Bantuan Sara Hidup (BSH) yang akan digantikan kepada Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) pada tahun 2021 dan sudah semestinya ramai yang ingin mengisi permohonan BPR 2021
Bermula tahun 2021, pemohon yang layak untuk membuat permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), ingin membuat semakan BPR sama ada layak untuk memohon atau menerima bantuan ini. Bagaimanaka cara untuk check status Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)?
Baca Terkini : BPR 2021 Bermula 15 Januari 2021
CARA MOHON BANTUAN PRIHATIN RAKYAT – BPR 2021
Setakat ini, belum dilancarkan lagi portal BPR. Contoh di bawah adalah persediaan dari segi maklumat untuk membantu anda membuat permohonan baru BPR 2021.
Berikut adalah maklumat yang diperlukan:
- Nama
- Nombor Kad Pengenalan
- Status perkahwinan
- Bilangan anak
- Nama dan nombor akaun bank (yang aktif)
Pastikan maklumat yang dilengkapkan tepat dan betul.
Baca juga : Gaji RM6,000 di KL dan Putrajaya, dikira B40?
KADAR BAYARAN BANTUAN PRIHATIN RAKYAT
Kadar bayaran BPR adalah mengikut kategori isi rumah dan bilangan anak.
INDIVIDU BUJANG
Jika sebelum ini hanya individu bujang berumur 40 tahun ke atas sahaja menerima BSH, namun kini kadar umur dikurangkan sehingga 21 tahun. Individu bujang berpendapatan kurang daripada RM2500 dan berumur 21 tahun ke atas akan menerima BPR sebanyak RM350.
ISI RUMAH PENDAPATAN KURANG RM2500
Isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM2500 akan menerima bantuan seperti berikut:
- 1 orang anak: RM1,200
- 2 orang anak atau lebih: RM1800
ISI RUMAH PENDAPATAN RM2501 ~ RM4000
Isi rumah yang berpendapatan RM2501 hingga RM4000 akan menerima bantuan seperti berikut:
- 1 orang anak: RM800
- 2 orang anak atau lebih: RM1200
ISI RUMAH PENDAPATAN RM4001 ~ RM5000
Isi rumah yang berpendapatan RM4501 hingga RM5000 akan menerima bantuan seperti berikut:
- 1 orang anak: RM500
- 2 orang anak atau lebih: RM750
Baca juga : Cara Semak Keputusan dan Rayuan i-Sinar KWSP Online
Baca juga Terkini : Tarikh Bayaran Bantuan Prihatin Rakyat BPR 2021
CARA BUAT SEMAKAN BPR
Berikut adalah contoh cara buat semakan Bantuan Prihatin Rakyat 2021:
- Layari laman Semakan Status Permohonan dan Maklumat Pembayaran untuk login BPR di sini: https://bpr.hasil.gov.my
- Sila isi Nombor Kad Pengenalan
- Sila lengkapkan CAPTCHA
- Tekan SEMAK
- Maklumat pemohon BPR akan dipaparkan.
- Jika permohonan anda LULUS, maklumat seperti status bayaran, jumlah dan fasa akan dipaparkan.
- Jika permohonan anda GAGAL, maklumat KOD TIDAK LULUS/GAGAL akan dipaparkan.
- Jika layak, anda boleh membuat permohonan RAYUAN BPR.
SOALAN LAZIM BANTUAN PRIHATIN RAKYAT
Apakah itu BPR?
Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) adalah bantuan kewangan yang menggantikan BSH.
Bilakah BPR diperkenalkan?
Semasa pembentangan bajet 2021
Kepada golongan B40,boleh dapatkan BAUCAR RM50 untuk beli produk PERLINDUNGAN TENANG
Adakah perlu membuat permohonan baharu?
Dirujuk menggunakan databse BSH sebelum ini.
Apa yang perlu saya lakukan untuk mendaftar BPR?
Bersabar dan tunggu tarikh buka pendaftaran BPR
Apakah portal untuk daftar BPR?
Akan dilancarkan dalam masa terdekat.
Sangat pemurah hati Goverment Malaysia ni. Macam-macam bantuan mereka bagi. Tak sayang lagi tak tahu la kan hehe
Laila recently posted…Cara Daftar Akaun ASB Secara Online
No3 jalan panglima satu,taman dawani 81400 senai johor
Adakah penerima bpn layak menerima BPR2021?
Ikut kriteria, ada yang lulus. BPR adalah daripada data BSH
kerajaan tak betul mentadbirkan tapi rakyat tentang bantuan bpr kepada semua rakyat malaysia, tidak serupa dgn pentadbiran dgn datuk sri najib razak dahulu.
Mohon bantuan bpr
I just housewife’s at home husband pass away 9 years But this 8 years I only receive rm 400 a year !! Maybe few years didn’t get ?? Have to go PUDU RAYA reapply again
But it say rm 2500 !! Sorry this among when my husband pass away time only once I receive that much …And I renting house more than 25 years How to apply government low cost flats ?
Bagaimana untuk pemohonan bagi oku umur 18 tahun keatas?
Masih dalam proses fasa kedua 2021