Site icon Geng Borak

Tips dan Cara Hantar Borang Mohon Bantuan Prihatin Nasional BPN 2020

Bantuan URUS B40 dan B50

Merujuk kepada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bernilai RM250 bilion yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 27 Mac 2020, Kementerian Kewangan ingin menjelaskan mengenai pelaksanaan dan cara mengakses Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang telah diperuntukkan sebanyak RM10 bilion bagi golongan rakyat yang layak.

Bantuan Prihatin Nasional adalah salah satu bantuan yang disediakan oleh Kerajaan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang akan diberikan secara one-off kepada golongan B40 dan M40.

Baca update terkini : Bantuan RM1000 untuk Golongan B40, PM umum BPN 2.0 Kita Prihatin

Borang Mohon Bantuan Prihatin Nasional BPN (Pemohon Baru)

Layari laman sesawang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, http://www.hasil.gov.my atau terus ke Bantuan Sara Hidup (BSH), https://bsh.hasil.gov.my

Masukkan nombor kad pengenalan (tanpa – ) dan buat semakan status.

Jika tiada rekod, klik permohonan baru

Isi maklumat peribadi dengan sebetulnya. Rekod adalah berpautan dengan pelbagai Jabatan.

Jika sudah berkahwin, isikan maklumat pasangan, anak, waris dan yang berkaitan. Pastikan isi maklumat nombor kad pengenalan, telefon dan nombor bank yang betul.

Klik Teruskan, masukkan Captcha dan buat pengesahan

Setelah berjaya hantar borang, akan keluar mesej diterima dan boleh buka akaun untuk semakan lanjut selepas ini.

Untuk mohon BPN ini sudah pasti melibatkan ramai orang. Bayangkan jutaan orang ingin membuat semakan dan permohonan pada hari pertama dan juga mungkin berlanjutan beberapa hari. Ini telah menyebabkan kesesakan luarbiasa trafik di laman sesawang tersebut.

Namun, jika ada masa dan kelapangan bagi menyemak dan memohon Bantuan Prihatin Nasional BPN ini, cubalah pada waktu ‘off peak’.

Ada yang melayarinya pada waktu jam 3 hingga 5 pagi dan hasilnya terus dapat menyemak dan membuat permohonan bantuan BPN. Tidak kira anda dalam kategori B40, M40 atau bujang, buatlah semakan dan mohonlah jika inginkan bantuan tersebut.

Isi nama penuh, IC dan alamat rumah dengan betul. Gunakan email berlainan jika penghantaran tidak berjaya.

Anak tiri dikira sebagai anak kandung dalam borang, anak angkat mempunyai surat mahkamah.

Jika suami kahwin lebih daripada satu, maka akan dikira satu keluarga. Isteri-isteri tidak perlu mohon apabila keluar mesej “Permohonan pasangan telah wujud sebagai pemohon / pasangan di permohonan lain

LAMPIRAN : SOAL JAWAB MENGENAI BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (UPDATE 6 APRIL 2020)

Semoga ianya dapat meringankan beban masing-masing.

Baca juga : Cara Mohon dan Borang Pengeluaran i Lestari KWSP 2020

Exit mobile version