Site icon Geng Borak

i-Lestari KWSP – Cara mohon dan pengeluaran, semakan 1 April 2020

Kwsp akaun 2

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan bahawa ahli KWSP boleh membuat permohonan pengeluaran i-Lestari daripada Akaun 2 bermula 1 April 2020. Ahli dijangka menerima wang pengeluaran tersebut melalui akaun bank masing-masing pada 1 Mei 2020.

Pengeluaran i-Lestari ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan ahli untuk memenuhi keperluan asas bulanan dalam tempoh pandemik Covid-19 ini. Jumlah maksimum RM500 sebulan ini adalah jumlah yang berpatutan bagi menambah sumber kewangan ahli untuk memenuhi keperluan asas untuk bulan yang berkenaan

Diharapkan kemudahan i-Lestari akan memberikan kelegaan dari segi kewangan kepada mereka yang terjejas dalam keadaan semasa yang tidak menentu.

Konsep pengeluaran i-Lestari

Apakah i-Lestari dan bagaimana prosedur pengeluaran KWSP akan berlangsung adalah seperti berikut:

  1. Pengeluaran maksimum RM500 daripada Akaun 2 sahaja.
  2. Kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah dikira bermula daripada tarikh penerimaan permohonan pengeluaran yang diluluskan oleh KWSP hingga tamat tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari iaitu 31 Mac 2021.
  3. Bayaran pengeluaran akan dibuat secara bulanan dan berulang (recurring) untuk bulan-bulan berikutnya tertakluk kepada kelayakan bilangan bulan pengeluaran seperti dalam situasi di bawah (b)

Situasi :

Baca juga : Cara Mohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN) – Semakan 1 APril 2020

Kelayakan ahli untuk memohon Pengeluaran i-Lestari.

  1. Warganegara Malaysia, Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara Malaysia ;
  2. Berumur di bawah 55 tahun; dan
  3. Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2

Tempoh ahli membuat permohonan Pengeluaran i-Lestari.

Ahli boleh menghantar borang permohonan Pengeluaran i-Lestari mulai 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021. (Permohonan hendaklah diterima oleh KWSP sebelum atau pada 31 Mac 2021)

Amaun yang layak dikeluarkan oleh ahli di bawah Pengeluaran i-Lestari.

Amaun Pengeluaran i-Lestari yang layak dikeluarkan adalah sebanyak minimum RM50 dan maksimum RM500 sebulan; tertakluk kepada jumlah simpanan yang ada di dalam Akaun 2 semasa bayaran pengeluaran bagi bulan berkenaan dibuat.

Jika jumlah simpanan Akaun 2 adalah kurang daripada amaun yang dimohon, maka amaun pengeluaran untuk bulan berkenaan adalah berdasarkan jumlah tersebut.

Semak di i-Akaun pada 1 April 2020

Bilakah bayaran untuk permohonan yang diluluskan akan dibuat kepada ahli?

Bagi permohonan pengeluaran yang diterima pada bulan April 2020, bayaran akan dibuat bermula pada bulan Mei 2020.

Manakala bagi permohonan pengeluaran yang diterima selepas bulan April 2020, bayaran pengeluaran bermula daripada tarikh permohonan pengeluaran diterima oleh KWSP.

Cara hantar borang mohon pengeluaran i-Lestari

Borang permohonan yang lengkap diisi boleh dihantar kepada KWSP mulai 1 April 2020 melalui kaedah-kaedah berikut:

  1. Secara dalam talian melalui e-Pengeluaran dalam i-Akaun (Ahli)
  2. Secara e-mel yang dialamatkan kepada: ilestarimohon@epf.gov.my; atau
  3. Secara hantaran pos kepada alamat :

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Karung Berkunci No 220, Jalan Sultan 46720, Petaling Jaya dengan catatan (UP : i-Lestari ) pada bahagian hadapan sampul surat

Ahli disarankan untuk menghantar permohonan secara dalam talian (e-Pengeluaran) untuk mempercepatkan proses kelulusan.

