2.7K+Shares

Kementerian Kewangan ingin memaklumkan bahawa tarikh pendaftaran baharu dan kemaskini bagi Bantuan PRIHATIN Rakyat (BPR) yang sebelum ini dibuka dari 15 Januari 2021 sehingga 15 Februari 2021 kini dilanjutkan sehingga 25 Februari 2021.

Ini bagi memastikan BPR akan diterima oleh mereka yang benar-benar layak, serta mengambil kira Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di hampir seluruh negara pada ketika ini.

Hanya pemohon yang tidak pernah menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 atau Bantuan Prihatin Nasional (BPN) B40 serta isirumah berpendapatan RM5,000 dan ke bawah sebulan perlu membuat permohonan baharu.

Baca juga : BPR 2021 bermula 15 Januari : Kategori dan Kriteria Kelayakan Bantuan Prihatin Rakyat

Kemaskini Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat BPR 2021

Ini termasuk golongan mudah terjejas baharu (newly vulnerable groups) yang layak memohon akibat perubahan status pendapatan mereka ekoran impak penularan COVID-19.

Dengan adanya proses pendaftaran baharu atau kemaskini ini, sebahagian daripada mereka yang tidak lulus dan belum menerima BPR masih berpeluang untuk mengemukakan permohonan untuk diverifikasi semula.

Penerima BSH 2020 dan BPN B40 yang lulus sebelum ini tidak perlu membuat pendaftaran baharu atau kemaskini sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat.

Tarikh Bayaran Bantuan Prihatin Rakyat 2021

Pembayaran Fasa 1 BPR kepada mereka akan dipercepatkan kepada penghujung Februari 2021, seperti yang diumumkan di dalam Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) pada 18 Januari 2021 yang lepas.

Bayaran Fasa 2 BPR dijangka dibuat awal bulan Mei 2021. Tempoh masa diperlukan untuk memproses permohonan yang diterima terutamanya permohonan baharu. Setakat ini, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah menerima hampir 550,000 permohonan baharu yang perlu diverifikasi dan disemak silang di dalam sistem.

Baca info : Semakan BPR : Cara Mohon dan Check Status Bantuan Prihatin Rakyat 2021

Selain itu, proses semak silang ini juga melibatkan 25 Agensi Kerajaan termasuk Jabatan Pendaftaran Negara, LHDNM dan sebagainya untuk memastikan mereka yang benar-benar layak diluluskan BPR.

Pemohon BPR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) yang telah dimuat naik di portal rasmi BPR iaitu, https://bpr.hasil.gov.my bagi mendapatkan maklumat lanjut.

2.7K+Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge