Undi Pilihanraya

Merujuk kepada pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) pada 20 Oktober 2022 yang lalu berkenaan tarikh hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah membuat ketetapan dan meminta supaya semua Institut Pendidikan Tinggi (IPT) memberi kelepasan kepada pelajar untuk pulang mengundi.

Pelepasan ini diberikan bagi memberi tempoh yang cukup kepada pelajar untuk membuat perjalanan pergi dan balik ke lokasi mengundi. Keputusan ini juga diambil selaras usaha meraikan semangat pelaksanaan Undi 18 seperti yang telah diwartakan oleh Kerajaan pada 1 Disember 2022 dan dikuatkuasakan pada 15 Disember 2021.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tarikh pelepasan kepada pelajar IPT untuk pulang mengundi.

TARIKH PELEPASAN PELAJAR IPT PULANG MENGUNDI

Pelajar IPT diberi pelepasan pulang untuk mengundi selama 5 HARI iaitu sepanjang tempoh berikut:

  • Tarikh pelepasan: 17 November hingga 21 November 2022

Diingatkan bahawa hari mengundi adalah pada:

  • Hari mengundi: 19 November 2022 (Sabtu)
Pelajar IPT Pulang Mengundi

INSTITUSI PENGAJIAN TERLIBAT

Pelajara ini diberikan kepada pelajar IPT melibatkan institusi pengajian berikut:

  • IPT awam dan swasta
  • Politeknik
  • Kolej Komuniti

Surat edaran telah dihantar kepada semua IPT awam dan swasta termasuk Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti. Surat berkenaan adalah bagi memberi pelepasan kepada pelajar untuk mengundi berdasarkan Undi18.

Pendaftaran secara automatik Undi18 menyumbang kepada peningkatan jumlah daftar pemilih termasuk di Sabah, yang layak mengundi pada PRU-15 ini. Di sebalik peningkatan jumlah tersebut, apa suara yang mereka mahu bawakan dan bagaimana ciri pemimpin yang diharapkan untuk mentadbir Malaysia dalam tempoh lima tahun akan datang.

Baca juga : Cara Tukar dan Daftar Kawasan Mengundi PRU

Surat Pelepasan Mengundi IPT

Keputusan ini diambil selaras usaha meraikan semangat pelaksanaan Undi 18 seperti yang telah diwartakan oleh Kerajaan pada 1 Disember 2022. Ia dikuatkuasakan pada 15 Disember 2021 dengan matlamat untuk melahirkan generasi yang prihatin dengan sistem pemerintahan negara. Di samping itu, ia meningkatkan kesedaran tentang kepentingan untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Sehubungan dengan itu, semua IPT adalah diminta memastikan semua kelas dan aktiviti yang melibatkan pelajar dalam tempoh tersebut ditangguhkan dan diadakan pada sesuatu tarikh yang lain.

Baca juga : Arab Saudi Bakal Tukar Bendera dan Lagu Kebangsaan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge