Kwsp akaun 2

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan bahawa ahli KWSP boleh membuat permohonan pengeluaran i-Lestari daripada Akaun 2 bermula 1 April 2020. Ahli dijangka menerima wang pengeluaran tersebut melalui akaun bank masing-masing pada 1 Mei 2020.

Pengeluaran i-Lestari ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan ahli untuk memenuhi keperluan asas bulanan dalam tempoh pandemik Covid-19 ini. Jumlah maksimum RM500 sebulan ini adalah jumlah yang berpatutan bagi menambah sumber kewangan ahli untuk memenuhi keperluan asas untuk bulan yang berkenaan

Diharapkan kemudahan i-Lestari akan memberikan kelegaan dari segi kewangan kepada mereka yang terjejas dalam keadaan semasa yang tidak menentu.

i lestari kwsp

Konsep pengeluaran i-Lestari

Apakah i-Lestari dan bagaimana prosedur pengeluaran KWSP akan berlangsung adalah seperti berikut:

  1. Pengeluaran maksimum RM500 daripada Akaun 2 sahaja.
  2. Kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah dikira bermula daripada tarikh penerimaan permohonan pengeluaran yang diluluskan oleh KWSP hingga tamat tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari iaitu 31 Mac 2021.
  3. Bayaran pengeluaran akan dibuat secara bulanan dan berulang (recurring) untuk bulan-bulan berikutnya tertakluk kepada kelayakan bilangan bulan pengeluaran seperti dalam situasi di bawah (b)

Situasi :

  • Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan April 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah bilangan maksimum selama 12 bulan.
  • Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan September 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah selama 7 bulan.
  • Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan Mac 2021, kelayakan bilangan pengeluaran adalah selama 1 bulan.

Baca juga : Cara Mohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN) – Semakan 1 APril 2020

Pengeluaran i Lestari Akaun 2 KWSP

Kelayakan ahli untuk memohon Pengeluaran i-Lestari.

  1. Warganegara Malaysia, Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara Malaysia ;
  2. Berumur di bawah 55 tahun; dan
  3. Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2

Tempoh ahli membuat permohonan Pengeluaran i-Lestari.

Ahli boleh menghantar borang permohonan Pengeluaran i-Lestari mulai 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021. (Permohonan hendaklah diterima oleh KWSP sebelum atau pada 31 Mac 2021)

Amaun yang layak dikeluarkan oleh ahli di bawah Pengeluaran i-Lestari.

Amaun Pengeluaran i-Lestari yang layak dikeluarkan adalah sebanyak minimum RM50 dan maksimum RM500 sebulan; tertakluk kepada jumlah simpanan yang ada di dalam Akaun 2 semasa bayaran pengeluaran bagi bulan berkenaan dibuat.

Jika jumlah simpanan Akaun 2 adalah kurang daripada amaun yang dimohon, maka amaun pengeluaran untuk bulan berkenaan adalah berdasarkan jumlah tersebut.

Pengeluaran KWSP i Lestari 2020
Semak di i-Akaun pada 1 April 2020

Bilakah bayaran untuk permohonan yang diluluskan akan dibuat kepada ahli?

Bagi permohonan pengeluaran yang diterima pada bulan April 2020, bayaran akan dibuat bermula pada bulan Mei 2020.

Manakala bagi permohonan pengeluaran yang diterima selepas bulan April 2020, bayaran pengeluaran bermula daripada tarikh permohonan pengeluaran diterima oleh KWSP.

Cara hantar borang mohon pengeluaran i-Lestari

Borang permohonan yang lengkap diisi boleh dihantar kepada KWSP mulai 1 April 2020 melalui kaedah-kaedah berikut:

  1. Secara dalam talian melalui e-Pengeluaran dalam i-Akaun (Ahli)
  2. Secara e-mel yang dialamatkan kepada: [email protected]; atau
  3. Secara hantaran pos kepada alamat :

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Karung Berkunci No 220, Jalan Sultan 46720, Petaling Jaya dengan catatan (UP : i-Lestari ) pada bahagian hadapan sampul surat

Ahli disarankan untuk menghantar permohonan secara dalam talian (e-Pengeluaran) untuk mempercepatkan proses kelulusan.

Permohonan secara manual yang dihantar melalui kaedah (b) dan (c) akan mengambil masa yang lebih lama untuk diproses.

Permohonan pengeluaran oleh ahli bukan warganegara Malaysia hanya boleh dihantar melalui kaedah (b) dan (c) sahaja.

Pengeluaran i lestari KWSP akaun 2

Proses pendaftaran i-Akaun (Ahli) dan pengemaskinian nombor telefon TAC khas bagi permohonan Pengeluaran i–Lestari dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah seperti berikut:

Permohonan hendaklah dihantar ke alamat emel : [email protected]

Syarat-syarat pendaftaran i-akaun ahli atau pengemaskinian nombor telefon TAC

  1. Warganegara Malaysia sahaja
  2. Nombor telefon bimbit yang didaftarkan atas nama Ahli sahaja yang dibenarkan
  3. Ahli berumur di bawah 55 tahun sahaja
  4. E-mel yang dihantar melalui yahoo.com tidak dapat diproses disebabkan isu teknikal

Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

  1. Borang Permohonan Pendaftaran i-Akaun (Ahli)
  2. Salinan MyKad Ahli (depan dan belakang)
  3. Gambar swafoto Ahli bersama MyKad
  4. Bukti pemilikan nombor telefon Ahli (Cth: Bil Telefon, Kontrak pendaftaran telefon, Resit bayaran deposit )
  5. Salinan Buku/Penyata Akaun Bank Simpanan/Semasa yang aktif milik Ahli

Sekiranya pendafaran i-Akaun berjaya dilakukan;

• Anda akan menerima SMS ID dan kata laluan pengguna untuk tujuan pengaktifan i-Akaun (Ahli) anda
• Anda akan diminta membuat kata laluan baru untuk menggantikan yang sementara.

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan i-Akaun (Ahli), tuan/puan boleh menghantar pertanyaan ke [email protected] atau menghubungi hotline kami di talian 03-89224848.

Cara Daftar i-Akaun KWSP

Seperti yang dinyatakan, yang paling penting adalah mudah membuat permohonan i-Lestari dengan lebih mudah melalui i-Akaun.

Dengan mendaftar i-Akaun juga, anda boleh memohon e-Pengeluaran dengan lebih cepat.

Jadi di sini kami kongsikan cara daftar i-AKaun KWSP secara ringkas:

  1. Dapatkan ID & Kata Laluan sementara anda di pejabat / kios KWSP berdekatan.
  2. Layari www.kwsp.gov.my, pergi kepada ikon ‘Log Masuk’ dan gunakan ID & Kata Laluan sementara yang diterima melalui SMS untuk aktifkan akaun.
  3. Selepas anda setuju, anda perlu pilih ID Pengguna, Kata Laluan dan Frasa Rahsia anda.
  4. Apabila pengaktifkan selesai, anda akan menerima notifikasi berjaya di skrin anda.
  5. Log masuk dengan maklumat akaun baru anda
  6. Kini anda boleh membuat permohonan i-Lestari melalui e-Pengeluaran KWSP.

UPDATE : Permohonan baru i lestari berjaya dilakukan dengan menggunakan i-akaun KWSP

  • Login i-akaun
  • Pilih Pengeluaran
  • Pilih i-Lestari
  • Isikan butiran peribadi, amaun dipohon dan nombor akaun bank
  • Semak perakuan
  • TAC number
  • Pengesahan setuju
  • Makluman penghantaran berjaya
  • Simpan atau screenshot details untuk rujukan

Notifikasi permohonan baru untuk i Lestari ada di bahagian pengeluaran selepas permohonan berjaya dan diproses.

Pengeluaran i lestari KWSP 2020
Pengesahan pengeluaran i Lestari KWSP
ePengeluaran i Lestari
semakan pengeluaran i lestari KWSP

Bagi yang tiada i-akaun, boleh download Borang Pengeluaran i Lestari KWSP di https://www.kwsp.gov.my/documents/20126/147458/Borang+Pengeluaran+i-Lestari.pdf dan hantar melalui dua cara.

  • Secara e-mel yang dialamatkan kepada: [email protected]
  • secara hantaran pos ke alamat :

    Kumpulan Wang Simpanan Pekerja,
    Karung Berkunci No 220, Jalan Sultan
    46720, Petaling Jaya dengan catatan
    (UP : i-Lestari ) pada bahagian hadapan sampul surat
Pengeluaran i Lestari KWSP

Maklumat Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut boleh e-mel ke : [email protected] atau hubungi 03-8922 6000.

Lawati Facebook rasmi KWSP untuk update terkini : https://www.facebook.com/KWSPMalaysia/

130 Comments

  1. I have I akaun but I forgot password.the phone number I used for updated already expired.with the situation right now,how can I reset my password

      1. Selepas bayaran pertama dibuat pada bulan mei ini,adakah kita perlu membuat permohonan lagi untuk pengeluaran pada bulan jun atau seterusnya?

        1. Author

          tidak perlu. akan berjalan auto sampai mac 2021 selagi tiada perubahan

        2. Kalau saya sudah buat permohonan baru kwsp i lestari tidak guna i akaun..tapi saya salah isi no ic mcm mana nak batal kan pendaftaran tu ya???

        1. Sudah email tetapi tidak mendapat status penerimaan permohonan.

      1. takpa boleh buat permohonan baru di atas tu teka withdrawal – new application – choose i lestari, masukkan amount dan details mengikut step. nanti dia akan minta no akaun bank dan nama bank semua

      2. Boleh mohon tukar amount duit yang nak keluarkan?

    1. Kalau tak lulus boleh buat lagi tak… Macam mana nak buat

    2. Selamat pagi boleh tak tanye kalau kita ade mesej masok dari KWSP tu duit dah masok kt dlm akaun kita ke blom

  2. Assallamualaikum Tuan…
    Bagaimana caranya utk memohon Pengeluaran RM500 KWSP???
    Masaalah saya skrg terlupa kata laluan dan Nombor Hphone lama sudah tdk aktif lagi…tolong bantu saya bagai mana nak menyelesaikannya.

        1. Salam,
          Kalau saya tiada akaun i-akuan kwsp macam mana ye? Mana saya boleh dapatkan borang?

        2. Bagaimana nak updated no phone for tac, sebab dah tukar no phone. Ada kiosk kwsp yg bukak x time ni?

          1. Author

            Guna cara yang dimaklumkan, penukaran nombor telefon dan tac

          2. Diatas ada dinyatakan kalau lulus bulan april 2020 , pembayaran akan dilakukan pada bulan mei 2020 sehingga 12 bulan . Kalau saya hanya nak pengeluaran dilakukan sebanyak 6 bulan sahaja . Taknak sampai mac 2021 tu . Macam mana nk buat ye ?

      1. Salam. Bagaimana nak lampirkan bukti nombor telefon dan penama id bagi pengguna prabayar

      2. Provide semakan status permohonan secara ringkas

    1. Author

      keluar kwsp akaun kedua di i-akaun masing-masing. pastikan sudah daftar dan rujuk KWSP berhampiran

      1. Hi. Nak tanya kalau kita dh tukar no hp mcm mana nk dftar sbb dulu masa login guna no fon lain

      2. No phone saya tidak update untuk TAC code. Kiosk dan kwsp kaunter tidak buka. Macamana nak update no phone terkini untuk menerima tac code?

      3. Assalam.. saya nak tanya sebelum dapat id kena daftar no telefon dahulu kan.. baru dapat id dari kwsp? Atau kwsp terus guna no fon yang sudah ade

        1. Author

          wasallam.. sebelum ini kena daftar di kiosk untuk login i-akaun. jika tidak pernah buat, boleh gunakan cara permohonan kedua atau ketiga

  3. jenis pengeluaran tu pilih ape yer?

  4. Saya cuba utk log in dan daftar tp tak blh..dia srh pergi ke kiosk kwsp utk register..saya nk minta no tac…

    1. Author

      ya betul. bagi yang belum ada i-akaun, perlu ke kiosk kwsp dan dapatkan katalaluan serta tac tersebut. Boleh rujuk cara daftar di artikel ini. 🙂

        1. Agak agak kiosk buka x masa PKP ni?

          1. Author

            harap-harapnya 14hb nanti PKP dah tamat dan dapat apply kat kaunter atau kiosk. amiinn

      1. Download borang pengeluaran iLestari dekat link dalam artikel ni (perenggan akhir)

  5. Macam mana kalau no. Password i. Akaun kita tamat tempoh 1bulan.sebab nak daftar i. Akaun tak boleh kerana tempoh pkp sekarang.

    1. Author

      sepatutnya daftar i-akaun dalam masa sebulan. jika dah expired, kena hubungi kwsp. ke kiosk saja

  6. macam mana nak keluar kan kwsp rm500,perlu pergi ke kiok kwsp ada daftar on9

    1. Author

      ada 3 cara untuk pengeluaran. Guna i-akaun atau hantar borang melalui emel, atau hantar melalui pos. Rujuk details dalam artikel ini. =)

      1. Assalamualaikum Tuan…
        Bagaimana caranya utk memohon Pengeluaran RM500 KWSP???
        Masaalah saya skrg terlupa kata laluan Nombor Handphone lama sudah tdk aktif lagi…tolong bantu saya bagaimana nak menyelesaikannya. :'(

        1. Author

          wasallam. boleh guna cara kedua atau ketiga. isi online atau boleh download borang dan hantar ke kwsp

          1. Sedia maklum cara ke 2&3 lambat proses.. yg nak mohon ramai so pihak kwsp dah xde inisiatif lain ke.. xkn makan gaji buts

          2. Author

            Moga PKP fasa 2 ni berakhir. Boleh uruskan banyak benda kan?

      2. Dah masuk i kaun, ade tab i lestari. Tapi tak bioleh tekan pon. Mohon buat panduan lengkap cara memohin. Tq

      3. salam nk tnya…nk kena daftar lagi ke..atau hnya skali daftar jer ….utk duit kwsp nie

  7. pejabat kwsp bukak ke nak dapat kan id semua tu ?

      1. assalamualaikum..saya nak tanya ,jika sya memohon i lestari tetapi saya tak ada akaun bank, bagaimana caranya agar saya boleh buat permohonan ini. saya suri rumah sepenuh masa.

        1. Sy telah menerima sms dari kwsp .pengeluaran telah di hantar ke acc yg sy berikan .tetapi hingga kini belum ada masuk.adakah sebab sy gunakan acc isteri sy sy daftar ke acc i lestari.sebabkan sy x acc bank.

          1. Author

            tak boleh guna akaun orang lain. perlu guna akaun sendiri

  8. nak daftar i-akaun…….skrg ni tempoh pkp

    1. Author

      i-lestari Tuan boleh guna cara kedua dan ketiga. iaitu isi borang dan email ke kwsp. atau pos borang ke alamat tersebut

  9. Klau lupa katalaluan macam mana ya? Dulu dah pernah daftar tapi dah setahun xpernah login kertas pun dah hilang

  10. Nak daftar KWSP sekarang.sbb tak pnah daftar die kios kwsp

    1. Author

      Guna cara kedua atau ketiga. boleh download borang dan hantar ke kwsp

  11. Kena isi setiap bulan untuk pengeluaran atau sekali shj. Contohnya 500 x 12 bln = 6000.
    Saya perlu key in 6000 atau 500.

    1. Author

      isi RM500 sahaja untuk maksimum. kwsp akan proses ikut amaun kita mohon dan amaun itu akan dimasukkan ke bank

  12. saya dah daftar tapi belom terima sms untuk kata laluan

    1. Author

      daftar di mana tu ya? isi online atau boleh download borang dan hantar ke kwsp

  13. Kalau akaun 2tak sampai 500 boleh ke klua kan dlm 400
    #akaun 2. RM459.26
    ITU JE SAYA NAK TANHA

    1. Author

      Boleh cuba try. Maksimum 500, Minimum 50. Try je dulu, jika perlukan i-lestari

  14. Kalo kwsp nk tutup kemudahan kaunter tu x kesah ni la ni kemudahan kiosk Pon xleh nak guna xkan tidur lg kot pihak kwsp.. bank Pon dah lama bangun buka la jgn menyusahkan rakyat guna cara 2&3 sedangkan cara 1 paling efektif.. awat angpa slow sgt kwsp oiii dah 2020 la adoii

  15. Sye ade msalah nge bank.xde akaun bank ….boleh Sye pakai no akaun bank isteri lg pon name isteri dah ade kat slot pewaris

  16. salam, nak tanya daftar i akaun bagi pengesahan no telefon berserta nama pemilik bagi pengguna prabayar macam mana

  17. kite x dpt klik “hantar” walaupun sudah dapat TAC… dah berjuta kali dah kitorg try ni wei.. buntu dah ni!!!

  18. Macam mana nak buat kalau xd akaun? Sebab saya pergi ke bnk bsn utk bukak acc tapi pegawai situ xnk terima .dia ckp xd sediakan khidmat utk bukak akaun semasa tempoh pkp..aduhh pliss tlg saya..

      1. Akaun bank lain boleh tak selain BSN?

  19. Berkali-kali cuba, tapi tak dapat no. TAC pun.

      1. saya pun dah try buat tp tav no tak dpt2 .. no acc sama masa pendaftran i akaun dulu .. kenapa ye?

  20. Salam, boleh x kalau saya nk kemaskini nombor telefon yang baru dalam sistem i akaun?sbb saya xdpt hubungi kwsp..saya xdpt request tac sbb tac msih di nombor yang lama.

    1. Author

      kena buat permohonan lain tukar nombor telefon dan pengesahan TAC secara emel.

  21. Mksd saya mcamana nk buat permohonan tukar nombor telefon tu?kena email ke sbb cal hotline mmg kwsp skrg mmg susah nk msok

  22. Nak tanya, after dah memohon i-lestari ni, contoh la i nak keluarkan rm450/month, automatically ke wang tu ditransfer ke bank account every month?

    1. Author

      automatik recurring ikut amaun yang kita mohon tu selepas diluluskan.

      1. Setelah berjaya membuat permohonan secara online, bagaimana cara untuk semak status kelulusan?

        1. Kasi lulus sajalah semuanya,ITU duit rakyat juga,knpa perlu byk proses

  23. saya bercadang nak daftar i-akaun melalui kaedah email tapi masalah sekarang, no hp yg saya guna ni atas nama suami. so apa yg sy perlukan untuk membuktikan no hp ni saya yg pakai, bukan suami?

  24. Assalamualaikum..bagaimana kalau sy dah ade i – lestari (online) tapi sy nak tac no

    1. Author

      ada i-akaun ke, atau apply i-lestari? kalau nombor lama teruskan klik. kalau nombor lama, kena mohon tukar nombor baru, proses seperti tertera

  25. Saya dah submit pengeluaran i-lestari melalui i-akaun… terima acknolwedgment yg permohonan saya sedang diproses…

    Tapi saya saya terpaksa letak no. akaun bank anak saya utk terima pembayaran dari KWSP sebab saya tiada akaun bank kerana saya muflis dan saya sedang sakit sekarang … tambahan masih tempoh PKP sekarang ni …

    Bolehkah KWSP luluskan permohonan saya ini?

    1. Author

      cuba berhubung segera dengan pihak kwsp di emel ataupun telefon segera.

  26. Salam camana saya nak dapatkan id saya

  27. Salam.. Bagaimana nak tau no Ahli KWSP kita sbb dah lama tidak bekerja. Perlukan No Ahli itu sbb nk daftar I-akaun utk mohon i-lestari. Terima kasih

    1. Author

      wasalam. Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan i-Akaun (Ahli), tuan/puan boleh menghantar pertanyaan ke [email protected] atau menghubungi hotline di talian 03-89224848.

  28. Salam,saya ada buat permohonan ‘redeem/reduce housing loan’ pada 11.03.2020 yang lepas.Saya perlu ke kaunter untuk pengesahan cap jari bagi dapatkan pengeluaran.Bagaimana saya nak proceed ya.Terimakasih.

  29. Bagaimana cara utk menukar amaun i lestari yg telah diluluskan?Mohon bantu..

  30. Saya dah daftar i lestari melaui i akaun sebelum kwsp buat sistem baru i lestari online..dan permohonan saya approved..tp bila saya buat semakan dalam i lestari online diberitahu ‘rekod permohonan belum diterima/dikemaskini’..bila saya check balik dalam inbox e-pengeluaran..approved..macam mana ye..boleh bagi pencerahan skit..saya confius..approved atau x..atau saya kena daftar balik

    1. Author

      follow i-akaun saja. i-lestari online ambil masa untuk pump data jutaan pemohon tu. cuba tengok i-lestari online dua tiga hari lepas ni

  31. Saya telah isi borang kwsp untuk memohon pengeluaran rm500 tapi saya mohon dalam bulan april sampai sekarang tiada balasan daripada pihak kwsp tetapi ibu saya memohon pada bulan april juga dn telah mendapat balasan adakah ada salah ketika memohon? Ke perlu tunggu lagi

  32. Hai , saya nak tanya . Saya sudah memohon KWSP i-lestari tu pada seminggu lebih yang lalu tetapi status saya masih status PERMOHONAN DI TERIMA . Adalah saya lulus atau tidak ? sebab suda lebih 2hari dari tempo saya buat permohonan.

    1. Salam. Nak tanya. kalau permohonan kita telah lulus permohonan utk bulan April, So untuk bulan mei kita buat permohonan baru lagi ke macam mana?

      1. Author

        Wasallam. Biarkan. Automatik akan jalan setiap bulan sampai Mac 2021

  33. hi nk tnya sikit, lepas dah dpt duit utk bulan pertama, adakah sy perlu buat permohonan semula utk bulan kedua?

    1. Author

      tidak perlu. akan berjalan auto sampai mac 2021 selagi tiada perubahan

  34. Salam..Nak Tnya Sya memohon kwsp kat ilestari ,2minggu yng Lalu Status permohonan diluluskan Bila Cek Balik Bru2x Ni Status Permohonan belum diterima/dikemaskini..
    Knapa bole cam tu??

  35. Kalau saya perlukan pengeluaran selama 6 bulan je . Taknak smpai 12 bulan tu . Macam mana ye ? Tapi saya punya permohonan dah lulus pada april 2020 . Makne nye akan dibayar sehingga mac 2021 la kan . Ape perlu saya buat kalau nak pengeluaran hingga nov 2020 sahaja ?

  36. SALAM..BAGI PERMOHONAN YG TELAH DILULUSKAN,,MACAM MANA KITA NAK SEMAK BAYARAN DI KREDITKAN KE AKAUN BANK MANA?

    1. Author

      Pemindahan bayaran bermula 4 – 18 Mei. Akaun bank yang diisi semasa permohonan, dan mesti dalam keadaan aktif

  37. SAYA ADA HANTAR PERMOHONAN MELALUI EMAIL,SEBAB SAYA BUKAN WARGANEGARA ,BAGAIMANA CARA SAYA MENGETAHUI PERMOHONAN SAYA DILULUSKAN ATAU TIDAK?

  38. Assalam. Encik, boleh saya ingin tukar no akaun bank untuk pengeluaran i-Lestari dengan cara kemaskini di website kemaskini i-lestari online ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge