan pemeriksaan kadar kehausan bunga tayar diperiksa dengan berkesan. Kebiasaannya, terdapat bar kecil melintang di bahagian tengah bunga tayar yang menandakan kedalaman minimum bunga tayar. Semakin rapat bunga tayar dengan bar tersebut, semakin haus tayar anda. 

ii. Kerosakan Tayar

Selain kadar kehausan bunga tayar, periksa juga keadaan tayar – perhatikan tanda-tanda kerosakan seperti koyakan, hirisan, bonjolan, atau kebocoran tayar. Jika anda menyedari sebarang ketidaknormalan pada bahagian kereta anda, bawa kereta anda ke mana-mana bengkel berhampiran anda. Tayar yang tidak berada dalam keadaan baik boleh menyebabkan kenderaan hilang kawalan dan risiko kemalangan jiwa.

Exit mobile version