Site icon Geng Borak

9 Jenis Potongan Daging Lembu Yang Perlu Anda Tahu

Daging 1

Selepas disembelih, lembu akan dilapah untuk diasingkan bahagian kulit, daging, tulang dan organ dalaman lembu.

Sebenarnya nama potongan daging di dalam bahasa Melayu sukar dicari kerana kemungkinan di Malaysia industri penternakan lembu pedaging tidak sehebat di negara luar seperti Australia, New Zealand, Amerika, Jepun atau India. Malaysia masih mengimport sejumlah lebih 20,000 metrik tan daging sejuk beku atau dengan kiraan lebih kurang 1.5 juta ekor diimport setiap tahun dari Australia, New Zealand dan India.

Penggunaan daging adalah berbeza mengikut potongan dan kegunaan. Di kawasan Asia dan di Negara kita, daging lembu banyak digunakan sebagai makanan berempah dan bersantan seperti sup tulang, kari daging, masak kuzi, sate dan juga rendang.

Rakyat Malaysia juga banyak menggunakan bahagian lembu yang lain seperti paru, perut, usus, ekor, kepala, otak, kulit, urat, tulang, sesendi dan hati sebagai makanan dan dikenali juga dengan makanan yang eksotik.

Di Amerika, Australia dan beberapa Negara lain, kebanyakan potongan daging ini dimasak steak, stew, daging kisar dan lain lain lagi.

9 bahagian utama tersebut adalah :

1) Chuck.

2) Rib (Tulang Rusuk).

3) Short loin.

4) Sirloin.

5) Round.

6) Plate.

7) Brisket.

8) Shank.

9) Flank.

Grass-Fed atau Grain-Fed? :

Daging dari lembu yang memakan rumput sahaja (Grass-fed) adalah lebih kurang lemaknya, kerana lembu-lembunya kebiasaannya di biarkan berkeliaran bebas di padang ragut untuk meragut rumput. Dagingnya juga tidak selembut daging dari lembu yang memakan bijirin (Grain-fed).

Lembu-lembu yang memakan bijirin bukan tidak diberi makan rumput atau diberi peluang untuk berkeliaran bebas di padang ragut, cuma dalam tempoh 90-180 hari sebelum lembu-lembu tersebut disembelih, ianya di beri makan bijirin seperti gandum dan jagung untuk menjadikannya lebih gemuk Oleh itu daging Grain-fed adalah lebih lembut kerana mengandungi lebih lemak.

Tetapi jangan risau kerana lemak-lemak inilah yang memberikan rasa yang unik kepada daging Grain-fed tersebut, berdasarkan jenis-jenis bijiran yang diberikan kepada lembu-lembut tersebut.

Exit mobile version