Dato’ Haji Saarani bin Mohamad merupakan ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dan merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan, Perak. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak ini merupakan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Perak sejak tahun 2018 hingga 2020.

Beliau juga merupakan Menteri Besar Perak ke-14 bagi menggantikan Menteri Besar sebelum ini , Dato’ Seri Ahmad Faizal Dato’ Haji Azumu yang meletak jawatan selepas kalah dalam pengundian undi percaya pada Sidang DUN Perak jumaat lalu.

Beliau adalah ahli, Pengerusi Negeri Perak dan Ahli Majlis Tertinggi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), parti komponen gabungan BN dan pemerintah BN yang bersekutu dengan gabungan PN pemerintah pusat dan negeri di kedua-duanya peringkat persekutuan dan negeri.

Biodata Dato’ Haji Saarani bin Mohamad

Nama : Saarani bin Mohamad
Isteri : Aezer Zubir,
Tarikh Lahir : 13 Mac 1961
Anak : 8 orang
Pengajian :
Diploma Sains serta Pendidikan (Fizik dan Matematik) dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia di Open University Malaysia (OUM)

Jawatan :

  • ADUN Kota Tampan
  • Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Negeri
  • Pengerusi Jawatankuasa, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak

Anugerah :

  • Malaysia : Ahli Mangku Negara (AMN) (2002)
  • Perak : Dato’ Paduka Cura Si Manja Kini – Dato’ (2004)

Dato’ Haji Saarani bin Mohamad dilantik Menteri Besar Perak yang ke 14

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, berpandukan Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan, pada timbangan Baginda, Yang Berhormat Dato’ Saarani bin Mohamad, Ahli Dewan Negeri Kota Tampan, boleh mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada Adun Perak untuk dilantik sebagai Menteri Besar Perak.

Baginda menetapkan 24 Rabiulakhir 1442 bersamaan 10 Disember 2020, jam 11.00 pagi untuk istiadat mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar di Istana Iskandariah, Perak.

YDH Toh Raja DiRaja.
Kolonel Dato’ Abd Rahim bin Mohamad Nor (Bersara)
Dato’ Pengelola Bijaya DiRaja Kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge