Bisik-Bisik Gelora ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2022 arahan Riza Baharudin, dibintangi oleh Redza Rosli, Raysha Rizrose dan Gambit Saifullah. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia, TV3 bermula 21 Mei 2022 menggantikan 7 Hari Mencintaiku 3.

Sinopsis Bisik Bisik Gelora

Jad, seorang pemuda kampung yang lurus bendul bertemu dengan Arumi, seorang gadis bandar yang liar di usia yang muda. Mereka terperangkap dalam tangkap basah dan terpaksa berkahwin. Pada malam selepas perkahwinan mereka, Jad ditangkap dan dipenjarakan kemudian. Arumi melanjutkan pelajaran ke luar negara dan terlupa akan hakikat bahawa dia masih isteri kepada Jad. Selepas Jad dibebaskan, dia telah dikaburi dengan dendam. Jad telah menemui Arumi dan menuntutnya kembali taat kepadanya sebagai seorang isteri.

Banin Arumi atau Umi adalah gadis nakal dan lincah. Bapanya, Tuan Akalil menghantar dia ke kampung agar anaknya itu akan berubah tingkah laku kerana kampung mentuanya jauh daripada kota.

Di kampung, Arumi telah bertemu dengan Jad Izzuddin, seorang pemuda yang alim di hadapan keluarga namun amat nakal di belakang mereka. Suatu hari tanpa diduga, Arumi dan Jad telah bertemu. Pertemuan itu telah menyatukan mereka ke alam perkahwinan.

Namun di hari pernikahan mereka, Arumi mendapat berita yang kedua-dua ibu bapanya menemui ajal dalam satu kemalangan jalan raya. Arumi mula benci pada Jad yang dianggapnya punca semua malapetaka ini berlaku.

Pelakon Bisik Bisik Gelora

Bisik Bisik Gelora Online

Pelakon utama

  • Redza Rosli sebagai Jad Izzuddin
  • Raysha Rizrose sebagai Banin Arumi
  • Gambit Saifullah sebagai Fakhri
  • Afifah Nasir sebagai Nada

Pelakon pembantu

  • Hafidz Roshdi sebagai Wari
  • Ruminah Sidek sebagai Nek Muya
  • Kodi Rasheed sebagai Yahya
  • Shakilla Khoriri sebagai Juni

Episod 1 – Baju Yang Saya Belikan Masa Birthday Awak Kan? | Bisik – Bisik Gelora (2022)
Sebab bengang dengan cikgu disiplin, Fakri langsung takde mood nak masuk kelas. Fakri duduk tepi longkang belakang bangunan dengan Arumi konon-konon ‘mengenang nasib malang’ mereka. Mereka tak sabar dah nak habis SPM sebab dah boleh hidup bebas.

Fakri ajak Arumi ponteng – panjat pagar belakang sekolah macam biasa. Lepak tengok wayang ke apa. Arumi setuju je. Diam-diam, mereka menyelinap keluar dari sekolah. Wari nampak perbuatan mereka mereka dan macam biasa, mamat ‘nerd’ ni report cikgu disiplin. Malangnya, Fakri dan Arumi dah selamat lari keluar.

Episod 2 – Jad Nak Masuk Minang Halimah Harini Jugak! | Bisik – Bisik Gelora (2022)
Akalil malu dengan kerenah Arumi buat parti liar hingga mengganggu tetangga dan mereka terpaksa report polis. Dia beri kata dua kepada Umi – keluar dari rumah itu sehelai sepinggang atau Arumi dihantar balik ke Kampung Jiwa, kampung ibu mentuanya, Nek Aji. Arumi stres dan mula memberontak.

Episod 3 – Harap Je Muka Cantik Tapi Perangai Macam Tuutttt | Bisik – Bisik Gelora (2022)
Arumi mula rasa rimas dan resah gelisah berada di Kampung Jiwa. Nek Muya iaitu adik Nek Aji yang tinggal serumah suka berleter dan mengingatkan dia itu ini khususnya hal ehwal ibadah dan solat. Arumi baru sedar telefon bimbitnya hilang – mungkin tercicir dalam kereta ayahnya.

Episod 4 – Motor Rosak Ni Kak! Orang Nak Pegi Dating Ni! | Bisik – Bisik Gelora (2022)
Nek Aji memperkenalkan Arumi kepada Imam Imran sekeluarga. Jad yang ada bersama rasa lawak dan geli hati tengok keadaan Arumi yang serba tak kena. Dia tahu yang Arumi pakai baju Nek Aji atau Nek Muya. Arumi malu dan meluat gila dengan Jad. Rasa nak tenyeh je muka mamat poyo tu.

Episod 5 – Buat Apa Nak Datang Kalau Ada Orang Lain Teman? | Bisik – Bisik Gelora (2022)
Imam Imran bising-bising apabila dalam grup WhatsApp dah kecoh pasal budak-budak nakal pecah masuk ke rumah taman sebelah. Jad menikus dan hanya mendiamkan diri. Kak Izati syak yang Jad terlibat sama. Kak Ati ‘tekan’ Jad supaya jangan macam-macam. Nahas kalau Jad terlibat sama. Jad nafikan.

Episod 6 – Kau Hancurkan Hidup Aku, Dan Masa Depan Aku! | Bisik – Bisik Gelora (2022)
Arumi diserang dua orang lelaki bertopeng di dalam billiknya. Dia mahu menjerit, namun mulutnya dipekup dengan kain hingga dia pengsan. Arumi tersedar apabila pintu biliknya diketuk kuat. Kecoh apabila Arumi bersama Jad di dalam biliknya. Nek Aji dan Nek Muya menangis berpelukan. Imam Imran mengamuk dan mahu membelasah Jad. Akalil dan Maya balik namun tak percaya dengan apa yang dah berlaku.

Episod 7 – Ayah Tak Nak Jamin Jad Ke? | Bisik – Bisik Gelora (2022)
Jad, seorang jaguh kampung dan Arumi; budak bandar liar, bertemu semasa mereka masih muda dan naif. Mereka ditangkap khalwat dan terpaksa berkahwin. Pada malam selepas perkahwinan mereka, Jad telah ditangkap dan dihantar ke penjara. Arumi melanjutkan pelajarannya dan mengabaikan hakikat bahawa dia masih berkahwin dengan Jad. Dibutakan oleh dendam, Jad menemui Arumi dan memaksanya untuk mematuhinya sebagai isterinya.

Episod 8 – Kau Masih Sayang Dia Kan? | Bisik – Bisik Gelora (2022)
Jad, seorang jaguh kampung dan Arumi; budak bandar liar, bertemu semasa mereka masih muda dan naif. Mereka ditangkap khalwat dan terpaksa berkahwin. Pada malam selepas perkahwinan mereka, Jad telah ditangkap dan dihantar ke penjara. Arumi melanjutkan pelajarannya dan mengabaikan hakikat bahawa dia masih berkahwin dengan Jad. Dibutakan oleh dendam, Jad menemui Arumi dan memaksanya untuk mematuhinya sebagai isterinya.

Episod 9-Aku Bawa Diri Ke London Sambung Belajar… | Bisik – Bisik Gelora (2022)

Episod 10 – Bila Masa Saya Cakap Nak Kahwin Dengan Awak | Bisik – Bisik Gelora (2022)

Episod 11 – Kenapa Dengan Arumi? Gelisah Semacam Je? | Bisik – Bisik Gelora (2022)

Episod 12 – Jad Taknak Kau Buang Masa Kat Sini…Pergi Balik | Bisik – Bisik Gelora (2022)

Episod 13 – Sepatutnya Arumi Duduk Berbincang Dengan Jad | Bisik – Bisik Gelora (2022)
Jad tak sangka akan bertemu semula dengan Arumi meskipun sedas penampar sebagai hadiah pertemuan mereka. Kak Izati menyuruh dia segera bertindak untuk selesaikan hubungannya dengan Arumi.

Episod 14 – Nada Nak Sehidup Semati Dengan Jad, Tapi Jad… | Bisik – Bisik Gelora (2022)
Jad mula teringatkan Arumi – malah mula bermimpikan isterinya itu. Perasaannya mula terganggu dan hatinya semakin kuat untuk berterus-terang dengan Arumi dan menjelaskan hubungan mereka secepat mungkin., meskipun dia resah memikirkan ‘lifestyle’ Arumi sekarang.

Episod 15 – Suami? Mana Kau Pergi Selama Ni? | Bisik – Bisik Gelora (2022)

Episod 16 – Arumi Memang Kena Duduk Dengan Jad? | Bisik – Bisik Gelora (2022)

Episod 17 – Siapa Yang Muncul Semula & Susahkan Hidup Jad? | Bisik – Bisik Gelora (2022)

Episod 18 – Arumi Suka Jad Tak?
Sejak tinggal serumah dengan ‘suaminya’, Arumi rasa hidupnya terkongkong. Dia tidak dapat lagi melakukan perkara kesukaannya dan berjalan bebas ke mana-mana. Jad asyik ungkit pasal hutang dan tanggungjawab. Namun Arumi belajar untuk menjadi isteri yang baik meskipun dilayan kasar oleh Jad.

Episod 19 – Kalau Aku Tak Ikut, Aku Jadi Isteri Derhaka…
Jad berusaha untuk melakukan sesuatu yang istimewa demi meraikan hari ulang tahun perkahwinan mereka. Malangnya, Arumi tidak menghargai semua itu. Jad agak kecewa hingga dia mengambil keputusan untuk membawa Arumi pulang ke Kampung Jiwa. Arumi berasa dirinya dihargai apabila kepulangannya diraikan oleh Nek Muya dan Kak Ati. Hilang keegoan yang merantai dirinya selama ini. Jad juga makin bahagia kerana dapat melihat senyuman di wajah isterinya. Hubungan cinta mereka makin mekar bersemi berkat doa dan sokongan keluarga mereka.

Episod 20 – Dingin Betul Layanan Jad Dekat Arumi Ni
Arumi dan Jad bersarapan sama-sama. Mereka tak banyak cakap. Jad masih dengan muka acah-acah poyo, namun Arumi tersenyum-senyum mengenangkan ‘layanan’ Jad malam tadi. Dia rasa bahagia, namun ada rasa malu-malu kucing. Jad kata dia masuk kerja awal sebab ada tempahan majlis hari ni. Dia tetap berlagak biasa-biasa. Ketika nak keluar, Arumi cepat-cepat hantar Jad ke muka pintu. Arumi terus salam dan cium tangan Jad.

Episod 21 – Macam Mana Arumi Boleh Sebilik Dengan Fakhri?

Kejadian malam itu benar-benar meranapkan kepercayaan Jad terhadap Arumi. Dia langsung tak nak dengar apa pun alasan Arumi. Dia kecewa kerana kesetiaan menunggu Arumi selama ini disia-siakan begitu saja. Ali nasihatkan Jad supaya periksa dulu, mungkin Arumi teraniaya. Jad tak percaya.

Episod 22 – Apa Yang Jad Tengah Rasa Sekarang Ni?

Episod 23 – Jad Dan Arumi Dah Berbaik Lah!

Episod 24 – Arumi Mengandung Tapi Kenapa Macam Tak Happy Je
Arumi tersedar di wad. Fakhri yang menghantar Arumi ke klinik mengucapkan tahniah sebab Arumi hamil – tapi mesti bukan anak dia. Arumi mengamuk lalu menghalau Fakhri keluar dari situ. Jad mula sangsi dengan kandungan Arumi.

Episod 25 – Jad Persoalkan Arumi Mengandung Anak Siapa?!
Arumi terkejut apabila Jad muncul di muka pintu. Wajah Jad tampak keliru. Dia tanyakan Arumi, betulkah dia hamil? Arumi terpaksa nyatakan kebenaran. Jad tanyakan, anak siapa? Arumi tersentak dengan soalan Jad.

Episod 26 – Aku Rasa Dah Cukup Untuk Aku Bersabar…
Jad, seorang jaguh kampung dan Arumi; budak bandar liar, bertemu semasa mereka masih muda dan naif. Mereka ditangkap khalwat dan terpaksa berkahwin. Pada malam selepas perkahwinan mereka, Jad telah ditangkap dan dihantar ke penjara. Arumi melanjutkan pelajarannya dan mengabaikan hakikat bahawa dia masih berkahwin dengan Jad. Dibutakan oleh dendam, Jad menemui Arumi dan memaksanya untuk mematuhinya sebagai isterinya.

Episod 27 – Mengamuk Jad Arumi Keluar Rumah Tak Bagitahu Dia
Arumi sangat tertekan. Emosi terganggu. Dia teringatkan Nek Muya dan memberanikan diri memandu sendirian. Dia tercangak-cangak mencari rumah Nek Muya dalam kegelapan malam. Dia terkejut melihat Nek Muya terlantar sakit tak bermaya.

Episod 28 – Tak Puas Lagi Selama Ni Kau Kacau Hidup Aku!

Episod 29 – Maybe It’s Time For Me To Start Fresh.

Episod 30 – Abang Mesti Kena Sihir…

Episod 31 – Kenapa Nek Muya Nak Datang Rumah Jad?
Nek Muya dan Kak Izati datang menziarahi Arumi sekeluarga. Jad tiba-tiba jadi suami dan ayah yang penyayang. Arumi makan hati apabila mereka suruh tambah anak lagi. Sedangkan dia berkira-kira untuk berpisah. Kak Izati tegur perangai Akif sebijik macam perangai ayahnya (Jad) pada masa kecil.

Episod 32 – Haa Nada Kena Marah Dengan Nenek Muya Tu
Jad memikirkan doa Arumi dan kata-kata Nek Muya serta Kak Ati berkenaan persamaannya dengan Akif. Dia mula mencari persamaan tersebut dan memerhatikan Akif. Dia mula memikirkan untuk melakukan ujian DNA meskipun selama tiga tahun, dia masih ego untuk berbuat demikian

Episod 33 – Jad Nak Cakap Apa Lagi Dengan Arumi?
Jad sebak apabila terbukti bahawa Akif adalah anak kandungnya. Dia terkenang akan layanannya terhadap Akif yang tak berdosa. Dia cuba berbaik dengan Akif, namun Akif masih takut-takut kerana bimbang ‘Pak Cik Jad ‘hanya berpura-pura. Arumi syak Jad berubah sebab mengahwini Nada.

Youtube

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge