Marshal berlagak serah diri

Tindakan dua individu yang cuba untuk menjadi marshal di atas jalan raya akhirnya memakan diri selepas kedua-duanya tampil serah diri ke Balai Trafik Port Dickson.

Menurut Ketua Polis Daerah Port Dickson iaitu Superitendan Aidi Sham Mohamed, kedua lelaki berusia 45 dan 49 tahun itu hadir pada 12.45 tengahari dan 2.30 petang bagi memberi keterangan susulan video yang tular.

“Kedua-dua lelaki termasuk seorang daripada bergelar Datuk hadir ke Balai Trafik sejurus mengetahui aksi mereka dirakam dan tular di media sosial.”

“Polis menahan kedua-dua lelaki yang juga ahli perniagaan dan ejen insurans itu.”

-Aidi Sham-

marshal berlagak

Sehubungan itu, polis turut menahan dua buah motosikal berkuasa tinggi dan beberapa barangan yang digunakan kedua-dua marshal berkenaan seperti yang dirakam.

Marshal Kena Tahan
marshal PD

KENYATAAN MEDIA YDH KETUA POLIS DAERAH PORT DICKSON.

Tarikh : 07/12/2021 (Selasa)

UPDATE KES MARSHAL BERLAGAK POLIS TRAFIK DI JALAN AWAM

Pada 6/12/2021 jam 1245 hrs dan 1430 hrs (2) Lelaki berbangsa Melayu yang dipercayai terlibat dalam rakaman aksi marshal tersebut telah hadir ke Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik daerah Port Dickson untuk serah diri.

Kedua-dua lelaki berusia 45 dan 49 tahun dengan salah seorang berpangkat Dato’ bekerja sebagai Ahli Perniagaan dan Agen Insuran telah hadir ke Balai Trafik sejurus mengetahui aksi mereka yang dirakam telah ditularkan secara meluas di media sosial.

Pihak Polis telah menahan kedua-dua lelaki sebaik mereka menyerah diri di Balai Polis Trafik Port Dickson. Pihak Polis juga turut merampas (2) buah motorsikal berkuasa tinggi dan beberapa barangan milik individu yang digunakan kedua-dua marshal berkenaan seperti yang dirakam di dalam video tersebut.

Pihak Polis juga masih menjalankan siasatan lanjut secara menyeluruh terhadap kedua -dua lelaki jika wujud lain-lain kesalahan.

Sekian, Terima kasih.

Daripada,
SUPT. AIDI SHAM BIN MOHAMED
(Ketua Polis Daerah Port Dickson)

Baca juga : Polis Cari Marshal Berhentikan Kenderaan di Pesimpangan Lampu Isyarat

Kelmarin, dilaporkan polis mencari kumpulan motosikal berkuasa tinggi yang berlagak marsyal di jalan awam selepas rakaman video berdurasi tiga minit tular di media sosial.

Rakaman itu menunjukkan penunggang motosikal berkuasa tinggi itu memberi arahan kepada sebuah kenderaan supaya memperlahankan kenderaannya dan bergerak ke kiri lorong jalan bagi memberi laluan kepada kumpulan konvoi terbabit.

Berdasarkan rakaman itu, dipercayai konvoi itu bergerak dari arah Kuala Sungai Baru, Alor Gajah, Melaka melepasi kawasan Jalan Tanjung Agas, Pasir Panjang di sini.

Terdahulu, video berdurasi hampir tiga minit itu memaparkan aksi marshal memberi arahan kepada seorang pemandu agar memperlahankan kereta bagi memberi laluan kepada sekumpulan motosikal berkuasa tinggi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge