Pada 18 Januari 2021, YAB Perdana Menteri semasa pembentangan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) telah mengumumkan bahawa pembayaran Fasa 1 Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dipercepatkan kepada penghujung Februari 2021.
Sukacita diumumkan, bagi pembayaran Fasa 1 BPR, 8.45 juta penerima akan mendapat bayaran sebanyak RM300 setiap penerima untuk kategori isi rumah (4.4 juta penerima) dan RM150 setiap seorang untuk individu bujang (4.05 juta penerima) secara berperingkat mulai 24 Februari 2021 (Rabu), melibatkan peruntukan berjumlah RM1.93 bilion. Bayaran ini akan disalurkan seperti berikut :
Pembayaran Fasa 1 BPR dibuat kepada penerima BSH 2020 dan BPN B40 yang telah diluluskan sebelum ini. Pembayaran Fasa 1 ini telah dipercepatkan daripada bulan Mei kepada penghujung Februari 2021 bagi membantu kelangsungan hidup rakyat terutamanya golongan mudah terjejas dan pekerja yang bergantung kepada upah harian.
Kerajaan sentiasa komited untuk memastikan bantuan yang diperuntukkan sampai kepada mereka yang disasarkan bagi menjamin kesejahteraan rakyat.
Baca juga : 25 Februari Tarikh Akhir Mohon dan Kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat BPR 2021
Pembayaran Fasa 1 BPR kepada penerima BSH 2020 dan BPN B40 yang lulus mengikut jadual berikut :
Tarikh tutup pendaftaran baharu/pengemaskinian BPR adalah pada 25 Februari 2021. Tempoh masa diperlukan untuk memproses permohonan yang diterima terutamanya permohonan baharu. Sehingga 22 Februari 2021, LHDNM telah menerima 566,364 permohonan baharu dan hampir 3.9 juta pemohonan untuk tujuan kemaskini maklumat.
Semua permohonan baharu ini perlu diverifikasi dan disemak silang di dalam sistem. Selain itu, proses semak silang ini juga melibatkan 25 Agensi Kerajaan termasuk Jabatan Pendaftaran Negara, LHDNM dan sebagainya untuk memastikan hanya mereka yang benar-benar layak diluluskan untuk menerima BPR.
Baca juga : BPR 2021 : Kategori dan Kriteria Kelayakan Bantuan Prihatin Rakyat
Setelah pangkalan data BPR dikemaskini, baki pembayaran BPR kepada yang lulus termasuk permohonan baharu akan disalurkan pada Fasa 2 (Mei 2021) dan Fasa 3 (September 2021).
YB Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz Menteri Kewangan
Putrajaya
Alhamdullilah dah masuk akaun
abambam recently posted…Pasport Vaksin Selepas Ambil Suntikan Vaksin Covid-19
Syukur.. berbelanjalah dengan bijak..lagi bijak kl belanja kawan2 ni haa
Laila recently posted…Kelulusan i-Sinar Tanpa Syarat Bermula 8 Mac 2021
Risi saran a/l Subramaniam
CIMB bank
7060569279