Putera William kini diangkat sebagai pewaris takhta Britian pertama berikutan naik takhta bapanya, Putera Charles sebagai Raja Charles III selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II hari ini.
Dengan kenaikan takhta Raja Charles III, ahli keluarga diraja itu, termasuk puteranya Putera William dan Putera Harry, adalah lebih tinggi dalam barisan pewarisan baharu.
Secara umumnya, penggantian jatuh kepada anak sulung waris dan anak-anak mereka, diikuti oleh adik sulung waris dan anak-anak mereka dan seterusnya.
Putera William dan isteri, Kate Middleton secara automatik akan menggunakan gelaran Duke dan Dunchess of Cornwall, Cambridge sehingga Raja Charles III menganugerahkan gelaran Putera dan Puteri Wales.
Anak pertama Putera William dan Kate, Putera George mendahului barisan pewarisan baharu Britian, diikuti Puteri Charlotte dan adik lelakinya, Putera Louis.
Bagi anak lelaki kedua Raja Charles III, Putera Harry kini memegang gelaran Duke of Sussex dan di bawahnya Archie sebagai Mountbatten-Windsor.
Ratu Elizabeth II atau nama sebenarnya, Elizabeth Alexandra Mary, menaiki takhta pada 6 Februari 1952 susulan kemangkatan ayahandanya, Raja George VI pada tarikh berkenaan.
Media Britain melaporkan baginda yang turut merupakan pemerintah paling lama monarki Britain selama 70 tahun 214 hari, telah mangkat di Istana Balmoral, Aberdeenshire, Scotland. Sepanjang hayatnya, baginda pernah melawat Malaysia sebanyak tiga kali termasuk ketika merasmikan upacara penutupan rasmi Sukan Komanwel XVI di Kuala Lumpur pada 1998.
Suruhanjaya Tinggi Britain di ibu negara menerusi hantaran dalam laman sosial rasminya pernah melaporkan baginda sebelum itu juga ada datang ke Malaysia pada 1972 dan 1989.
Baca juga : Arab Saudi Bakal Tukar Bendera dan Lagu Kebangsaan?
Terdahulu, pasangan baginda iaitu Duke Edinburgh, Putera Philip atau nama lainnya, Philip Mountbatten telah pun mangkat lebih awal pada 9 April 2021 lepas dalam usianya 99 tahun.
Berita kemangkatan Ratu Elizabeth II itu dimaklumkan menerusi kenyataan ringkas Istana Buckingham yang turut menyatakan tempoh berkabung di negara tersebut selama 10 hari.
Kemangkatan baginda menyaksikan putera tertua dalam kalangan empat anakandanya. Putera Charles dinobatkan sebagai pengganti ibundanya dengan gelaran Raja Charles III.
Raja baharu tersebut yang nama asalnya ialah Charles Philip Arthur George, 73, turut menjadi pemerintah diraja tertinggi kepada sejumlah 14 buah negara anggota Komanwel lain.
Agak-agak ada tak ya siaran langsung upacara kemangkatannya? Kalau dulu Puteri Diana ada kan..
Sis Lin recently posted…LONDON BRIDGE IS DOWN
Moga GB makin maju di bawah pemerintahan terbaru.. jom GB ke London
Laila recently posted…“Orang Islam Tunai Solat Setiap Hari Sukar Disihir. Sentiasa Dalam Kubah Pelindung”-Ahli Sihir Rusia