cuaca panas mentari

Kebelakangan ini, cuaca makin panas, hujan malam pun sekejap sahaja. Angin malam pun panas. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, cuaca ini disebabkan kita sedang berada pada penghujung Fasa Monsun Timur Laut. Taburan hujan di Semenanjung Malaysia adalah rendah dan ramai yang doa ketika cuaca panas. 

Sebab itu ramai orang dinasihatkan supaya banyakkan minum air dan kurangkan melakukan aktiviti luar jika cuaca terlalu panas. Selain itu, inilah masanya untuk kita mengumpul sebanyak mungkin pahala sabar atas ujian kepanasan.

Usah ungkapkan keluhan di mulut tentang kepanasan. Inilah masanya untuk kita mengumpul sebanyak mungkin pahala sabar atas ujian kepanasan.

Doa Ketika Cuaca Panas

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ ۚ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

Ertinya: Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar. (al-Baqarah: 153)

Doa Hadapi Cuaca Panas

Daripada kita mengeluh panas, lebih baik kita berdoa. Boleh amalkan doa ini.

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ ، مَا أَشَدَّ حَرَّ هَذَا الْيَوْمِ ، اللَّهُمَّ أَجِرْنِي مِنْ حَرِّ جَهَنَّمَ

(Lailaha illa Allah, Mā asyadda Harra Hazal Yaum, Allahumma Ājirni min Harri Jahannam )

Maksudnya: Tiada tuhan melainkan Allah, Alangkah panasnya cuaca pada hari ini, Ya Allah Ya Tuhanku Jauhkanlah aku daripada panasnya neraka jahannamMu

Doa Ketika Cuaca Panas

Baca juga : Musim Kemarau Eropah Terburuk Dalam Sejarah

Selain berdoa, kita boleh amalkan zikir ketika berada dalam cuaca panas.

Ketika dalam kepanasan atau berada dalam cuaca yang panas zikirkanlah nama Allah ‘Ya Latif’ sepenuh hati dan berulang-ulang kali. 

‘Ya Latif’ bermaksud Yang Maha Lembut. Nama Allah ini digunakan dalam banyak amalan lain contohnya untuk lembutkan hati anak-anak, redakan perasaan marah dan tatkala kita nak berdepan dengan orang yang sukar dibawa berbincang.

Sebagai umat Islam juga, kita haruslah percaya ujian cuaca panas ketika ini merupakan satu latihan untuk mengumpul sebanyak mungkin pahala sabar atas ujian kepanasan. Semoga bermanfaat dan dapat sebakan untuk menjadi amalan.

Subscribe
Notify of
guest

CommentLuv badge

2 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
mrhanafi
1 year ago

Panas dan sejuk adalah ujian.

ada orang di Kutub terlalu sejuk.

Kita di Malaysia terlalu panas dan in memberi rasa kurang selesa kepada kita semua
mrhanafi recently posted…Kisah jutawan jadi papa kedanaMy Profile

nikkhazami
1 year ago

sekarang ni panas melampau time petang, maghrib je hujan. mudah nak demam. tumpang backlink kid, sebab tak boleh guna comment luv. 🙂

Pencuci Muka Untuk Jerawat dan Berminyak