Banjir di Malaysia 1

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan negara akan mengalami hujan lebat berterusan mulai pertengahan November ini. Keadaan itu akan membawa kepada banjir hujung November ini, lapor Berita Harian.

Ini kerana cuaca ketika itu dijangka memberi impak lebih signifikan berikutan Monsun Timur Laut yang aktif, iaitu risiko hujan lebat berterusan dan banjir berskala besar adalah tinggi.

Menurut Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah, fenomena La Nina yang masih berterusan dan dijangka sehingga awal tahun depan, menyebabkan peningkatan taburan hujan.

Banjir Hujung November

METMalaysia meramalkan sepanjang Oktober risiko bencana cuaca hanya melibatkan hujan ribut petir yang berpotensi menghasilkan angin kencang. Berlaku juga hujan lebat dan banjir kilat dalam tempoh singkat dan berskala kecil.

Kebanyakan tempat dijangka menerima taburan hujan normal sahaja dalam tempoh tersebut.

“Jika Pilihan Raya Umum (PRU) dilaksanakan pada awal November, kemungkinan banjir besar berlaku adalah kurang. Bagaimanapun, mulai pertengahan November ada kemungkinan banjir besar berlaku terutama penghujung November.

“Namun jika PRU dilaksanakan pada Disember, cuaca yang berlaku dijangka memberi impak lebih signifikan kerana angin Monsun Timur Laut aktif pada tempoh itu, di mana risiko untuk berlaku hujan lebat berterusan dan banjir besar berskala besar adalah tinggi,”. – MetMalaysia

Kebiasaannya bermula akhir September hingga awal November negara akan mengalami fasa peralihan monsun.

Baca juga : Sekolah Dilanda Banjir, Pelajar Yayasan Khairiah Berzikir Ketika Air Sedang Naik

Banjir di Malaysia

Dalam tempoh ini lazimnya cuaca di seluruh negara adalah baik pada waktu pagi. Manakala pada sebelah petang hingga awal malam, ribut petir lebih kerap berlaku terutama di negeri-negeri pantai barat serta pedalaman Semenanjung, Sarawak (barat dan tengah) dan barat Sabah.

Risiko untuk berlaku banjir hujung November adalah tinggi dalam tempoh ini terutama di kawasan rendah di pantai barat Semenanjung. Monsun Timur Laut pula kebiasaannya akan bermula pada pertengahan November

Jadi dalam tempoh November hingga Disember, cuaca adalah lebih lembap terutama di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung, barat Sarawak dan timur Sabah.

Lazimnya cuaca adalah hujan pada sebelah pagi di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung, barat Sarawak dan timur Sabah.

Pada sebelah petang, ribut petir atau hujan akan berlaku di negeri-negeri pantai barat Semenanjung, pedalaman Sarawak dan barat Sabah.

Baca juga : 2 Buah Al-Quran Tak Basah, Rumah Tenggelam Banjir Hulu Langat

Banjir Hujung November

Perkara yang perlu dibimbangkan ialah jika berlaku luruan monsun atau kemunculan sistem tekanan rendah, menyebabkan hujan berterusan akan berlaku di negeri-negeri berkenaan yang berpotensi menyebabkan banjir.

Jika berlaku luruan monsun yang kuat dan serentak dengan kemunculan sistem tekanan rendah, maka risiko untuk berlaku banjir besar adalah tinggi. Luruan monsun yang signifikan biasanya akan bermula pada Disember.

Keadaan cuaca yang lebih lembap ketika ini adalah disebabkan Monsun Barat Daya yang lemah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge