Siapa yang belum pernah naik kapal terbang?
Atau ada yang nak pertama kali naik kapal terbang? Mesti rasa seronok kan?
Kapal terbang adalah salah satu pengangkutan paling moden dan ia tidak menghairankan jika ramai yang menggunakannya tidak tahu akan keunikannya. Ada yang gunakan kapal terbang ini untuk tujuan bisnes, bersantai, pengangkutan barang dan lain-lain lagi.
Dikongsikan enam tip untuk penerbangan ideal yang ramai tidak tahu.
1. Tempat duduk di tepi tingkap lebih sejuk.
Suhu di luar kabin boleh jatuh serendah -60 darjah celsius ke -65 darjah celcius yang membantu menyejukkan fiuslaj pesawat. Suhu sejuk ini juga boleh dirasai oleh penumpang yang duduk di tepi tingkap terutama sekali sewaktu musim panas apabila kebanyakan penumpang memakai baju yang nipis.
Jadi, jika kita rasa nak nikmati permandangan di luar tingkap kapal terbang, pastikan anda memakai pakaian yang tebal sedikit.
2. Meja lipat dan poket kerusi adalah bahagian paling kotor dalam pesawat.
Sebahagian sampah yang terkumpul semasa penerbangan biasanya akan berakhir dalam poket di abahagian belakan tempat duduk di hadapan anda. Dan ia jarang dibersihkan sewaktu penerbangan. Berita lebih buruk adalah meja lipat yang terdapat di hadapan anda. Kebanyakan krew penerbangan mengakui bahawa meja itu sering digunakan untuk menukar lampin bayi.
Oleh itu, adalah digalakkan anda membawa beberapa paket tisu basah bersama anda, menyimpan barang peribadi di dalam beg dan tidak meletakkan makanan secara langsung di atas meja.
3. Waktu penerbangan terbaik adalah pada waktu pagi.
Jika anda mempunyai pilihan masa untuk penerbangan anda, waktu yang terbaik adalah untuk memilih penerbangan di waktu pagi kerana ia jarang sekali akan ditunda. Selain itu, pakar mendakwa penerbangan pada waktu pagi tidak begitu banyak pergolakan (turbulence).
4. Perkhidmatan akan lebih baik jika anda duduk di barisan terakhir.
Jika anda duduk di barisan pertama, anda boleh mengharapkan untuk menjadi yang pertama untuk keluar dari pesawat selepas mendarat serta mendapatkan pilihan hidangan. Namun sebaliknya, jika anda memilih tempat duduk yang lebih dekat dengan kabin, anda boleh mendapatkan lebih perhatian daripada krew pesawat.
Hal ini kerana ia ternyata lebih mudah untuk membawa makanan tambahan atau yang lain kepada penumpang di barisan belakang tanpa disedari oleh penumpang yang lain.
5. Jangan penuhkan kusyen leher anda pada jumlah yang penuh.
Apabila anda membawa bantal angin untuk leher anda ke dalam pesawat, jangan lupa tentang hukum fizik. Jika anda mengisi sepenuhnya dengan udara ia akan pecah disebabkan oleh perubahan dalam tekanan dalam kabin. Oleh itu, biarkanlah bantal angin anda itu sedikit kempis.
6. Membuat pilihan menu khas.
Kebanyakan syarikat penerbangan ada menawarkan pilihan makanan dalam penerbangan yang berbeza. Kini, anda boleh mendapatkan menu vegetarian, makanan laut dan menu yang halal dan banyak lagi. Ramai mengesyorkan untuk membut pilihan menu sebelum menaiki pesawat kerana ia menawarkan lebih banyak jenis makanan dan ia juga ternyata lebih enak.
Jadi, kepada yang mungkin jarang atau pertama kali naik kapal terbang, jangan abaikan tips ini. Bagi yang selalu juga, mesti ingatkan selalu apabila berada di dalam pesawat.
Moga tips mudah ringkas dan mudah ini memberi manfaat kepada semua!
Pernah duduk kat bahagian belakang pesawat.
1. Makanan dihidangkan dari depan jadi yang belakang dapat lewat.
2. Bila time turbulence penumpang bahagian belakang boleh rasa pening2.
haa.. betul jugak laa tu. Duduk belakang, boleh cakap dengan stewardess dekat sikit nak extra.
dan juga ke toilet. hehehe
admin GB recently posted…Titi Eco Farm, kebun organik yang unik di Negeri Sembilan