Tengku Zafrul Bajet 2023 1

Mesyuarat Kabinet telah memutuskan Belanjawan atau Bajet 2023 yang sepatutnya dibentangkan pada 28 Oktober 2022 akan dibentangkan 3 minggu lebih awal dari tarikh tersebut. Perkara itu disahkan dan diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Pembentangan Bajet 2023 ini akan terus memberi penekanan kepada kebajikan Keluarga Malaysia dan juga kesediaan negara berdepan kemungkinan krisis ekonomi global yang lebih mencabar berbanding sebelum ini.

Peruntukan Bajet 2023 meningkat kepada RM372.3 bilion berbanding RM332 bilion bagi Bajet 2022. Kerajaan akan terus laksana dasar fiskal mengembang untuk pastikan agenda Bajet 2023 yang responsif. Dasar fiskal mengembang diteruskan, sediakan bantuan sewajarnya kepada rakyat dan sokong perniagaan.

Bajet 2023 Tengku Zafrul

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut yang diumumumkan oleh kerajaan dalam Belanjawan 2023.

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sehingga RM2,500

Isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM2,500 hingga RM5,000 layak menerima BKM bergantung kepada tanggungan anak.

Ibu yang melahirkan anak pada tahun 2023 layak mendapat bantuan RM500

Ibu daripada isi rumah penerima BKM yang melahirkan anak pada tahun 2023 akan diberikan bantuan tunai one-off sebanyak RM500 di bawah inisiatif Cahaya Mata Keluarga Malaysia.

Subsidi bil elektrik

Subsidi bil elektrik akan diberikan sehingga RM40 untuk isi rumah berpendapatan RM1,169 ke bawah.

Tawaran kredit e-dompet untuk belia 18-20 tahun dan golongan M40

Penambahan tawaran kredit e-dompet kepada RM200 untuk belia 18-20 tahun. Tawaran kredit e-dompet sebanyak RM100 untuk kumpulan M40 berpendapatan tahunan bawah RM100,000

Diskaun berperingkat bayaran balik PTPTN

Diskaun diberikan dari 15 peratus sehingga 20 peratus, mengikut kadar pembayaran

Penurunan kadar cukai individu sebanyak dua peratus

Pendapatan cukai individu RM50,001 hingga RM70,000 akan diturunkan kepada 11 peratus. Manakala pendapatan bercukai RM70,001 hingga RM100,001 menjadi 19 peratus.

Pelepasan cukai pendapatan termasuk pemeriksaan dan rawatan pergigian

Pelepasan cukai pendapatan ke atas perbelanjaan rawatan perubatan diri, pasangan dan anak termasuk pemeriksaan dan rawatan pergigian sehingga RM1,000.

Pengecualian duti setem pemilikan rumah pertama

Duti setem bagi rumah bernilai RM500,000 ke bawah dikecualikan sepenuhnya untuk pemilikan rumah pertama hingga akhir 2025.

Caruman sukarela KWSP

Caruman sukarela KWSP dinaikkan daripada RM60,000 kepada RM100,000 setahun.

Insentif industri kenderaan elektrik (EV)

Pengecualian duti import dan eksais.

Pengecualian duti setem untuk penstrukturan semula pinjaman

Pengecualian duti setem 100 peratus bagi perjanjian penstrukturan atau penjadualan semula pinjaman atau pembiayaan sehingga 2024.

Tanggungan caruman Perkeso untuk pekerja gig/ sendiri

Kerajaan akan menanggung sebanyak 80 peratus daripada nilai caruman Perkeso untuk golongan bekerja sendiri dan pekerja gig.

Bantuan mobiliti untuk pencari kerja

Perkeso akan menyediakan bantuan mobiliti sebanyak RM500 hingga RM1,000 bergantung kepada lokasi pekerjaan dan penghijrahan pencari kerja.

Transformasi UTC

Kerajaan akan mengadakan pusat sehenti bagi membantu rakyat mendapatkan pekerjaan

Insentif penggajian dari Perkeso kepada majikan

Insentif antara RM600 hingga RM750 sebulan dalam tempoh tiga bulan untuk majikan yang menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan OKU, Orang Asli, bekas banduan dan wanita yang kembali bekerja.

Baca juga : Pengeluaran KWSP 2.0 : Kerajaan Digesa Benarkan Sekali Lagi

Ismail Sabri Tengku Zafrul

Fokus dalam Bajet 2023

Fokus Pertama adalah Kesejahteraan Rakyat. Ia akan dilaksanakan melalui tiga (3) Strategi iaitu:

  • Memelihara Kebajikan Rakyat
  • Mengutamakan Keluarga Malaysia
  • Membina Kehidupan Kondusif

Fokus Kedua Bajet 2023 pula adalah Kelangsungan Perniagaan. Ia akan dilaksanakan melalui tiga (3) Strategi iaitu:

  • Mempermudah Aktiviti Perniagaan
  • Merancak Pelaburan dan Perdagangan
  • Menyokong Industri Tumpuan

Bagi memastikan kadar inflasi di tahap terkawal, Fokus Ketiga Bajet 2023 ialah Kemakmuran Ekonomi, yang akan dilaksanakan melalui tiga (3) Strategi iaitu:

  • Konsolidasi Fiskal dan Kemampanan Hasil
  • Meneruskan Projek Infrastruktur Negara
  • Mengungguli Agenda Kelestarian

Bajet 2023 dirangka bagi terus mencapai matlamat Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12). Oleh itu, Fokus Keempat Bajet 2023 ialah Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan, yang akan dilaksanakan melalui tiga (3) Strategi iaitu:

  • Memperkukuh Perkhidmatan Utama
  • Membina Daya Tahan Negara
  • Penyampaian Perkhidmatan Awam Terbaik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge