Membeli rumah memerlukan penelitian sama seperti membuat pelaburan besar yang lain. Sekiranya kita nak membeli rumah kali pertama, penting untuk kita memilih rumah yang sesuai dengan kemampuan mengikut simpanan yang ada. Pembeli mungkin mendapati proses pembelian rumah sangat membimbangkan sebab banyak perkara yang perlu diambilkira. Sudah tentu lokasi juga merupakan faktor penting.

Tujuan membeli hartanah berbeza-beza bagi setiap orang, ada yang ingin beli untuk disewakan, ada yang beli untuk jual semula dan ada juga untuk dijadikan sebagai tempat tinggal.

Tak kiralah apa tujuan kita, adalah penting bagi kita untuk memilih lokasi yang strategik dan menarik. Kalau kita pilih lokasi yang tepat, pulangannya akan berlipat kali ganda. Jom kita lihat perumahan di Tiara Sendayan.

Beli rumah di Tiara Sendayan

Kejayaan Pemaju Matrix Concepts Holdings Berhad

Ada pembeli yang akan melihat terlebih dahulu siapa pemaju di kawasan perumahan tersebut. Kita boleh semak status pemaju dan rekod pembinaan yang telah mereka lakukan. Kebiasaanya mereka akan letakkan info ini di laman sesawang mereka. Contohnya di laman sesawang https://tiarasendayan.com

Tiara Sendayan merupakan projek perumahan di negeri Sembilan di bawah pemaju Matrix
Concepts Holdings Berhad. Pencapaian projek di Tiara Sendayan amat memberangsangkan dan Matrix Concepts Holdings Berhad berjaya merangkul pelbagai anugerah berprestij termasuk The Edge Excellent Award 2022 (TEPEA), The Edge Billion Ringgit Club 2022, The Malaysia Developer Awards 2022 (Top 10 for Market Capitalisation of RM 1 Billion and above) dan banyak lagi.

Pemaju yang bagus kebiasaannya projek mereka akan dipanelkan oleh pihak bank untuk bakal pembeli memohon pembiayaan kewangan. Pemilihan pemaju agak penting kerana terdapat banyak kes rumah tidak siap yang masih tidak selesai bertahun-tahun lamanya.

Rumah yang dibeli masih dalam pembinaan dan boleh dilawati, maka jangan lepaskan peluang untuk lawat tapak projek rumah secara berkala. Kita boleh lihat perkembangan pembinaan Tiara Sendayan, lawati showroom rumah di Matrix Galleria @ d’Tempat Country Club, PT 12653, Jalan Pusat Dagangan Sendayan 1, 71950 Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan.

Mudah untuk kita berhubung dengan pemaju atau kontraktor jika ada apa-apa perkara berbangkit.

Akses dan Kemudahan di Tiara Sendayan

Ramai yang mencari rumah yang dekat dengan tempat kerja dan mempunyai pelbagai kemudahan di kawasan tersebut seperti sekolah, kawasan kedai, jaringan pengangkutan yang baik dan kawasan persekitaran yang selamat. Pemilihan rumah yang bagus akan membantu menjimatkan kos petrol, tol dan juga masa.

Tiara Sendayan terletak di Seremban, mempunyai akses seperti Lebuhraya Utara-Selatan dan KLIA Expressway. Kawasannya yang begitu strategik iaitu berada di Malaysia Vision Valley dan semestinya akan
meningkatkan nilai asset pembeli.

Ada kemudahan yang anda perlu nikmati iaitu Sendayan Green Park yang boleh lakukan pelbagai aktiviti riadah. Begitu juga dengan pusat pendidikan dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah sudah ada tersedia.

Ada SK Sendayan, SMK Bandar Sri Sendayan dan SMK (Felda) Seri Sendayan yang kurang daripada 7KM. Hab komersial seperti Sendayan Metropark, Suriaman Biz dan Sendayan Merchant Square terletak hanya 5km jauhnya. Manakala Masjid Sri Sendayan , mercu tanda baharu yang menjadi ikon di Bandar Seri Sendayan, hanya 5 minit pemanduan dari Tiara Sendayan. 

Menariknya juga di sini ada d’Tempat Country Club yang rumah kelab bagi pelbagai aktiviti dan kemudahan seperti kolam renang saiz olimpik, spa, gim, kedai makan dan sebagainya. Pembeli Tiara Sendayan dapat menikmati keahlian kelab d’Tempat Country Club secara percuma selama 5 terma di Bandar Sri Sendayan.

Ini semua adalah menjadi faktor perumahan di Tiara Sendayan menjadi rebutan buat pembeli.

Tiara Sendayan Park

12 Ekar Central Park Tiara Sendayan

Bukan setakat itu sahaja, Tiara Sendayan mempunyai Central Park yang berkeluasan 12 ekar yang dikelilingi tasik dan pepohon hijau. Sudah cukup memberi ketenangan untuk ahli keluarga
menghabiskan masa bersama-sama. Ini semua bagaikan hidup secara eksotik berdekatan dengan alam semula jadi dengan susun atur konsep terbuka dan kemasan premium.

Antara kemudahan sukan dan rekreasi yang disediakan kat sini termasuklah gelanggang futsal,
gelanggang bola keranjang, gimnasium, stesen parcourse, kawasan majlis, teres tempat duduk, trek joging dan laluan refleksologi.

Tiara Sendayan

Tiara Sendayan bakal melancarkan kediaman 2-tingkat bermula dari RM538,888. Kediaman ini mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik air. Luasnya 2000 kaki persegi (20’ x 70’) dan kediaman ini sesuai untuk mereka yang berkeluarga serta meraka yang mahukan kediaman luas serta selesa.

Ini peluang terkini anda untuk memiliki rumah di Tiara Sendayan. Bagi yang ingin melihat sendiri kediaman dan pertanyaan lanjut, boleh terus hubungi atau layari:

Matrix Concepts (NS): 1-800-88-2688
Laman Web: http://www.tiarasendayan.com

9 Comments

  1. Harga mampu milk, boleh la beli satu unit kat tiara sendayan. Facilities die best2

  2. Besar juga. Susah dpt harga tu. Banyak kemudahan untuk penduduk

  3. Menarik sbb lokasi dia dekat Seremban dan byk fasiliti dekat sekitar. Mmg berbaloi kalau beli buat aset atau utk jadikan kediaman keluarga kan!

  4. Kak ana pernah ke Sendayan ni, dan amat tertarik dengan perancangan bandar kat sana, amat bagus untuk di jadikan kediaman pilihan yang stratagik..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge