Cara Mohon Semak Semula Result SPM 2020

Sekiranya anda adalah pelajar atau ibubapa yang kurang berpuas hati dengan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan yakin berkemungkinan besar Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) telah melalukan kesilapan pada keputusan yang telah pun diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, maka anda berpeluang untuk membuat permohonan semak semula keputusan SPM anda.

Pelajar dan ibubapa yang curiga dengan keputusan SPM yang telah pun diumumkan itu, boleh membuat permohonan semakan semula keputusan SPM melalui mengisi borang yang boleh diperolehi di sekolah masing-masing ataupun di Jabatan Pendidikan Negeri masing masing.

Semakan Semula Keputusan Peperiksaan

Cara Memohon Semakan

Menurut Kementerian Pendidikan terdapat 2 kaedah untuk membuat semakan semula keputusan SPM.

Pelajar dan ibubapa boleh memilih cara yang mudah and sesuai mengikut kesenangan masing masing seperti berikut:

1. Mengisi Borang Permohonan Secara Manual

  • Sekiranya anda memilih untuk membuat permohonan secara manual maka permohonan mestilah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020). Borang ini boleh didapati disekolah, Sektor/Unit Penilaian Dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri, Kaunter Semak Semula Lembaga Peperiksaan Putrajaya.

2. Sekiranya anda memilih untuk membuat permohonan mengisi Secara Online maka anda perlu melakukan permohonan

Borang Permohonan yang telah lengkap diisi oleh pelajar ataupun ibubapa, ia perlu disertakan dengan satu (1) salinan keratan keputusan peperiksaan SPM dan sijil atau pernyataan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah yang telah disahkan oleh Pengetua Sekolah atau Pegawai Kerajaan Kumpulan A.

Baca juga : Semakan keputusan SPM Online atau SMS

Semak Semula Keputusan SPM

Panduan Permohonan Semakan

Kadar bayaran yang akan dikenakan untuk pemprosesan penyemakan semula keputusan peperiksaan SPM adalah sebanyak RM100.00 bagi setiap satu mata pelajaran.

Kaedah bayaran untuk tujuan pemprosesan adalah seperti berikut:

  • Bagi Permohonan Melalui Pos
    • Pembayaran hendaklah menggunakan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf yang ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA. Kokotkan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf pada Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020) supaya tidak tercicir.
    • Cek persendirian tidak diterima sama sekali.
  • Sekiranya Permohonan dilakukan melalui Kaunter Lembaga Peperiksaan
    • Pembayaran hendaklah menggunakan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf yang ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA.
    • Pembayaran menggunakan wang tunai juga akan diterima.
  • Cek persendirian tidak akan diterima sama sekali.

Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan atau Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020) yang telah lengkap diisi, satu (1) salinan keratan keputusan peperiksaan SPM dan sijil atau pernyataan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah yang telah disahkan, Wang Pos atau Kiriman Wang atau Bank Draf ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA dan dua (2) sampul surat (11 cm x 22 cm) bernama dan beralamat sendiri yang telah dilekatkan dengan setem RM1.30 hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat.

Tulis perkataan “SEMAK SEMULA KEPUTUSAN SPM” pada sudut atas kiri sampul surat tersebut dan alamatkan kepada:

Pengarah Peperiksaan
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 8, Blok E11
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
(u.p.: Unit Menengah Atas)

Borang Semak Semula SPM

Keputusan permohonan semak semula keputusan SPM akan dimaklumkan melalui surat rasmi dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh tutup permohonan. Keputusan Semak Semula adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

Sekiranya pelajar dan ibubapa ada sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Unit Menengah Atas melalui talian 03-8884 3175/3357/3356 atau Unit Khidmat Bantu melalui talian 03-8884 3785 atau melalui e-mel [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge