Aplikasi kiriman mesej popular, WhatsApp telah mengumumkan bahawa ia akan berhenti berfungsi pada lebih dari 52 telefon pintar mulai 1 November ini.

Ini bermaksud, berjuta-juta pengguna akan disekat daripada menggunakan aplikasi sosial tersebut melainkan mereka menaik taraf peranti mereka atau mengemaskini sistem operasi telefon pintar.

Menurut WhatsApp, langkah itu adalah bagi melindungi pengguna dan memastikan aplikasi berkenaan selamat. Bagi peranti yang menggunakan sistem operasi Android, WhatsApp berkata, ia hanya akan menyokong Android 4.1 dan ke atas.

smart phone whatsapp

Bagi telefon pintar yang menggunakan sistem operasi iOS pula, WhatsApp hanya menyokong kemas kini iOS 10 dan ke atas.

Tetapi, bagi model-model tersenarai yang masih menerima sokongan naik taraf sistem operasi, termasuk iPhone 6s yang mempunyai sistem operasi asal iOS 9, pengguna hanya perlu menaik taraf sistem operasi telefon pintar mereka kepada yang terkini dan kemudian masih boleh menggunakan WhatsApp seperti biasa.

Pengguna iPhone 4S dan model-model terdahulu pula tidak akan mendapat akses kepada WhatsApp lagi selepas ini kerana ia tidak menyokong iOS 10.

Baca juga : Whatsapp down, pengguna panik tidak boleh hantar gambar, status dan video

mobile phone whatsapp

Telefon pintar yang termasuk dalam senarai adalah:

  1. Galaxy Trend Lite
  2. Galaxy Trend II
  3. Galaxy SII
  4. Galaxy S3 mini
  5. Galaxy Xcover 2
  6. Galaxy Core
  7. Galaxy Ace 2
  8. Lucid 2
  9. Optimus F7
  10. Optimus F5
  11. Optimus L3 II Dual
  12. Optimus F5
  13. Optimus L5
  14. Best L5 II
  15. Optimus L5 Dual
  16. Best L3 II
  17. Optimus L7
  18. Optimus L7 II Dual
  19. Best L7 II
  20. Optimus F6, Enact
  21. Optimus L4 II Dual
  22. Optimus F3
  23. Best L4 II
  24. Best L2 II
  25. Optimus Nitro HD
  26. Optimus 4X HD
  27. Optimus F3Q
  28. ZTE V956
  29. Grand X Quad V987
  30. Grand Memo
  31. Xperia Miro
  32. Xperia Neo L
  33. Xperia Arc S
  34. Alcatel
  35. Ascend G740
  36. Ascend Mate
  37. Ascend D Quad XL
  38. Ascend D1 Quad XL
  39. Ascend P1 S
  40. Ascend D2
  41. Archos 53 Platinum
  42. HTC Desire 500
  43. Caterpillar Cat B15
  44. Wiko Cink Five
  45. Wiko Darknight
  46. Lenovo A820
  47. UMi X2
  48. Run F1
  49. THL W8
  50. iPhone SE
  51. iPhone 6S
  52. iPhone 6S Plus

Cuba semak, ada tak jenama dan model telefon bimbit kalian?

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge