Site icon Geng Borak

Elewsmart Diserbu Orang Ramai, Beratur Panjang Sempena Pembukaan Pertama

Elewsmart

18 Julai 2020 merupakan pembukaan cawangan ElewsMart yang pertama di Bandar Baru Bangi dan 19 Julai pula pembukaan di Kajang. Dan ternyata ianya mendapat sambutan yang sangat luar biasa daripada orang ramai.

Ratusan orang beratur panjang mengunjungi cawangan pertama ElewsMart membuatkan Ustaz Ebit Lew menjadi sebak. Berpusing beratur panjang sehingga ke blok belakang bangunan.

“Ya Allah sebak sayu rasa di pembukaan Elewsmart Bandar Baru Bangi. Terima kasih semua yang mendoakan. Ramainya orang yang hadir memberi sokongan dan mendoakan.

“Jauh-jauh datang. Semua beri isyarat wajah atau tangan. Maksudnya kita semua sebuah keluarga,” tulis Ebit Lew di Facebook dan Instagram miliknya.

Selain video di Instagram, banyak gambar yang dikongsi bersama di Facebook sempena pembukaan cawangan yang pertama itu.

Cawangan kedua daripada 10 cawangan dibuka secara rasminya di TTDI Grove Kajang. Antara cawangan lain yang akan dibuka seterusnya adalah di Cyberjaya, Dataran Perniagaan Cheras dan Prima Sri Gombak Batu Caves.

Tidak ketinggalan juga di Plaza KLTS Gombak, Dataran Villa Putra Sg. Buloh, Pelangi Square Petaling Jaya, Seksyen 22 Shah Alam dan Taman Subang Perdana Shah Alam.

Ramai pengunjung yang hadir bukan sekadar membeli barang di Elewsmart, tetapi memberikan sokongan kepada Ustaz Ebit Lew atas apa yang diusahakan ini. Setiap pembelian selepas ini sudah pastinya akan ada keuntungan dan dikembalikan kepada ummat yang memerlukan.

FB Elewsmart
IG Elewsmart

Elewsmart.
Saudaraku, Murah.

Exit mobile version