Permohonan secara manual yang dihantar melalui kaedah (b) dan (c) akan mengambil masa yang lebih lama untuk diproses.

Permohonan pengeluaran oleh ahli bukan warganegara Malaysia hanya boleh dihantar melalui kaedah (b) dan (c) sahaja.

Proses pendaftaran i-Akaun (Ahli) dan pengemaskinian nombor telefon TAC khas bagi permohonan Pengeluaran i–Lestari dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah seperti berikut:

Permohonan hendaklah dihantar ke alamat emel : iakaundaftar@epf.gov.my

Syarat-syarat pendaftaran i-akaun ahli atau pengemaskinian nombor telefon TAC

  1. Warganegara Malaysia sahaja
  2. Nombor telefon bimbit yang didaftarkan atas nama Ahli sahaja yang dibenarkan
  3. Ahli berumur di bawah 55 tahun sahaja
  4. E-mel yang dihantar melalui yahoo.com tidak dapat diproses disebabkan isu teknikal

Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

  1. Borang Permohonan Pendaftaran i-Akaun (Ahli)
  2. Salinan MyKad Ahli (depan dan belakang)
  3. Gambar swafoto Ahli bersama MyKad
  4. Bukti pemilikan nombor telefon Ahli (Cth: Bil Telefon, Kontrak pendaftaran telefon, Resit bayaran deposit )
  5. Salinan Buku/Penyata Akaun Bank Simpanan/Semasa yang aktif milik Ahli

Sekiranya pendafaran i-Akaun berjaya dilakukan;

• Anda akan menerima SMS ID dan kata laluan pengguna untuk tujuan pengaktifan i-Akaun (Ahli) anda
• Anda akan diminta membuat kata laluan baru untuk menggantikan yang sementara.

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan i-Akaun (Ahli), tuan/puan boleh menghantar pertanyaan ke iakaundaftar@epf.gov.my atau menghubungi hotline kami di talian 03-89224848.

Cara Daftar i-Akaun KWSP

Seperti yang dinyatakan, yang paling penting adalah mudah membuat permohonan i-Lestari dengan lebih mudah melalui i-Akaun.

Dengan mendaftar i-Akaun juga, anda boleh memohon e-Pengeluaran dengan lebih cepat.

Jadi di sini kami kongsikan cara daftar i-AKaun KWSP secara ringkas:

  1. Dapatkan ID & Kata Laluan sementara anda di pejabat / kios KWSP berdekatan.
  2. Layari www.kwsp.gov.my, pergi kepada ikon ‘Log Masuk’ dan gunakan ID & Kata Laluan sementara yang diterima melalui SMS untuk aktifkan akaun.
  3. Selepas anda setuju, anda perlu pilih ID Pengguna, Kata Laluan dan Frasa Rahsia anda.
  4. Apabila pengaktifkan selesai, anda akan menerima notifikasi berjaya di skrin anda.
  5. Log masuk dengan maklumat akaun baru anda
  6. Kini anda boleh membuat permohonan i-Lestari melalui e-Pengeluaran KWSP.

UPDATE : Permohonan baru i lestari berjaya dilakukan dengan menggunakan i-akaun KWSP

Notifikasi permohonan baru untuk i Lestari ada di bahagian pengeluaran selepas permohonan berjaya dan diproses.

Bagi yang tiada i-akaun, boleh download Borang Pengeluaran i Lestari KWSP di https://www.kwsp.gov.my/documents/20126/147458/Borang+Pengeluaran+i-Lestari.pdf dan hantar melalui dua cara.

Maklumat Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut boleh e-mel ke : ilestari@epf.gov.my atau hubungi 03-8922 6000.

Lawati Facebook rasmi KWSP untuk update terkini : https://www.facebook.com/KWSPMalaysia/

Exit mobile version