Teater Upin Ipin Pin Pin Pom Singapura

Les’ Copaque Production menempa sejarah dengan kejayaan pementasan Teater Muzikal Upin Ipin – Pin Pin Pom! di Stadium Tertutup Singapura yang dihadiri oleh hampir 3,000 penonton berbayar. Pencapaian luar biasa ini amat membanggakan, kerana teater ini julung-julung kalinya dipentaskan di Singapura dan merupakan negara pertama di dalam rangkaian jelajah antarabangsa.

Teater Muzikal Upin & Ipin – Pin Pin Pom! mengisahkan tentang pengembaraan Upin dan Ipin ke dalam dunia magik Pin Pin Pom demi menyelamatkan kawan-kawan mereka dari Nenek Kebayan. Teater ini penuh dengan aksi yang mendebarkan dan mencuit hati disamping dengan lagu-lagu yang menghiburkan.

Teater ini juga dilakonkan sepenuhnya oleh maskot-maskot watak dan kostum serta menggunakan teknologi multimedia serta kesan khas ketika persembahan. Turut hadir adalah pelakon suara Upin dan Ipin iaitu Asyiela Putri ketika sesi ramah mesra bersama peminat.

Teater Muzikal Upin Ipin Asyiela Putri

Upin dan Ipin adalah salah satu karya yang bakal dibawa ke peringkat global untuk dijadikan produk antarabangsa.

Jenama Upin & Ipin adalah kebanggaan Malaysia. Bukan senang untuk masyarakat memuji produk tempatan. Apabila pergi ke luar negara, semakin ramai masyarakat yang pandang. Contohnya ke Indonesia, mereka menyatakan kebanggaan apabila jenama Upin dan Ipin begitu terkenal di negara seberang.

Teater Muzikal Upin Ipin Singapura

Lebih 50 pelakon dan kru

Teater muzikal ini mengisahkan pengembaraan pasangan kembar Upin Ipin untuk menyelamatkan teman-teman mereka daripada si Nenek Kebayan.

Sepanjang satu jam, penonton telah dihiburkan dengan gelagat lucu dan persembahan bertenaga dengan kesan seni visual khas yang ditampilkan.

Persiapan bagi persembahan tersebut bermula sejak 2019, namun jadual persembahan terpaksa ditangguhkan akibat pandemik. Lebih 50 pelakon dan kru terlibat dalam menjayakan muzikal itu untuk satu pementasan sahaja.

Baca juga : Les Copaque Dapat Diamond Play Button Youtube, 10 juta Subscribers Pertama di Malaysia!

Teater Muzikal Upin Ipin Singapura

Penonton yang hadir juga terdiri dari warga Singapura, Malaysia malahan ada juga dari Indonesia. Ini membuktikan teater ini boleh dieksport ke luar negara seperti Indonesia, Brunei, negara-negara Asia Barat serta kemungkinan besar ke London kerana terdapat permintaan di sana.

Pementasan Teater Muzikal Upin & Ipin – Pin Pin Pom! ke luar negara ini sudah tentulah dapat mengharumkan nama negara Malaysia ke persada dunia di dalam bidang animasi.

Pihak Les’ Copaque Production akan sentiasa menghasilkan produk yang bertaraf global. Selepas Singapura, pihak penerbitan merancang untuk membawa pementasan ini ke Indonesia pula pada tahun hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge