Site icon Geng Borak

Whatsapp Hasilkan Sticker Khas Sempena Ramadan, Menarik dan Comel Je!

Whatsapp sticker Ramadan 1

Whatsapp telah memperkenalkan pek pelekat Ramadan Together yang dihasilkan oleh Murat Kalkavan iaitu seorang ilustrator dari Istanbul.

Pek pelekat baharu itu kini boleh diakses oleh pengguna aplikasi itu di ruangan pelekat WhatsApp.

Bagi menggunakan pek pelekat itu, caranya mudah sahaja. Klik ikon pelekat di bahagian kanan bawah sembang (chat). Cari tanda tambah (+) di bahagian paling kanan dan klik padanya untuk membuka semua jenis sticker.

Pilih sticker kegemaran anda dan muat turun dan boleh terus digunakan.

Pek pelekat itu juga turut didatangkan dalam Bahasa Malaysia seperti pelekat ‘Ayuh Bersahur’, ‘Terima Kasih’ dan ‘Selamat Berbuka Puasa’.

WhatsApp sebelum ini mengumumkan pengguna aplikasi itu akan menikmati pelbagai sticer berdasarkan perayaan dan peristiwa tertentu. Tidak hanya WhatsApp, aplikasi lain turut tampil dengan tema Ramadan untuk pengguna.

Snapchat sebagai contoh memperkenalkan lensa Bitmoji dan AR (augmented reality) dengan pelbagai ucapan dan bermotifkan Ramadan. Syarikat itu dalam satu kenyataan memberitahu sticker Ramadan itu dihasilkan oleh Yong Nurain, iaitu rakyat Malaysia kedua yang secara rasmi dilantik sebagai pencipta pelekat untuk Snapchat.

Instagram turut mengumumkan ia bekerjasama dengan Hala Albbasi, seorang ilustrator yang berpusat di Bahrain untuk membuat tiga sticker bertemakan Ramadan yang boleh digunakan di IG Stories.

Exit mobile version