Site icon Geng Borak

Cara Mohon Biasiswa PETRONAS 2021 Bagi Calon Lepasan SPM 2020

Cara mohon Biasiswa Petronas 2021

Berita baik untuk semua calon lepasan SPM tahun 2020, permohonan Program Tajaan Biasiswa Pendidikan PETRONAS kini dibuka mulai 10 – 20 Jun 2021.

Jangan lepaskan peluang ini untuk memohon. Dikongsikan maklumat lanjut tentang permohonan biasiswa PETRONAS bagi tahun 2021 ini.

Biasiswa Pendidikan PETRONAS 2021

Sejak tahun 1975, PETRONAS telah memberikan tajaan kepada lebih daripada 37,000 pelajar yang layak dan berani mendorong batas secara akademik, serta memiliki prestasi dan keupayaan kepimpinan.

Ini adalah cara PETRONAS membentuk bakat yang berpotensi dan dapat menyumbang kembali kepada syarikat dan negara. Permohonan PESP sekali lagi terbuka untuk rakyat Malaysia yang cemerlang pengajian sarjana dalam bidang berkaitan minyak dan gas.

Calon yang layak akan disenarai pendek dan ditemuduga sebelum pemilihan akhir.

Bidang yang termasuk dalam Program Tajaan Biasiswa PETRONAS termasuklah:

Syarat Permohonan Biasiswa PETRONAS 2021

Tajaan ini dibuka untuk pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Muda di institusi pengajian tinggi seperti berikut:

Syarat am dan syarat khusus permohonan secara terperinci boleh disemak melalui pautan berikut:

DOWNLOAD : PANDUAN & SYARAT PERMOHONAN TAJAAN PETRONAS LEPASAN SPM TAHUN 2020 / 2021

Cara Mohon Biasiswa PETRONAS 2021

Permohonan akan dibuka secara atas talian di laman web PESP iaitu https://educationsponsorship.petronas.com.my

Pemohon dikehendaki mendaftarkan diri dengan menekan butang REGISTER dan mengisi maklumat peribadi serta maklumat akademik berdasarkan syarat kelayakan.

Sila pastikan semua maklumat adalah tepat sebelum menghantar borang permohonan online.

Jika anda telah menghantar dan ingin membuat perubahan kerana terdapat kesilapan, sila hubungi hotline PETRONAS di talian 03 –2331 2277/ 03 – 2331 2299/ 03 – 2331 3311
9 pagi – 5 petang (Isnin hingga Jumaat) / 9 pagi – 2 petang (Sabtu dan Ahad) dengan menyertakan sekali nombor pengenalan, username, e-mel untuk tujuan pengesahan.

Anda juga boleh memohon untuk membuat perubahan maklumat melalui e-mel edu_sponsorship@petronas.com.my

Permohonan secara online akan dibuka dari 10 Jun 2021 (9.00 pagi) hingga 20 Jun 2021 (5.00 petang).

Semakan Status Biasiswa PETRONAS 2021

Calon atau pemohon yang berjaya akan dihubungi oleh PETRONAS melalui e-mel, SMS dan sistem PESP di pautan https://educationsponsorship.petronas.com.my/OAS pada 28 Jun 2021.

Untuk bantuan, sila e-melkan kepada edu_sponsorship@petronas.com.my atau hubungi nombor berikut

03 – 2331 2277
03 – 2331 2299
03 – 2331 3311

Exit mobile version