Screen Shot 2022 07 28 at 12.34.27 AM

“Macam mana nak main forex?”, “Forex tu kena buat apa?” dan banyak lagi persoalan yang sewaktu, kerap akan kita dengari sebaik sahaja menyebut hanya sepatah sahaja perkataan – forex. Topik dagangan ini masih lagi suam-suam pegangannya di antara anak-anak tempatan, tetapi dengan daya media sosial, ianya kini menjadi bualan ramai. Dan sudah pasti, anda di sini juga kerana turut serta ingin mencungkil misteri di sebalik dunia forex dan kejayaan finansial yang boleh anda kecapi daripadanya.

Dalam penulisan kali ini, kami akan memperkenalkan anda kepada apa itu forex, konsep asas dagangan matawang asing serta cara berdagang dengan selamat. Dan jangan lupa membaca sehingga ke penghujung untuk mendapatkan beberapa petunjuk menarik yang boleh anda aplikasikan dalam dagangan forex anda pula. Sedia?

Screen Shot 2022 07 28 at 12.34.00 AM
Sumber : fintechnews.org

Apa maksud forex?

Forex adalah singkatan daripada “foreign exchange”. Dan jika ditukar bahasa ke Bahasa Melayu mudah, ianya membawa erti “dagangan matawang asing” atau istilah tepatnya “pertukaran asing” .  Tetapi apa sebenarnya semua ini, dan terutamanya, bagaimana boleh forex menjana untung bagi mereka yang menceburinya?

Asasnya, dagangan matawang adalah mana-mana aktiviti pertukaran wang yang dilakukan dengan tujuan mengambil untung hasil perbezaan kadar pertukaran semasa sesuatu matawang. Ingatkah anda dengan kios-kios pengurup wang yang ligat bercambah di mana-mana pada suatu masa dahulu? Forex hampir sama dengan apa yang dilakukan oleh pengurup wang, cumanya semua urusan jual-beli dilakukan secara dalam talian.

Screen Shot 2022 07 28 at 12.33.49 AM
Sumber : ventsmagazine.com

Bagaimana cara trading forex?

Cara mula berdagang forex ini sebenarnya tidaklah begitu mencabar. Sebelum bermula, anda haruslah mempunyai sedikit modal untuk dimasukkan ke dalam ventur investasi baru anda ini. Setelah itu, anda akan beralih ke urusan penciptaan akaun dengan mana-mana broker dagangan matawang asing yang terpercaya, contohnya MetaTrader. Modal akan dilaburkan ke dalam akaun ini dan anda boleh mengambil langkah pertama menjejakkan kaki ke dalam urusan jual-beli forex pula.

Apa yang perlu anda perhatikan ketika menjual dan membeli matawang adalah posisi anda – apakah anda mahu membeli atau menjual. Dan bagaimana boleh anda kenal pasti posisi anda? Dengan melihat nilai relatif matawang antara satu sama lain. Jika anda percaya nilai matawang asal akan menaik berbanding nilai matawang pasangannya, anda perlu mengambil posisi membeli di mana anda akan membeli satu lot bagi pasangan matawang tadi dan menjualnya ketika nilainya meningkat. Posisi jual pula adalah di mana anda menjangkakan penurunan nilai matawang asal dan mula menjual untuk mengurangkan kadaran rugi daripada satu-satu pasangan matawang.

Screen Shot 2022 07 28 at 12.33.40 AM
Sumber : finbold.com

Bagaimana cara berdagang forex dengan selamat?

Sudah pasti cara terbaik untuk melakukan trading forex adalah menerusi laman broker matawang asing yang dipercayai serta diiktiraf badan bertanggungjawab tempatan. Secara amnya, dua badan utama yang ditugaskan mengelola segala aktiviti dagangan forex di Malaysia adalah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SCM) dan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (LFSA).

Walaupun kedua badan regulasi ini tidak memberi sertifikasi pengiktirafan secara terus, mereka tetap akan memantau platform dagangan forex yang mempunyai sijil dagangan antara bangsa seperti SEC, FINRA, FSCA, SCB, CySEC, ASIC, dan sebagainya.

Screen Shot 2022 07 28 at 12.33.28 AM
Sumber : finance-monthly.com

Berdagang forex secara mudah alih

Ramai di luar sana tertanya jika pedagang boleh menguruskan segala transaksi jual-beli forex mereka secara mudah alih. Mengapa tidak? Kebanyakan platform dagangan matawang asing kini menyediakan sistem yang serasi dengan corak operasi peranti mudah alih seperti Android dan iOS. MetaTrader4 adalah salah satu penyedia fungsi dagangan forex secara mobile dengan segala kemudahan jual-beli matawang asing, cumanya dioptimakan untuk penggunaan menerusi peranti mudah alih.

Screen Shot 2022 07 28 at 12.33.12 AM
Sumber : investopedia.com

Trading forex mudah sahaja!

Dagangan forex ini mudah sahaja sebenarnya. Anda cuma perlu benar-benar mendalami dan memahami konsep asas jual-beli serta mahir memprediksi turun-naik harga matawang yang mahu anda dagangkan. Dan sekelip mata sahaja, untung akan ada di tangan anda. Di samping itu, penting juga anda memilih broker yang terpercaya dan boleh memberikan anda data dagangan masa nyata yang telus. Selamat ber-trading, taulan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge