Sejarah Nuzul Quran (penurunan wahyu al-Quran) merupakan sebuah sejarah yang hebat menjadi panduan dan perlembagaan kepada seluruh umat Islam. Nikmatnya Ramadan ini, Allah menyediakan ganjaran rahmat, maghfirah (keampunan) serta pembebasan daripada api neraka dan banyak lagi ganjaran lainnya. Mengenai ganjaran bagi amalan berpuasa ini, terdapat sebuah Hadis Qudsi:
“Setiap amalan manusia adalah untuknya kecuali puasa, sebab ia hanyalah untuk-Ku dan Akulah yang akan memberikan ganjaran padanya secara langsung.” (Hadis Riwayat Bukhari dalam Shahihnya: 7/226 dari hadis Abu Hurairah R.A)
Hanya Allah S.W.T sahaja yang memberi balasan kepada hamba-Nya yang berpuasa, menguji sekuat mana kekentalan iman di hati. Al-Quran telah diturunkan pada bulan Ramadan, maka bermulalah syariat Allah sebagai pelaksanaan di dalam kehidupan. Sebelum itu Baginda S.A.W menyebarkan dakwah dengan keadaan untuk mentauhidkan Allah, membawa mereka melaksanakan kebaikan dan menghindarkan mereka daripada melakukan kejahatan.
Turun sahaja wahyu ini, maka kehidupan manusia diatur dengan perundangan yang Allah tetapkan di dalam al-Quran. Al-Quran berfungsi sebagai petunjuk untuk seluruh manusia. Petunjuk dalam pelbagai aspek antaranya mengenai ibadah, panduan dalam berumahtangga, berjual-beli, masalah pusaka, bab jenayah dan banyak lagi. Sebagai orang yang beriman, jangan sesekali kita meragui al-Quran.
Baca juga : 5 Tips Pupuk Minat Anak-anak Terhadap Al-Quran
Al-Quran merupakan kalamullah, yang diturunkan kepada Rasulullah S.A.W di dalam Bahasa Arab dimulai dengan surah al-Fatihah dan diakhiri dengan surah an-Nas. Al-Quran diturunkan selama tempoh 23 tahun secara mutawatir (beransur-ansur). Hal ini untuk memantapkan hati Rasulullah S.A.W. Ayat-ayat al-Quran juga diturunkan berdasarkan beberapa peristiwa yang berlaku.
Amalan memperbanyakkan membaca al-Quran di bulan Ramadan ini amatlah digalakkan. Membaca, tadabbur (menghayati) dan mengamalkannya. Al-Quran juga merupakan penawar dan menyelamatkan kita daripada pelbagai kerosakan.
Kesan al-Quran di dalam kehidupan kita adalah mendapat ketenangan di dalam hati dan menjadi syafaat bagi yang membacanya. Al-Quran mempunyai banyak hikmah yang tersurat dan tersirat di dalamnya dan orang yang sentiasa melaziminya akan bertambah keberkatan di dalam kehidupannya dan kehidupan orang di sekelilinya. Akhirnya, semoga Allah S.W.T mengurniakan kepada kita sifat cintakan al-Quran dan seterusnya mengurniakan kepada kita zuriat-zuriat yang sentiasa melazimi al-Quran di dalam kehidupan kita agar al-Quran akan datang kepada kita di hari akhirat sebagai pembantu atau pemberi syafaat kepada kita.
Artikel berkaitan : 2 Buah Al-Quran Tak Basah, Rumah Tenggelam Banjir Hulu Langat
Al-Quran merupakan mukjizat ilmu dalam segala lapangan, termasuk yang bersifat saintifik mahupun tidak, bahkan disebutkan juga dalamnya ilmu sihir yang sesat dan diharamkan. Kenyataannya wajib benar dan hukumnya wajib adil kerana ia datang daripada ilmu Allah yang bersifat Maha Mengetahui, Maha Adil dan Maha Bijaksana, tiada bandingan dan tandingan.
Al-Quran adalah bersifat luar biasa, bukan sahaja penyusunannya dari segi bahasa dan sastera, bahkan dari segi kenyataan ilmunya. Bahkan, ia turut diakui oleh mereka yang paling ahli dalam segala lapangan, sama ilmuwan agama atau ilmuwan dunia.
Al-Quran membetulkan aqidah beriman kepada Allah yang Maha Esa. Pada masa yang sama, menolak kepercayaan adanya tuhan selain daripadanya atau pegangan yang menolak adanya Tuhan (ateis).
Selain itu, al-Quran juga membetulkan kesesatan mereka yang menggunakan akal sahaja tanpa hidayah (petunjuk) daripada Allah yang Maha Penyayang.
Baca juga : Hukum Membaca Al Quran Dalam Handphone Tanpa Wuduk
Banyak perkara yang tidak diketahui dahulunya dan apa-apa yang telah dinyatakan oleh al-Quran terbukti benar berlaku dan adanya. Contohnya, kisah umat pada zaman dahulu, kejadian bumi dan angkasa lepas yang menakjubkan semuanya benar, maka perkara yang ghaib dan peristiwa akan datang juga benar.
Oleh itu, sifat taqwa yang menjadi tujuan puasa menjadi penentu kepada seseorang, sama ada dengan menerima al-Quran menjadi petunjuk seluruh perjalanan kehidupannya atau tidak.
Malah, perlu juga difahami bahawa petunjuk al-Quran tidak hanya membaca, menghafaz dan menulisnya sahaja, tetapi dibuktikan dengan amalan dan tindakannya secara faham dan nyata
Semoga kita diberi petunjuk oleh Allah untuk memahami segala perkara yang diajar oleh Rasulullah S.A.W dengan berpandukan al-Quran. Perkara yang berkait dengan syariat yang perlu untuk kita laksanakan di dalam kehidupan seharian kita semata-mata untuk mencari keredhaan Allah S.W.T. Sudah pasti sifat kita sebagai seorang hamba Allah S.W.T adalah sentiasa berharap kepadaNya agar amalan kita diterima olehNya dan digolongkan dalam golongan orang yang bertakwa.
Nuzul Quran adalah hari yang umat Islam nantikan. Di Malaysia banyak program telah siap siaga untuk mengimarahkan hari istimewa ni. Preparation di surau kawasan rumah Ruby siap ada Tadarus Al-Quran sepanjang bulan Ramadan. Semoga kita semua dapat kumpul sebanyak pahala pada bulan puasa tahun ni. Terapkan rasa cinta kepada Al-Quran. 1 hari 1 muka surat. Hehe.
Ruby recently posted…2H1M IFTAR DAN SAHUR DI HOTEL MAYA KUALA LUMPUR
Alhamdulilah perkongsian yang baik.. inshaallah, Saya lagi setengah juzuk, khatam laa Quran dalam ramadan ini.. alhamdulilah…
Sis Lin recently posted…BERBUKA PUASA SAMBUT BIRTHDAY ANAK DI RENAISSANCE JOHOR BAHRU HOTEL
Terima kasih atas perkongsian ini. Sudah dalam makna nuzul Quran..bukan sekadar igt public holiday je
Laila recently posted…Cara Baca Doa Qunut Dalam Solat Witir