Site icon Geng Borak

Rahsia personaliti dan karektor daripada tandatangan, mana satu anda punya?

Rahsia tandatangan 1

Jika diamati, tulisan tangan sebenarnya boleh menjadi tali pengukur dan cermin terhadap personaliti peribadi seseorang. 

Ramai pakar seperti penganalisa tulisan dan bahasa telah berjaya merungkai personaliti individu yang hampir tepat berdasarkan rupa, bentuk serta susunan hasil tandatangan yang diturunkan. 

Sebagai contoh, Mark Zuckerberg yang merupakan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif untuk Facebook menurunkan tanda tangan dengan hanya menggunakan pengenalan singkatan yang bagaimanapun ditulis dengan huruf besar sebagai “MR ZG”.

Tandatangan milik Mark Zuckerberg

Maksudnya?

Tandatangan yang ditulis dengan singkatan nama bermaksud individu itu adalah jenis yang perahsia, seorang yang tidak suka mendedahkan hal peribadi kepada umum manakala tandatangan yang ditulis dengan huruf besar pula menyatakan seseorang individu itu adalah jenis yang mempunyai keyakinan tinggi.

Bagaimana nak kaji maksud tandatangan anda? Jom ada disenaraikan karakter tandatangan serta personaliti yang diwakili berdasarkan maksud karakter tersebut.

Ini hanyalah kajian ya…

Tandatangan milik Barack Obama.

Maksudnya: Lebih suka menunjukkan ‘hasil’ yang dicapai daripada menunjukkan tindak-tanduk sebelum matlamat itu dapat dicapai terlebih dahulu (merendah diri).

Tandatangan milik Pablo Picasso

Maksudnya: Memiliki kualiti sebagai seorang ketua yang baik serta bijak mengutamakan diri sendiri.IKLAN

Maksudnya: Jenis yang peramah dan mudah bergaul

Maksudnya: Seorang yang stabil

Maksudnya: Berdikari, berkeyakinan di atas kebolehan peribadi

Maksudnya: Seorang yang suka menyimpan cermat hal peribadi

Tandatangan milik Neil Armstrong yang tidak ada titik pada huruf ‘i’.

Maksudnya: Tidak suka membesarkan perkara yang remeh bahkan diri merupakan seorang individu optimis yang gemar fokus kepada perkara yang besar/penting sahaja.

Maksudnya: Seorang yang memiliki sifat kerjasama yang kuat & suka berkongsi idea serta pemikiran

Maksudnya: Konfiden, sangat menjaga tertib martabat serta maruah diri dan mungkin sedikit sombong atau suka membangga diri.

Maksudnya: Mudah melibatkan diri dalam bidang perniagaan.

Maksudnya:  Tertib dan sangat mementingkan perincian (perfectionist).

Tandatangan milik Mel Gibson

Maksudnya: Bijak dan mempunyai gaya hidup yang agak sibuk.

Maksudnya: Berkeyakinan tinggi malah seorang yang ekstrovert (mudah bergaul).

Tandatangan milik Walt Disney

Maksudnya: Kreatif dan gemar dirinya dikenali.

Tandatangan milik John Hancock.

Maksudnya: Berusaha untuk jadikan diri lebih dikenali (mahu orang tahu dan perasan kehadirannya).

Maksudnya: Golongan pesimis, berkira dan sangat berhati-hati 

Tandatangan Diego Maradona.

Maksudnya: Bercita-cita tinggi, mahukan masa hadapan yang lebih cerah.

Maksudnya: Proaktif, bersemangat dan mempunyai azam tinggi.

Tandatangan milik Donald Trump

Maksudnya: Agresif dan kurang sabar

Tandatangan milik J.K. Rowling.

Maksudnya: ‘Cepat tangkap’ dan mempunyai mental yang tangkas

Maksudnya: Seorang yang terbuka dan suka berterus-terang

Ada macam-macam lagi jenis tandatangan yang berbillion orang tandatangan. Ada yang ringkas dan ada yang sukar. Jadi, apa maksud karakter yang ada disebalik tandatangan anda?

sumber

Exit mobile version