Site icon Geng Borak

Bantuan RM3000 | Cara Dapatkan Rayuan Geran Khas Prihatin

duit ringgit malaysia

Permohonan rayuan boleh dibuat bagi pemohon berstatus TIDAK LULUS bermula 3 Jun sehingga 15 Jun 2020.

Permohonan Rayuan GKP perlu dibuat secara dalam talian sahaja menerusi Portal GKP (https://gkp.hasil.gov.my). Tiada permohonan Rayuan GKP secara manual di cawangancawangan LHDNM.

Setiap permohonan rayuan hanya dibenarkan memuat naik 3 lampiran dokumen sokongan yang bersaiz maksimum 2MB bagi setiap dokumen. Format dokumen yang dibenarkan adalah JPEG, JPG, PDF dan PNG sahaja.

Baca update terkini : Permohonan Baru dan Rayuan RM3000 Geran Khas Prihatin 2.0, Oktober 2020

Permohonan Rayuan GKP tidak boleh dibuat bagi situasi seperti berikut;

i. Melaporkan jumlah jualan melebihi RM300,000 pada borang permohonan GKP;
ii. Pasangan telah membuat permohonan berasingan dan lulus GKP bagi perniagaan yang sama;
iii. Perniagaan didaftarkan pada tahun 2020; atau
iv. Perniagaan tidak berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) / Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) / Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Disember 2019.

Pertukaran perniagaan bagi tujuan Rayuan GKP adalah tidak dibenarkan. Tempoh permohonan GKP telah ditutup pada 15 Mei 2020 (Jumaat). Tiada permohonan baharu GKP dalam tempoh Rayuan GKP.

Baca juga : Cara Mohon dan Semakan Status Geran Khas Prihatin RM3000

Semakan status permohonan Rayuan GKP boleh dibuat mulai 22 Jun 2020 (Isnin) secara dalam talian melalui portal GKP (https://gkp.hasil.gov.my/).

Pembayaran permohonan Rayuan GKP akan dibuat mulai 29 Jun 2020 (Isnin).

Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan rayuan GKP boleh hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara).

Exit mobile version