Site icon Geng Borak

BKC Fasa 2 : Cara Semak dan Kemaskini Akaun Bank

Bayaran Bantuan Khas Covid 19

Pihak LHDN memaklumkan agar membuat kemaskini maklumat akaun bank bagi tujuan bayaran BKC Fasa 2 dan seterusnya. Ini adalah khusus buat penerima Bantuan Khas Covid-19 (BKC) yang berstatus gagal kredit atau yang tiada maklumat akaun bank sebelum ini,

Oleh yang demikian, untuk fasa seterusnya pihak LHDN memohon penerima sebelum ini yang berstatus gagal kredit atau tiada maklumat akaun bank agar membuat kemaskini akaun bagi memudahkan urusan pembayaran.

Bantuan Khas Covid-19 (BKC) adalah bantuan tunai langsung yang disediakan oleh Kerajaan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik COVID-19 sehingga akhir tahun 2021.

Kemaskini Maklumat Akaun Bank BKC

Bagi mereka yang menerima status kredit “GAGAL KREDIT” melalui semakan Bantuan Khas Covid-19, anda boleh membuat kemas kini melalui dua cara iaitu;

  1. Secara dalam talian
  2. manual

Sekiranya ingin kemas kini secara dalam talian (online), boleh berbuat demikian melalui portal BKC https://bkc.hasil.gov.my/

Akaun bank yang hendak dikemaskini hendaklah akaun bank berstatus aktif.

Pastikan juga nombor akaun bank yang dimasukkan adalah nombor akaun yang boleh digunakan bagi tujuan pengkreditan.

Baca juga : BAYARAN RM500 BANTUAN KEHILANGAN PENDAPATAN BKP PADA BULAN OKTOBER

Terlupa Password Akaun BKC?

Sekiranya pemohon terlupa  kata laluan atau password akaun BKC bolehlah ikuti langkah berikut;

Tarikh Kemaskini Maklumat Akaun Bank BKC

Tarikh kemas kini maklumat Akaun Bank boleh dibuat pada portal BKC adalah mulai 9 Oktober 2021 sehingga 21 Oktober 2021.

Tarikh Pembayaran BKC Untuk Fasa 2

Pembayaran BKC untuk fasa 2 adalah pada bulan November 2021. Untuk BKC Fasa 2, hanya kategori Miskin Tegar – Isi Rumah, Warga Emas Sebatang Kara dan Bujang sahaja yang terlibat.

Tarikh sebenar akan dimaklumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia atau Lembaga Hasil Dalam Negeri selepas ini. Berdasarkan pengalaman bayaran BKC fasa pertama yang lalu, proses pengkreditan Fasa 1 dikreditkan pada awal bulan iaitu pada 6 September dan selesai sekitar 10 September 2021.

Oleh yang demikian, berkemungkinan juga proses pengkreditan BKC Fasa 2 pada awal bulan ataupun bergantung kepada pengumuman kerajaan selepas ini.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk FAQ (soalan lazim) di laman portal https://bkc.hasil.gov.my/

Exit mobile version