Lebih seribu kawasan di Selangor berdepan dengan gangguan air disebabkan pencemaran sumber air mentah yang telah dikesan di Sungai Selangor.

Menurut kenyataan dari Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), tugas di Loji Rawatan Ari Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang terpaksa dihentikan.

Gangguan bekalan air tidak berjadual itu melibatkan 1,196,457 akaun yang merangkumi 1,292 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

Kejadian itu menarik perhatian Ustaz Ebit Lew untuk membantu penduduk terjejas yang meminta bantuan.

Perkongsian Facebook Page Ustaz Ebit Lew

Sayu hati rasa. Selangor tiada air. Saya beli air 2 lori besar untuk diagihkan. Dari 10 malam kami keluar rumah uruskan sampai subuh dan sekarang masih belum selesai mengagihkan air di area Pinggiran Batu Caves.

Bila saya tengok rumah saya tiada air. Saya cepat-cepat belikan air mineral untuk anak-anak. Saya fikir macam manalah orang diluar sana. Ya Allah. Sekali tengok orang beratur. Paling sayu pakcik makcik tua-tua nak air. Ada yang saya minta anak muda bersama saya bantu angkatkan.

Ada adik kecil-kecil sangat datang ambil air. Untuk masak dan minum agaknya. Ya Allah. Bantulah semua negeri-negeri yang ada masalah air permudahkanlah ya Allah. Bukalah jalan buat kami semua.

Pohon doa yer. Ramai sangat yang minta tolong. Ada pusat dialisis dan klinik pun memerlukan. InsyaAllah doakan semuanya dimudahkan.

Alhamdulillah, moga tiada yang buruk berlaku. Moga tiada yang menghalang usaha murni ini. Bantuan kepada yang memerlukan air. Tidak kira kaum dan juga usah berkait dengan politik.

Ini masa susah dan genting bagi rakyat. Bantu selagi terdaya, beri sokongan moral. Rata-rata warganet memberikan sokongan dan memuji tindakan bantuan Ustaz Ebit Lew tersebut.

Moga semuanya dipermudahkan.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge