Solat Makkah

Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr. Tawfiq Al-Rabiah mengumumkan jemaah wanita yang ingin menunaikan ibadah haji dan umrah tidak lagi diwajibkan membawa mahram (saudara kandung lelaki) sebagai peneman, lapor akhbar Saudi Gazette kelmarin.

Kelonggaran tersebut tertakluk kepada semua wanita dewasa yang ingin pergi ke Arab Saudi untuk menunaikan haji atau umrah. Ia terpakai untuk jemaah dari mana-mana bahagian dunia.

Tawfiq menamatkan kontroversi yang berlarutan mengenai sama ada mahram diperlukan untuk mengiringi jemaah wanita atau tidak. Beliau memaklumkannya pada sidang media di Kedutaan Arab Saudi di Kaherah, Mesir.

Kementerian Haji Arab Saudi

Mana-mana orang Islam yang datang ke Arab Saudi dengan apa-apa jenis visa boleh menunaikan umrah.

Kelonggaran terbaharu itu adalah salah satu bentuk kesungguhan Arab Saudi untuk mengurangkan kos mengerjakan haji dan umrah.

Menteri itu turut merujuk kepada usaha kerajaan baru-baru ini berhubung pengenalan dan penggunaan teknologi moden dan pendigitalan perkhidmatan yang disediakan kementerian kepada mereka yang ingin melawat Dua Masjid Suci.

Ini termasuk menggunakan robot untuk menyediakan beberapa perkhidmatan kepada jemaah haji serta membangunkan platform Nusk. Kesemua ini adalah untuk menyediakan banyak kemudahan untuk jemaah dan pengunjung Masjidil Haram. 

Baca juga : Pakaian Sukan Ketat, Teguran Buat Ummat

Mahram Jemaah Wanita

Dalam pada itu, kos pembesaran Masjidil Haram di Makkah melebihi SR200 bilion. Dan ini adalah merupakan jumlah yang terbesar pernah dilakukan dalam sejarah masjid suci itu.

Bakal jemaah boleh menempah permit umrah melalui platform dalam tempoh yang singkat. Dan selepas tempahan itu, visa boleh diperolehi dalam tempoh 24 jam.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge