Tony Fernandes Capital A

Tony Fernandes telah umum letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia X Berhad (AAX) berkuat kuasa hari ini. Beliau akan memberi tumpuan terhadap usaha menyampaikan nilai penting kepada pemegang saham Capital A termasuk Air Aviation Group.

Beliau juga akan turut memfokuskan dalam bidang logistik, pelancongan, fintech dan juga platform gaya hidup e-dagang.

Capital A adalah nama baharu bagi AirAsia Group Bhd yang bermula pada awal tahun ini sebagai usaha Kumpulan untuk memperluaskan lagi skop perniagaan terasnya kepada lebih daripada sekadar syarikat penerbangan.

Tony Fernandes letak jawatan

Rancangan Tony Fernandes Letak Jawatan Berjaya

Mengulas mengenai pengunduran beliau di dalam kumpulan tersebut, Tony menerangkan, beliau kembali ke dalam AAX bertujuan untuk ‘menghidupkan’ semula syarikat penerbangan itu selepas melalui proses hibernasi akibat C0VID-19.

Saya gembira rancangan kami berjaya dengan rancangan teguh ke atas 20 pesawat Kumpulan AAX. Ia merangkumi 13 pesawat untuk AAX dan baki tujuh pesawat Thai AAX (TAAX).

“Selepas mencatat kejayaan cemerlang yang  diketuai oleh Lim Kian Onn dalam langkah penstrukturan  semula, tugas saya adalah untuk mengembalikan semula keuntungan dan pertumbuhan. 

“Kami telah menambah baik struktur kos dan mewujudkan perniagaan kargo yang mana ia telah menyumbang kira-kira 20 peratus kepada pendapatan syarikat semasa pandemik dan akan terus memainkan peranan penting dalam proses pemulihan AAX,”  jelasnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

Baca juga : Tony Fernandes Jadi Penghantar Makanan AirAsia Food

Capital A Tony Fernandez

“Sekarang tibalah masa untuk saya meletak jawatan dan menumpukan perhatian terhadap Capital A. Sangat teruja dengan masa hadapan AirAsia X,” – Tony Fernandes

Tony yakin AAX akan kembali kukuh dengan menawarkan penerbangan jarak sederhana yang bernilai hebat. Mereka semua diketuai oleh pasukan kepimpinan kanan di Malaysia dan Thailand.

AAX turut mengumumkan pelantikan Tunku Datuk Mahmood Fawzy Tunku Muhiyiddin sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif TAAX berkuatkuasa hari ini.

Tunku Mahmood Fawzy akan memberi perhatian kepada memantau hala tuju strategik dan memacu pertumbuhan mampan bagi AAX dan TAAX. 

Pada 12 Oktober, AAX telah mengemukakan permohonan kepada Bursa Malaysia untuk tempoh lanjutan selama enam bulan. Jangkamasa sehingga 18 April 2023, untuk menyerahkan pelan penyusunan semulanya kepada Suruhanjaya Sekuriti atau Bursa Malaysia.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge