LRT Gangguan

Pengendali tren Transit Aliran Ringan (LRT) Rapid Rail masih sedang mengenal pasti punca gangguan kepada komponen elektronik sistem kawalan tren automatik atau ATC pada perkhidmatannya di Laluan Kelana Jaya.

Rapid Rail dalam satu kenyataan berkata, masalah yang sedang berlaku itu adalah sesuatu yang serius dan tidak pernah berlaku sebelum ini.

Gangguan tersebut mengakibatkan kehilangan signal di antara pusat kawalan dan juga tren sekali gus menyebabkan tren tidak dapat beroperasi secara automatik di antara Stesen LRT Kelana Jaya dan Stesen LRT Ampang Park.

Pihak Rapid Rail dibantu oleh satu pasukan khas pihak pengilang peralatan asal (OEM) Thales Group dari Toronto, Kanada bagi mencari penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang. Ini merangkumi ujian-ujian ke atas peranti dan perisian sedia ada.

Gangguan LRT Kelana Jaya

Siasat Punca Gangguan

Selain itu, mengambil kira faktor keselamatan penumpang dan masa diambil untuk mengenalpasti punca gangguan dan sesi ujian, perkhidmatan di antara Stesen LRT Kelana Jaya dan Stesen LRT Ampang Park digantung selama tujuh hari bermula pukul 6 pagi tadi.

Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya akan beroperasi hanya dari Stesen LRT Gombak ke Stesen LRT Damai. Ini termasuk juga dari Stesen LRT Lembah Subang ke Stesen LRT Putra Heights.

Dalam pada itu juga, semua perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya akan menamatkan operasi lebih awal iaitu pada pukul 11 malam. Ini akan memberi lebih masa kepada pasukan kejuruteraan untuk melaksanakan kerja rektifikasi dan baik pulih.

Baca juga : Whatsapp Down, Pengguna Panik Tidak Boleh Hantar Gambar dan Status

Gangguan LRT November 2022

“Kita tidak mampu untuk terus berdepan masalah ini. Kerana ia bukan sahaja mencetuskan protes daripada orang ramai malah menyebabkan kehilangan produktiviti.

“Kerajaan telah membelanjakan begitu banyak wang untuk pengangkutan kereta api. Malangnya, Prasarana nampaknya tidak dapat mengurusnya dan memenuhi jangkaan pengguna yang paling asas, iaitu kebolehpercayaan.” – Wan Agyl Wan Hassan.

Pihak Rapid Rail akan berusaha untuk menyelesaikan masalah rumit itu dalam masa tersingkat.

Perkhidmatan bas perantara percuma akan disediakan bagi menampung penumpang dan mengurangkan kesesakan di stesen yang terjejas.

Segala kesulitan ekoran kejadian adalah amat dikesali. Ada perkembangan status perkhidmatan terkini serta maklumat lanjut mengenai perkhidmatan bas perantara. Pengguna diminta merujuk kepada saluran media sosial Rapid KL dan juga aplikasi PULSE.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge