Site icon Geng Borak

‘Total Lockdown’ Malaysia Fasa Pertama 1 hingga 14 Jun 2021

Malaysia Lockdown

Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Mengenai Pengurusan Covid-19 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan, sepanjang tempoh ini, semua sektor TIDAK DIBENARKAN untuk beroperasi KECUALI sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essential economic and service sector) yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara.

Baca juga : KLUSTER RENTAS NEGERI TERUS CATAT PENINGKATAN, INILAH AKIBATNYA

Mereka yang terlibat dalam mesyuarat tersebut telah membincangkan dengan penuh teliti semua langkah dan pilihan yang dirasakan terbaik.

Langkah sebesar itu perlu mengambil kira bukan sahaja keselamatan dan nyawa rakyat, tetapi juga demi meminimakan sebaik mungkin kesannya ke atas ekonomi negara, seperti mana pengajaran yang boleh diambil pada PKP pertama.

Exit mobile version