Site icon Geng Borak

Tarikh Rayuan Geran Khas Prihatin 2.0 Bermula 7 Disember 2020

Tarikh Rayuan GKP 2.0

Geran Khas Prihatin (GKP) merupakan bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan. Ia bagi meringankan beban kewangan perniagaan yang dihadapi ekoran penularan wabak COVID-19.

Di samping itu, bantuan ini bermatlamat meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan demi kelangsungan PKS mikro. Setakat ini, hampir 850,000 PKS mikro telah menerima GKP dan GKP 2.0, dengan jumlah bantuan kewangan keseluruhan sebanyak RM2.55 bilion.

Kerajaan amat prihatin akan cabaran yang dihadapi oleh PKS secara amnya terutamanya PKS mikro. Sehubungan itu, GKP dan GKP 2.0 merupakan komitmen berterusan Kerajaan dalam membantu PKS mikro yang terjejas.

Bagi memastikan PKS mikro yang benar-benar layak menerima GKP 2.0, setiap permohonan disemak silang dengan data agensi yang ditetapkan Kerajaan sehingga 31 Ogos 2020, termasuk di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Baca juga : Geran Khas Prihatin 2.0 Dibayar bermula 30 November

Keterangan Kod Tidak Lulus Geran Khas Prihatin GKP 2.0

Baca juga : Bantuan RM600 Sebulan, Program Subsidi Upah 2.0

Tempoh rayuan GKP 2.0 akan dibuka dari 7 hingga 21 Disember 2020. Ini bagi memberi peluang kepada perayu untuk mengemukakan rayuan berserta dokumen sokongan untuk disemak/diverifikasi semula oleh LHDNM.

Syarat Rayuan Geran Khas Prihatin 2.0

Individu yang ingin membuat rayuan GKP 2.0 mestilah memenuhi syarat kelayakan berikut:

Permohonan rayuan boleh dibuat secara dalam talian di Portal GKP, https://gkp.hasil.gov.my.⠀

Exit mobile version