Beli kereta

Apabila ahli keluarga anda kian bertambah, masanya sudah tiba untuk anda bertukar kepada kereta yang lebih besar. Tetapi ramai yang berpendapat bahawa nak jual kereta sendiri sangat leceh dan anda juga mungkin tidak akan mendapat harga yang berpatutan untuk kereta anda. Kini, ada cara mudah jual kereta anda!

Walaupun anda telah menjaga kereta anda dengan sangat baik, anda mungkin tidak dapat menjualnya pada harga yang anda harapkan untuk membiayai kereta baru. Secara amnya, nilai sesebuah kereta akan susut hampir 20 peratus selepas tahun pertama. Selepas beberapa tahun pula, kereta tersebut mungkin telah kehilangan sehingga separuh daripada nilai asalnya.

Setelah menaik taraf kepada kereta baru, kereta anda yang lama bolehlah dijual. Jika tidak, anda akan terbeban dengan aset yang nilainya kian menurun. Jualkannya di CARSOME secepat mungkin supaya anda boleh memaksimumkan nilainya

Cara Mudah Jual Kereta

Jual Beli Kereta Dengan Mudah

Di CARSOME, setiap kereta CARSOME Certified  mempunyai harga tetap tanpa sebarang bayaran tersembunyi, yang telah termasuk cukai jalan, bayaran pemeriksaan Puspakom, bayaran penukaran hak milik dan bayaran pemprosesan permohonan pinjaman.

Setiap kereta CARSOME juga telah dipilih dan diperiksa dengan teliti menerusi pemeriksaan 175-titik kami yang ketat, untuk memastikan kereta bebas daripada kemalangan teruk dan kerosakan banjir, sebelum dibaik pulih di CARSOME Certified Lab kami.

Cara Mudah Jual Beli Kereta
Nak Test Drive? Boleh set appointment!

Tambahan pula, setiap kereta CARSOME Certified juga didatangkan dengan:

  • Jaminan wang dikembalikan dalam lima hari jika anda mengubah fikiran anda.
  • Waranti satu tahun untuk menjamin ketenangan fikiran anda.

Dengan cara ini, anda boleh yakin bahawa keluarga dan rakan anda hanya mendapat yang terbaik apabila mereka menempah kereta idaman mereka dengan CARSOME.

kunci kereta

Dengan Carsome ni memang sangat mudah. Dari pemeriksaan hingga ke pembayaran, Carsome akan uruskan semua proses untuk anda agar anda dapat menjual kereta anda dengan pantas tanpa perlu bersusah-payah. Proses menjual kereta dengan kami melingkungi:

  • Pemeriksaan percuma. Ia hanya mengambil masa 30 minit, termasuk dengan ujian jalan raya yang singkat.
  • Harga yang berpatutan, mengikut nilai pasaran kereta anda.
  • Pembayaran pantas dalam 1 jam*.
  • Pengurusan kertas kerja untuk anda, yang melingkungi semua dokumen dan pemindahan hak milik.
  • Jika tawaran harga kami tidak memenuhi kehendak anda, anda boleh memilih pembidaan (bidding) secara langsung bersama 2,400 pengedar kereta terpakai kami yang disahkan.

Baa juga : Kereta Sewa Bawah RM100, Promosi Diskaun TREVO

Cara Mudah Jual Kereta

Cara Menjual Kereta Anda Melalui Carsome

Menjual kereta anda melalui Carsome sangat mudah dan anda juga boleh mendapatkan nilai jualan semula yang lebih tinggi  (terutamanya jika anda memilih bidaan secara langsung) berbanding cara tradisional. Berikut merupakan beberapa langkah mudah yang perlu anda lalui dan kami akan uruskan selebihnya untuk anda.

  • Tempah janji temu: Untuk memastikan anda mendapat tawaran mengikut harga pasaran, anda perlu menempah sesi pemeriksaan percuma secara dalam talian di carsome.my/sell-car. Wakil Carsome akan menghubungi anda untuk mengesahkan maklumat anda dan menjadualkan pemeriksaan di pusat yang terdekat.

  • Pemeriksaan profesional: Hadiri pemeriksaan yang telah dijadualkan dan pemeriksa kami yang bertauliah akan melakukan pemeriksaan 175-titik ke atas kereta anda sebelum menawarkan harga kepada anda.

  • Dapatkan tawaran harga: Selepas pemeriksaan, kami akan membuat tawaran harga kepada anda, atau anda boleh memilih untuk menyenaraikan kereta anda dalam bidaan langsung (live bid) di mana kereta anda akan dibida oleh pusat jualan dari seluruh negara dan anda mungkin akan mendapat harga sehingga 20 peratus* lebih tinggi dari nilai pasaran.

  • Proses yang mudah: Setelah anda bersetuju dengan harga pilihan anda, kami akan menguruskan semua dokumentasi untuk anda dan anda akan menerima bayaran dalam masa satu jam*.

Oleh itu, jika anda bersedia untuk beli dan jual kereta anda dengan Carsome, ini cara mudah jual kereta . Tunggu apa lagi? Buatlah janji temu pemeriksaan anda sekarang!

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge