Sushi sashimi

Hukum memakan sushi dan sashimi adalah harus dan dibenarkan selagi mana ia tidak melanggar hukum syarak dan tidak memudaratkan tubuh badan mahupun akal fikiran. 

Memetik penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) menerusi artikel Irshad Al-Fatwa Siri ke-654: Hukum memakan sushi dan sashimi yang dikeluarkan, umat Islam bagaimanapun perlu memastikan hidangan sampingan yang dihidangkan bersama sushi dan sashimi seperti sos pencicah dan sebagainya hendaklah dalam kategori sesuatu yang halal.

Hidangan sampingan itu mestilah bukan mengandungi sesuatu yang haram seperti sake (arak), hirisan daging khinzir dan lain-lain lagi.

Yee Sang Sushi King

Sushi dan Sashimi

Sushi merupakan salah satu makanan tradisional yang paling popular di Jepun, dan kini turut digemari di seluruh dunia. Sushi diperbuat daripada nasi bercuka dan dibubuh inti campuran ikan, makanan laut, sayur-sayuran atau telur. Inti tersebut sama ada dihidangkan secara mentah, dimasak atau diperam. Asal-usul sushi tidak diketahui, tetapi teknik peraman ikan bersama nasi dipercayai berasal di Asia Tenggara pada abad ke-5 sebelum masihi. Dua aksara Cina untuk perkataan ‘sushi’, bererti ‘ikan terperam’ pertama digunakan di Jepun pada abad ke-8.

Bahan asas untuk pelbagai jenis sushi adalah nasi bercuka. Pelbagai jenis sushi diperbuat daripada inti dan topping yang berbeza, perasa, dan proses penyediaan mereka. Bahan-bahan yang sama namun proses penyediaan yang berbeza boleh mewujudkan keputusan yang sangat berbeza. Kebiasaannya, sushi Jepun tradisional sering dihidangkan dengan bahan mentah, tiada lemak masak diperkenalkan semasa penyediaan. Sesetengah bahan-bahan bukan tradisional seperti keju dan mayonis yang kadang-kadang dijumpai dalam hidangan sushi ala Barat boleh meningkatkan jumlah lemak yang ketara.

Seterusnya, sashimi pula merupakan makanan Jepun yang terhasil daripada makanan laut yang dimakan dalam keadaan mentah bersama penyedap seperti kicap masin, parutan halia, dan wasabi. Makanan laut segar seperti ikan, kerang, dan udang kara dihidangkan dalam bentuk hirisan kecil yang mudah dimakan, sedangkan udang yang berukuran kecil ada yang hanya dikupas kulit dan dibuang kepalanya saja. Tsuma adalah sebutan untuk bahan makanan pendamping yang boleh juga berupa lobak yang dipotong panjang-panjang dengan ukuran sangat halus, daun berwarna hijau yang disebut Oba (Aojizo), atau rumput laut seperti Wakame dan Tosakanori.

Sashimi juga bermaksud menikmati sesuatu dalam keadaan mentah, bermula daripada potongan mentah daging kuda (Basashi), daging ayam (Torisashi), hati ayam atau hati lembu, hingga pada potongan Konnyaku (sejenis tumbuhan) dan tauhu yang disebut sebagaiYuba. Sebagaimana sushi, sashimi juga mempunyai jenis-jenisnya bergantung pada cara penyediaan hidangannya, antaranya ialah Tsugatazukuri, Ikezukuri dan Tataki

Sushi sedap

Hukum Memakan Daging atau Ikan Mentah 

Sebelum ini, PMWP pernah mengeluarkan hukum memakan memasak atau makan haiwan yang masih hidup yang mana dalam situasi sushi dan sashimi, memakan ikan masih hidup adalah makruh dan bukannya haram.

Dalam hal memakan ikan mentah yang telah mati atau daging mentah yang telah disembelih secara syarak, tidak terdapat dalil khusus yang menyatakan akan pengharamannya.

Hukum memakan daging mentah pula hukumnya harus selagi mana ia tidak membawa kepada kerosakan ataupun kemudaratan ke atas tubuh badan ataupun akal.

Oleh yang demikian, dalam hal memakan sushi atau sashimi ini gambarannya sama seperti memakan ikan yang telah mati dan daging mentah yang telah disembelih dengan kaedah syarak.

Maka jelas di sini hukumnya adalah harus dan halal sepertimana yang dinyatakan oleh para ulama. Tambahan pula, ia tidak mendatangkan sebarang kemudaratan pada tubuh dan akal.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge