Cara Memohon Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional

Yayasan Tenaga Nasional (YTN) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon biasiswa bagi mengikuti Program Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) bagi kemasukan tahun september 2021.

PROGRAM YANG DITAWARKAN

(i) Pengajian Asas (Foundation) Kejuruteraan :

  • Kejuruteraan Elektrik Kuasa
  • Kejuruteraan Mekanikal
  • Kejuruteraan Awam

(ii) Pengajian Asas (Foundation) Bukan Kejuruteraan :

  • Sains Komputer
  • Perakaunan
  • Kewangan
  • Pengajian Bisnes

SYARAT DAN KELAYAKAN AKADEMIK

Syarat Am

  1. Berumur tidak melebihi 19 tahun pada tahun 2021
  2. Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum
  3. Mempunyai keperibadian dan ciri kepimpinan yang tinggi
  4. Tiada adik beradik yang sedang menerima biasiswa YTN

Kelayakan Akademik

Lulus peperiksaan SPM 2020 dengan memperolehi sekurang-kurangnya A dalam subjek-subjek Bahasa Inggeris dan Matematik serta mendapat sekurang-kurangnya A- dalam 4 subjek mengikut bidang pengajian seperti berikut:-

Kejuruteraan

  • Bahasa Melayu
  • Matematik Tambahan
  • Fizik
  • Kimia

Bukan Kejuruteraan

  • Bahasa Melayu dan
  • 3 subjek pilihan dari berikut:-
    Matematik Tambahan / Fizik / Kimia / Biologi / Sains/ Teknologi Maklumat / Prinsip Akaun / Perdagangan / Ekonomi Asas / Sejarah / Geografi / Pendidikan Islam / Pendidikan Moral / Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi) / Tasawwur Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah
  • Untuk bidang Sains Komputer, minimum LULUS Matematik Tambahan.
Tenaga Nasional

CARA MEMOHON BIASISWA YAYASAN TENAGA NASIONAL 2021

Permohonan hendaklah dibuat secara online di laman web YTN seperti berikut:

http://ytn.tnb.com.my

TARIKH PENTING

  • Tarikh buka permohonan – 10 Jun 2021.
  • Tarikh tutup permohonan – 20 Jun 2021.

Sila semak laman web YTN bagi pemakluman calon yang berjaya ke temuduga pada 7 Julai 2021.

Permohonan yang tidak lengkap dan tidak tepat atau lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.

Permohonan yang tidak mendapat apa-apa maklumat selepas tiga (3) bulan dianggap tidak berjaya. Sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan. Sebarang bantuan atau pertanyaan sila hubungi talian am Yayasan Tenaga Nasional 03-89247500 atau pegawai berikut:

Pengambilan

  1. Pn Wan Qobatiah Wan Johan (samb: 7520)
  2. En Khairil Anuar Mohamad (samb: 7531)
  3. En Nur Syafiq Kamaruzan (samb: 7539)
  4. En Mohamad Azwa Mustapa (samb: 7529)

Teknikal / Sistem

  1. En Muhamad Ros Azmir (samb: 7523)
  2. Pn Noor Marhammah (samb: 7543)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge