Jemaah Haji tahun 2020

Lembaga Tabung Haji (TH) ingin menasihati orang ramai agar berwaspada dan tidak terperdaya dengan mana-mana pihak yang menawarkan sebarang bentuk dana bagi tujuan mengerjakan ibadat haji melalui panggilan telefon.

Baru-baru ini, TH menerima laporan daripada pendeposit bahawa ada individu tidak bertanggungjawab yang menawarkan dana haji untuk membolehkan mereka menunaikan haji dengan lebih cepat. Pemilihan giliran menunaikan haji adalah berdasarkan sistem pendaftaran dimana yang dahulu didahulukan.

TH tidak pernah melantik mana-mana organisasi atau orang perseorangan untuk menjadi perantara/orang tengah/agen dalam hal-hal berkaitan tawaran haji mahupun pakej haji.

TH berharap orang ramai agar lebih berhati-hati apabila menerima sebarang tawaran dana bagi urusan haji daripada pihak yang tidak dikenali.

tabung haji logo

Tawaran Menyegerakan Giliran Haji

Golongan tidak bertanggungjawab sentiasa mencuri peluang untuk menipu dan mengambil kesempatan atas kesulitan orang lain. Terbaharu, kegiatan menawarkan dana haji bagi tujuan menyegerakan giliran menunaikan rukun Islam ke lima itu menerusi panggilan telefon.

Justeru, orang ramai terutamanya pendeposit Tabung Haji (TH) dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan sebarang bentuk tawaran dana bagi menunaikan haji.

Lembaga Tabung Haji dalam satu kenyataan hari ini berkata pihaknya telah menerima aduan daripada pendeposit tentang wujudnya individu tidak bertanggungjawab menawarkan dana tersebut bagi tujuan menyegerakan giliran haji.

Menurut TH, sebarang pemilihan giliran haji hanyalah berdasarkan sistem pendaftaran di mana yang dahulu didahulukan.

Baca juga : Peristiwa dan Gambar Mencuci Dalam Kaabah

Baca kisah : Menarik Di Sebalik Perjalanan Jemaah Haji Dulu-dulu, Berbulan Belayar Di Lautan

Dana Tabung Haji Scam

Pihak Tabung Haji tidak pernah melantik mana-mana organisasi atau orang perseorangan untuk menjadi orang tengah dalam hal-hal berkaitan tawaran mahupun pakej haji.

Mereka yang mempunyai ibu bapa yang sedang menunggu giliran haji juga perlu lebih peka dan sentiasa mengingatkan mereka agar tidak sesekali mendedahkan maklumat peribadi dalam panggilan telefon.

Beringat lebih baik sebelum terkena. Jangan mudah tertipu dengan iklan dan tawaran yang meragukan sebaiknya selidik terlebih dahulu untuk mendapat kepastian.

Sementara itu, orang ramai boleh berhubung dengan TH di talian 03-62071919 untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge