Sijil Pelajaran Malaysia

Semenjak keputusan peperiksaan SPM diumumkan, dapat kita lihat betapa ramai pelajar berkongsi kegagalan mereka di media sosial. Mereka akan jadi pelajar tiada slip SPM. Tindakan itu sekaligus membuatkan ramai beranggapan bahawa mereka bangga dengan pencapaian yang diperoleh selepas 5 tahun berada di sekolah menengah.

Mungkin ramai tak tahu bahawa Malaysia mencatat statistik membimbangkan apabila dianggarkan terdapat 90,000 pelajar tidak mempunyai sijil SPM kerana telah berhenti sekolah serta gagal dalam subjek Bahasa Melayu dan Sejarah.

Pelajar Tiada Slip SPM

SPM ini umpama surat bera­nak. Nak belajar tidak boleh se­bab tiada sijil SPM sekalipun hendak memohon di institut ke­mahiran kerana sijil peperiksaan itu penting walaupun keputusan mereka rendah.

Nak buat kerja tiada kemahiran kerana berusia 17 dan 18 tahun. Akhirnya jadi kelompok tercicir dengan banyak berpelesiran sehingga terdedah dengan isu moral dan sosial.

Sehingga setakat ini Kementerian Pendidikan (KPM) masih tidak mempunyai kaedah penyelesaian yang proaktif dalam membantu golongan tersebut.

Apa yang boleh dilakukan agar Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) menawarkan kursus keusahawanan kepada pelajarnya agar mampu membuka peluang pekerjaan nanti.

Baca juga : Program Penajaan JPA Lepasan SPM

TVET

Peredaran zaman menunjukkan bahawa TVET akan menawarkan peluang pekerjaan lebih banyak. Jadi ,pelajar tiada slip SPM masih ada pilihan seterusnya dalam bidang kemahiran.

Kalau tahun 70 dan 80an, memang kita banyak belajar dalam bidang akademik seperti sains sosial, sejarah atau sastera untuk mengisi jawatan pentadbiran. Namun, bermula tahun 2010 didapati jawatan pentadbiran sudah penuh.

TVET patut dipromosikan dan tidak timbul persaingan dengan universiti berunsurkan akademik kini giat menawarkan kursus keusa­hawanan kepada pelajarnya agar mampu membuka peluang pekerjaan nanti.

Kita berharap pro­gram Dermasiswa B40 TVET diperluaskan kepada kementerian lain yang menawarkan program TVET.

Pelajar Tiada Slip SPM boleh ambil TVET

Ini penting supaya masya­rakat terkesan dan mereka yang sedang bangkit dalam fasa endemik berupaya untuk mengutamakan latihan berbanding memasuki alam pekerjaan dengan kelayakan akademik rendah.

Kalau tengok pada era selepas pandemik, banyak syarikat mengutamakan mereka yang ada kemahiran. Sehubungan itu wajar institusi pendidikan atau kemahiran memfokuskan kursus terkini bagi memenuhi keperluan industri.

Perlunya pendekatan baharu dengan memberi peluang menimba ilmu dan kemahiran dalam tempoh tertentu dengan pengiktirafan dan sijil susulan sebahagian daripada 400,000 calon SPM tahun lalu akan memilih terus untuk be­kerja.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge