Rayuan Geran Khas Prihatin 2.0

Permohonan bagi inisiatif Geran Khas Prihatin (GKP) 2.0 akan ditutup pada 31 Oktober ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, permohonan terbuka buat semua perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro yang berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), pihak berkuasa tempatan atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020, dan belum pernah menerima GKP sebelum ini.

“PKS mikro yang layak bakal menerima bantuan sekaligus berjumlah RM3,000 untuk membantu mereka dalam tempoh yang sukar ini dengan bayaran disasarkan akan dibuat mulai 25 November 2020.

“Kepada semua PKS mikro yang layak, segeralah membuat permohonan GKP ini sebelum berakhirnya tempoh permohonan pada hujung bulan ini,” katanya dalam pembentangan Laporan Laksana ke-27 Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) di laman Facebooknya.

Dalam pengumuman Kerangka Inisiatif Tambahan Khas: Kita Prihatin, bulan lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuka semula permohonan untuk PKS mikro melalui GKP 2.0, khusus bagi usahawan yang tidak berpeluang mendapat bantuan melalui inisiatif GKP sebelum ini.

Inisiatif GKP 2.0 dijangka dapat memanfaatkan lebih 200,000 peniaga dengan membabitkan peruntukan hampir RM600 juta.

Di bawah pakej Prihatin PKS Tambahan yang diumumkan April lalu, kerajaan menyediakan GKP khusus untuk membantu mereka meringankan beban kewangan akibat penularan wabak Covid-19.

Wang Bantuan

Permohonan GKP 2.0 dibuka mulai 1-31 Oktober 2020 (1 bulan). Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan mulai 15 November
2020.

Baca juga : Cara Mohon Geran Khas Prihatin RM3000 untuk PKS

Siapakah yang layak memohon GKP 2.0?

1. Memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:

a. Bukan penerima GKP sebelum ini; dan

b. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan

c. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana
(PKS) mikro seperti berikut
:
i. Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada
RM300,000; dan
ii. Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak
termasuk pemilik; dan

d. Berdaftar dengan agensi-agensi berikut;
i. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum
atau pada 31 Ogos 2020 ; atau
ii. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020; dan

e. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal GKP
(https://gkp.hasil.gov.my) yang disediakan oleh LHDNM. Permohonan secara manual tidak akan diterima.

13 Comments


  1. saya sudah baca 100x tapi saya tak dapat masuk laman ini. Sehingga hari ini saya cuba macam-macam langkah tetapi error error juga 🙁

    kalau sesiapa yang baca komen saya, minta jasa baik tuan/puan supaya mendorong atau membantu saya.

    016-6779183

  2. Tarikh Mula Berniaga: 19-04-2016
    Nama : JC PRINITING PRESS
    No. Pendaftaran : NS0162995-D)
    Alamat: 4690 Jalan TS 1/1, Taman Semarak 1,
    71800 Nilai, Negeri Sembilan

  3. Saya telah Cuba banyak kali tapi Tak berjaya.apakah Saya tidak layak, company dah bayar cukai lebih 30 tahun.sila bantu

  4. bantu saya ..golongan oku..mental ..saya mahu buat rayuan GKP 2.0..mohon

  5. Kami (mutiara tailor) 94760 tebedu sarawak yang berdaftar dengan (PBT) adakah kami layak untuk mohon gkp kerana perniagaan kami sudah tiga tahun beroperasi sehinga sekarang.

  6. Saya bekerja sbg tukang jahit di rumah dan tidak menpunyai permis perniagaan..adakah saya layak utk memohon?.tkasih.

  7. masih bolehkah mohon rayu geran khas prihatin. saya baru tahu info ini saja.

    1. sya sangat butuh bantuan geran khas prihatin RM 3000 ini.

  8. x dpt nak buat rayuan..sbb x boleh buka..dan peliknya kenapa boleh x lulus..alasan kod no4..pelik

  9. Smoga permohonan Saya di luluskn wlaupn Saya wt bisnes kecik2 jer
    Terasa gak ler payah berniaga dlm keadaan convid19 skrang..
    Tpi tk tau cam ne nk eply …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge