Renovate Rumah Flat Ampang Jaya

Tanpa sedar, ada sesetengah dari kita bersikap endah tak endah. Mengambil sikap mudah pada satu-satu hal baik dalam isu masyarakat mahu pun hal beragama. Hingga tak sedar hukum dilanggar.

Hari ini tular di media sosial gambar penyambungan rumah flat yang tidak dibenarkan di perbandaran Ampang Jaya hingga ia dirobohkan oleh pihak berkuasa. Isu ini mendapat respon dari orang ramai kerana amat jelas rumah jenis bertingkat ini tidak dibenarkan membuat penyambungan luar dari bangunan asal.

Dalam pada itu, barangkali yang masih kabur tentang hukum mengambil hak atau tanah orang lain, boleh berkongsi ilmu disampaikan oleh Mufti Terengganu di portal rasmi mereka mengenai isu mengambil tanah orang lain, jelas bukan hak kita.

Baca juga : Hukum Makan Sushi, Sashimi, Daging atau Ikan Mentah

renovate ampang jaya

Apa hukum seseorang yang mengambil tanah orang yang telah mengusahakannya tanpa ada persetujuan tuan tanah itu atau warisnya kalau ia telah mati? Adakah amalan ibadat si pengambil tanah itu diterima oleh Allah?

Jawapan:

Mengambil tanah orang lain yang telah mengusahakannya adalah perbuatan zalim yang banyak terjadi di masyarakat. Mungkin para pelaku perbuatan ini menganggap remeh perkara ini pada hal ia dianggap sebagai merampas tanah orang di mana perbuatan itu tergolong dalam dosa besar. Pelakunya juga diancam di akhirat dengan azab yang keras dan pedih.

Mengenai hal ini, ada beberapa hadith, di antaranya:

  • Hadith Nabi s.a.w yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a bahawa baginda telah bersabda:

Maksudnya:

“Sesiapa yang berbuat zalim (dengan mengambil) sejengkal tanah, maka dia akan dikalungkan (dengan tanah) dari tujuh lapis bumi.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

  • Hadith Nabi s.a.w yang diriwayatkan daripada Sa’id bin Zaid r.a bahawa baginda bersabda:

Maksudnya:

“Sesiapa yang mengambil sejengkal tanah secara zalim, maka dia akan dikalungkan (dengan tanah) dari tujuh lapis bumi.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

  • Hadith Nabi s.a.w yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a, baginda bersabda:

Maksudnya:

“Sesiapa yang mengambil tanah (meskipun) sedikit tanpa haknya maka dia akan ditenggelamkan dengan tanahnya pada hari kiamat sampai ke dasar tujuh lapis bumi.” (Riwayat Bukhari)

  • Hadith Nabi s.a.w yang diriwayatkan daripada Ya’la bin Murrah r.a, baginda bersabda:

Maksudnya:

“Siapa sahaja orang yang menzalimi (dengan) mengambil sejengkal tanah (orang lain), nescaya Allah akan membebaninya (pada hari kiamat) hingga ke tujuh lapis bumi, lalu Allah akan mengalungkannya (di lehernya) pada hari kiamat sampai seluruh manusia diadili.” (Riwayat Ibnu Hibban dan Ahmad)

  • Hadith Nabi s.a.w yang diriwayatkan daripada Ibnu Thabit r.a, baginda Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:

“Barangsiapa yang mengambil tanah tanpa ada haknya, maka dia akan dibebani dengan membawa tanahnya (yang dia rampas) sampai ke padang mahsyar.” (Riwayat Ahmad)

Inilah beberapa hadith yang menerangkan tentang haramnya merampas atau mengambil tanah orang lain. Berkata Syeikh Abdullah al-Bassam dalam kitabnya Taisir al-‘Alam:

“Oleh kerana itu, Nabi s.a.w mengkhabarkan bahawa sesiapa yang mengambil tanah orang tanpa izinnya baik sedikit ataupun banyak, maka orang itu datang pada hari kiamat dengan azab yang berat di mana lehernya menjadi keras dan panjang kemudian dikalungkan tanah yang dirampasnya dan apa yang berada di bawahnya sampai tujuh lapis bumi sebagai balasan baginya yang telah merampas tanah itu.”

Berkata Syeikh Salim al-Hilali dalam kitabnya Bahjat al-Nazirin Syarh Riyad al-Salihin:

“Maksud “dikalungi” dari tujuh lapis bumi adalah Allah membebaninya dengan apa yang dia ambil (secara zalim) dari tanah tersebut pada hari kiamat sampai ke padang mahsyar dan menjadikannya membebaninya di leher atau dia diseksa dengan ditenggelamkan ke tujuh lapis bumi dan diambil seluruh tanah tersebut serta dikalungkan di lehernya.”

Baca juga : Hukum Perempuan Memakai Jam Tangan Emas

tanah lapang

Berkata Syeikh Uthaimin dalam karyanya Syarh Riyad al-Salihin sambil menjelaskan bagaimana azab bagi orang yang merampas tanah orang lain:

“Manusia jikalau merampas sejengkal tanah, maka dia akan dikalungi dengan tujuh lapis bumi pada hari kiamat, maksudnya menjadikan baginya kalung pada lehernya. Kita berlindung kepada Allah dari perkara itu. Orang itu membawanya di hadapan seluruh manusia, di hadapan seluruh makhluk dan dia dihinakan pada hari kiamat.”

Katanya lagi:

“Dan sabdanya “sejengkal tanah” bukanlah ini bentuk penentuan kadar tetapi bentuk kiasan iaitu bererti jika merampas kurang dari sejengkal tanah, ia dikalungkan (dengan tanah itu). Orang Arab menyebutkannya sebagai bentuk kiasan iaitu walaupun sekecil apa pun, maka akan dikalungkan kepadanya pada hari kiamat.”

Adapun orang yang melakukan perkara ini, kalau ia bersolat atau melakukan amalan soleh yang lain, ia masih dapat pahala amalannya itu. Namun dosa yang dilakukannya dalam hal mengambil orang itu juga dipertanggungjawabkan ke atasnya dan ia akan menerima balasan yang buruk.

Sumber : Portal Jabatan Mufti Terengganu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge