Pertandingan Memasak MAGGI Cef 2022

Siri ke-26 Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI 2022 (MAGGI Secondary School Cooking Competition 2022 / MSSCC 2022) yang dianjurkan baru-baru ini menyaksikan lima pasukan cef muda muncul sebagai pemenang kebangsaan, dipilih daripada lebih 2,000 orang peserta. Mereka ialah:

  • Camelia Ivana dan Irdina Sofiya dari SM Sains Rembau, Negeri Sembilan
  • Nabihah Auni dan Nur Ain Syazwani dari SMK Pandan, Kuantan, Pahang
  • Alya Qaseh dan Qurratul Ain dari SMK Pengerang Utama, Johor
  • Vanessa Grace dan Valentina Ulau dari SMK Bandar Sibu, Sarawak
  • Aleya Alesya dan Damia Batrisyia dari SMJK Notre Dame Convent, Melaka

Platform kulinari yang mula diperkenalkan pada tahun 1997 ini bertujuan untuk memupuk minat memasak di kalangan pelajar sekolah menengah di samping meningkatkan kesedaran tentang kesan jangka panjang pemakanan yang baik terhadap kesihatan. Kempen ini merupakan kerjasama strategik antara MAGGI dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Setakat ini telah menyaksikan penyertaan lebih 341,000 orang pelajar meliputi 10,000 buah sekolah di Malaysia.

“Sejak lebih dua dekad lalu, Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI telah mendapat sokongan dan penyertaan pelajar yang sangat memberangsangkan. Ini kerana, ramai mula sedar akan kepentingan memupuk bakat dalam masakan dan menimba ilmu pengurusan diet sihat dari awal. Memasak merupakan kemahiran hidup yang penting buat generasi muda. Mereka akan mempelajari, antara lainnya, tentang proses perancangan, kemahiran pengurusan masa yang berkesan dan kemahiran menyusun atur,”. (Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI, Nestlé (Malaysia) Berhad)

Baca juga : MAGGI SAH Malaysia! Menampilkan Masakan Mi Paling Viral

Pertandingan Memasak MAGGI 2022

Kembangkan Bakat dan Minat

Kesemua ini adalah usaha bersepadu daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan sekolah-sekolah menengah di seluruh Malaysia. Pertandingan ini bertujuan mewujudkan masyarakat yang saksama di mana kami menggalakkan remaja lelaki dan perempuan mengembangkan minat dan bakat mereka dalam memasak. Selain itu, pertandingan ini turut membuka peluang yang lebih besar untuk bakat muda ini. Mungkin satu hari nanti akan berkecimpung dalam arena masakan Malaysia sebagai kerjaya,” kata Geetha.

Dengan tema Anda & MAGGI, “Sajian Seimbang Tanda Sayang”, pertandingan tahun ini telah menyaksikan penyertaan lebih 2,000 orang pelajar beraspirasi tinggi. Mereka berusia antara 13 hingga 15 tahun dari 547 sekolah di seluruh negara. Mereka mempamerkan bakat memasak masing-masing dan menunjukkan pilihan pemakanan yang seimbang. Dengan berkonsepkan ‘Pinggan Sihat Malaysia’ atau ‘Suku-Suku Separuh’ ke arah membina tabiat pemakanan yang lebih sihat. Melalui video yang dihantar, pemenang dipilih berdasarkan beberapa siri penilaian, antaranya penggunaan bahan-bahan kreatif, kemahiran memasak, persembahan dan inspirasi masakan.

Pertandingan tahun ini turut memberi pendedahan mengenai pemakanan berasaskan tumbuhan yang telah menjana minat dan penerimaan yang tinggi dalam kalangan orang ramai sejak beberapa tahun kebelakangan ini, atas kesannya yang baik terhadap kesihatan dan kesejahteraan diri. Sepanjang pertandingan, bimbingan daripada pelbagai profesional dan pakar masakan juga telah diberikan kepada para peserta melalui beberapa modul pembelajaran. Cef MAGGI berkongsi petua pemakanan yang sihat dan seimbang, serta pengetahuan mengenai kebersihan dan keselamatan makanan. Manakala, pakar pemakanan MAGGI mengetuai sesi penyediaan makanan yang seimbang dan berkhasiat.

Baca juga : Rancangan Resipi Berani MAGGI – 12 Wanita Berentap Gelaran Juara

Pemenang Pertandingan Memasak MAGGI

Pengalaman Memasak Anak Muda

Duta Jenama MAGGI CukupRasa, Datin Paduka Eina Azman, berkongsi pengalaman dan pandangan peribadi beliau tentang kesedaran diri dan cara membina keyakinan sebagai salah satu modul pembelajaran dalam pertandingan itu. Dia berkata, “Sememangnya, ramai pelajar sekolah muda tidak pasti tentang laluan masa depan mereka. Kesedaran diri merupakan langkah pertama yang penting. Ini diikuti dengan memupuk keyakinan diri dan akhirnya kekal di landasan tersebut untuk mencapai cita-cita dan impian seseorang.

Selalunya, anak-anak muda mempunyai pengalaman masakan pertama mereka di rumah di mana mereka mula mengembangkan minat memasak melalui ibu bapa mereka. Ibu bapa dan guru memainkan peranan penting dalam memberi inspirasi dan motivasi kepada pelajar dalam mengembangkan minat dan kemahiran memasak mereka. Saya ingin tekankan bahawa memasak juga merupakan satu bentuk pembelajaran yang penting. Dan peluang yang unik serta menarik untuk meluangkan masa bersama!” kata Eina.

Untuk maklumat lanjut tentang Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI 2022, sila layari https://www.maggi.my/en/nurturing/MAGGI-cooking-competition-2022/

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge