Mastercard Crypto

Mastercard Inc. mengumumkan rancangannya untuk menawarkan sokongan kepada beberapa mata wang kripto dalam rangkaiannya tahun ini, mengikut jejak firma-firma besar lain yang turut menyatakan sokongan sama sebelum ini.

Pengumuman syarikat kad kredit gergasi itu hadir beberapa hari selepas pengasas Tesla Inc., Elon Musk mengumumkan telah membeli bitcoin bernilai AS$1.5 bilion (RM6.07 bilion) dan tidak lama lagi akan menerima mata wang kripto itu sebagai satu bentuk pembayaran.

Pengurus aset, BlackRock Inc. dan syarikat pembayaran seperti Square dan PayPal juga menyatakan sokongan kepada mata wang itu sebelum ini.

Mastercard kripto

Mastercard sudah sedia ada menawarkan kepada pelanggan kad yang membolehkan orang ramai membuat transaksi menggunakan mata wang kripto walaupun tanpa melalui rangkaiannya.

Usaha ini akan mencipta lebih banyak kemungkinan untuk pembeli dan penjual, membenarkan mereka membuat transaksi menggunakan bentuk pembayaran yang sepenuhnya baharu.

Perubahan ini mungkin membuka ruang kepada penjual untuk menerima pelanggan baharu yang sudah menunjukkan minat kepada aset digital.

Baca juga : Wang Kripto Sebagai Mas Kahwin, Apakah Hukumnya?

Binance crypto

Walau bagaimanapun, Mastercard menjelaskan tidak semua mata wang kripto akan di­terima dalam rangkaiannya. Banyak dalam kalangan aset digital yang sedang berlegar kini perlu mengetatkan lagi langkah pematuhan mereka.

Banyak mata wang kripto bergelut untuk memperoleh kepercayaan pelabur arus perdana dan orang awam kerana sifatnya yang spekulatif dan potensi untuk penggubahan wang haram.

Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), Janet Yellen memberi amaran tentang ‘letupan risiko’ yang timbul daripada pasaran digital termasuk penyalahgunaan mata wang kripto. Teknologi kewangan baharu dapat membantu menangani jenayah dan mengurangkan ketaksaksamaan.

Tempat Terbaik Untuk Beli Bitcoin di Kanada juga boleh ditonton di bawah dan boleh juga lihat icoinpro review https://www.andrewmurrayhq.com/icoinpro-review/

https://www.youtube.com/watch?v=J08S0mGCB-U

Mata wang kripto dan aset maya menjanjikan sesuatu, namun ia turut digunakan untuk menggubah wang hasil keuntungan pengedaran dadah dalam talian serta membiayai keganasan.

Dalam masa sama, inovasi dalam sektor tersebut mampu mengatasi masalah tersebut dan memberi akses kepada jutaan rakyat kepada sistem kewangan tersebut. Bagi yang ingin membuat trade kripto, boleh menggunakan aplikasi Binance.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge